Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT BULAN OKTOBER

JONAS BROTHERS

'JONAS BROTHERS LIVE IN MALAYSIA'

Tarikh: 24 Oktober 2012
Tempat: Stadium Negara
Waktu: 8 malam
Harga:  RM88 & RM188 (free seating)
             RM238 (rock zone)
             RM288 (vip number seating/The Pitt
Harga tiket tidak termasuk yuran proses RM3.
Tempahan  boleh dibuat melalui TicketCharge atau membelinya terus melalui pusat hiburan terpilih. Hubungi talian +60392228811 atau layari ticketcharge.com.my

Konsert anjuran Wonderland Artistry Sdn Bhd  ini merupakan kemunculan buat julung kalinya tiga beradik yang menggelarkan diri mereka "Jonas Brothers" ini di bumi Malaysia. Kumpulan ini mula dikenali melalui  filem di saluran Disney iaitu "Camp Rock" serta sekuelnya "Camp Rock 2: The Final Jam" yang mendapat sambutan hangat para penonton pada tahun 2009-2010.

Telah menjulang beberapa anugerah ternama antaranya  seperti  American Music Awards, Billboard Touring Awards dan Teen Choice Awards, tiga beradik ini dianggotai Nicholas Jerry, Joseph Adam dan Paul Kevin Jonas menubuhkan kumpulan mereka dalam tahun 2005.

Berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat,  kumpulan ini telah melahirkan empat album meliputi "Its About Time', 'Jonas Brothers', 'A Little Bit Longer' dan 'Lines, Vines and Trying Times'. Album terakhir mereka itu, 'Lines, Vines and Trying Times' telah mendapat sambutan hangat dengan mencapai jualan lebih 8 juta album seluruh dunia sehingga Mei 2009.

Antara lagu-lagu yang menjadi hit dan siulan anak-anak muda terdiri daripada lagu seperti 'SOS', 'Love Bug', 'Hold On', 'When You Look Me in the Eyes' dan 'Burning Up'. Jadi bagi mereka yang ingin menyaksikan kumpulan yang telah menyampaikan empat buah lagu soundtrack dalam filem "Night at the Museum 2: Battle of the Simthsonian" seperti lagu "More Than A Women", "My Heart Will Go On', 'Lovebug' dan 'Ride o the Valkyries' tentu tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan tiga beradik yang segak ini pada 24 Oktober. Selamat berhibur!

ZAINAL ABIDIN
KONSERT ZAINAL ABIDIN DAMAI 'UNPLUGGED'

Tarikh: 6-7 Oktober 2012
Tempat: Istana Budaya
Waktu:  8.30  malam
Harga: RM283, RM223, RM183, RM123, RM83
Tiket boleh didapati melalui laman web www.ticketpro.com.my
atau hubungi +603 78807999

Peminat plantun lagu "Hijau", Zainal Abidin pastinya tidak sabar menanti kemunculannya pada Konsert Damai 'Unplugged' yang bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya tidak lama lagi.

Dianjurkan oleh Zi Productions Sdn Bhd, Zainal Abidin berjanji akan memberikan persembahan yang tidak dapat dilupakan peminatnya dengan persembahan lagu-lagu daripada album seperti 'Zainalabidin', 'Onek Onek', dan 'Gamal'.

Tidak dilupakan lagu-lagu klasik beliau seperti 'Hijau','Ikhlas Tapi Jauh', 'Puteri', dan juga lagu 'Kau di Hatiku' iaitu lagu yang dimainkan dalam filem animasi 'Tarzan' oleh Disney sebagaimana Kumpulan Jonas Brothers yang turut mempunyai lagu untuk filem di saluran Disney.

'Konsert Damai' merupakan konsert tentang kedamaian , di antara individu-indivitu pelbagai bangsa, agama dan latar belakang yang ada di sekitar kita di bumi Malaysia mahu pun untuk dunia luar yang didiami pelbagai lapisan bangsa.

"Saya mahu peminat hayati kedamaian mendalami harmoni dan mengalami kebebasan. Ini adalah mesej yang ingin saya sampaikan kepada peminat saya pada malam konsert," ujar Zainal Abidin.

Pada konsert berkenaan Zainal Abidin akan menyampaikan persembahan istemewa di mana beliau akan menyanyikan dua buah lagu terbarunya 'Kamu' dan 'Alam' yang dijadualkan keluar di pasaran bersama album terbarunya hujung tahun ini.

Justeru, jadikan diri anda sebagai antara golongan pertama mendengar lagu terbarunya itu serta bersama menyempurnakan mesej murni yang disampaikan Zainal Abidin di Istana Budaya pada 6 dan 7 Oktober ini. Enjoice!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan