Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH SKRIN 2012- 9 NOVEMBER

Anugerah berprestij yang dinanti-nantikan saban tahun - Anugerah
Skrin ke 14 (ASK14) kembali menghangatkan kalendar berakhirnya tahun 2012.

Akan dilangsungkan di Dewan Merdeka, PWTC bertarikh 9 November
2012 ini, ASK kembali dengan tema yang cukup glam - "Selami Dunia
Fantasi Kami' (Fairy Tale). Justeru, pelancarannya yang berlangsung
petang tadi menyaksikan persembahan antara realiti dan fantasi oleh para pelajar Aswara di bawah bimbingan Roseminah Tahir.

Sejak diperkenalkan kepada tahun 1994 ASK anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dan karyawan tanah air.
NEELOFA dan AWAL ASHAARI
Menggandingkan pelakon dan pengacara Nona, Neelofa serta hos yang tidak asing lagi dalam "Melodi" iaitu Awal Ashaari, ASK  tahun ini bakal menyaksikan pengalaman pertama Neelofa dan kedua buat Awal bagi mengendalikan majlis berprestij tersebut.
Tahun ini ASK bakal mempertandingkan  18 drama, 34 filem, 13 drama rantaian dan  4 drama komedi untuk 23 kategori yang dipertandingkan.
Kategori-katogeri berkenaan meliputi 10 untuk drama, 7 untuk filem, 6 bagi penerbitan dalaman dan dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.
Dan calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca tv dan pawagam mulai 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012 manakala pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielsen Audience Masurement mengikut 'genre' masing-masing.
Sesuai dengan tema 'fairy tale', majlis pelancaran  disempurnakan secara unik oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Idham Omar.
Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, pencalonan juga diterima daripada RTM, ASTRO dan TV Al-Hijrah.

Dan sesuai dengan tema, persembahan yang ditonjolkan agak unik dan menarik di mana selain para pelajar memakai kostum pelbagai watak enam selebriti turut menggayakan busana menarik terdiri daripada Erra Fazira, Julia Ziegler, Elfira Loy, Anzalna, Fouziah Ghouse dan Tasha Shila yang tampil dalam gaun Red Riding Hood.
TASHA SHILA
Kenapa  tema 'Fairy Tale'?

"Dengan tema ini diharap penonton akan turut menyelami dunia fantasi kami pada malam anugerah nanti," kata Ahmad Idham.
Sementara itu, pengacara yang akan mengendalikan karpet merah akan dilakukan oleh pasangan Karl Shafek dan Dynas bersama Juara Pencarian Hos Pantene ASK musim ke 2.

Dan antara artis-artis yang dikenal pasti  akan menjayakan  persembahan ASK 2012 terdiri daripada Datuk M. Nasir, Tomok, Fizz Fairuz, Anas Ridzuan , Hafiz, Adibah Noor, Dayang Nurfaizah serta Hazama dan  Misha Omar di mana keduanya  turut tampil bernyanyi pada majlis pelancaran petang tadi.
Seperti  tahun lalu, Pencarian Hos Pantene yang telah menjelajah ke lima negeri menyaksikan enam finalis ke peringkat akhir di mana pemenangnya akan diumumkan pada 21 Oktober ini sewaktu Jelajah ASK 2012 di Kuala Lumpur.
Acara karpet merah dapat disaksikan menerusi progra Hip TV di TV9 dari jam 8.30 malam- 9 mlm pada 9 Nov diikuti malam kenuncak anugerah bermula 9 malam hingga 12 malam. ASK juga boleh ditonton secara online melalui laman sesawang www.tv3.com.my/ask2012. Pada malam tersebut,  para peminat digalakkan menggunakan hastaq #ASK2012 menerusi laman Twitter dan Instagram.
Tenaga penerbitan ASK2012 diketuai Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Puan Roslina Abdul Rahman sebagai penerbit. Saksikan juga detik persiapan ASK dan kemeriahan Jelajah ASK2012 menerusi program 'Prelude ASK 2012' pada 9 November 2012 dari jam 4.30 petang hingga 5 petang.

Antara 34 buah filem yang dipertandingkan meliputi Bunohan, Mael Lambong, Songlap, Libas, Chow Kit, Ombak Rindu, Tolong Awek Aku Pontianak, Man Sewel Datang KL, Bini Biniku Gangster dan Hantu Bonceng.
Pencalonan Drama sebanyak 18  pula meyaksikan antaranya Pelarian, Ku Petik Dosa, Sujudku Di Sejadah, Bedah Tong Gas, Parit Jawa, Parut Asyikin dan Hilangnya Doa Seorang Ibu manakala 13 drama rantaian meliputi antaranya Mahabbah, Bunga-bunga Syurga, Tentang Dhia, Tanah Kubur siri 3, Lara Hati dan Karma.
Empat pencalonan untuk drama komedi terdiri daripada Paan & Paiz, Lembu Lawan Lembu, Elly & Epit serta Annisa.
Siapa yang akan menggondol hadiah utama seperti FIlem Terbaik, Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama/Filem, Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Filem/Drama serta Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik Filem/Drama serta lain-lain kategori akan dapat anda ketahui jawapannya pada malam kemuncak ASK2012 pada 9 November nanti.
'Best of luck'  pada semua calon-calon terlibat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan