Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHOUT AWARDS 23 NOVEMBER

ANTARA calon-calon, pihak penaja bersama penganjur  pada majlis pengumuman pencalonan Shout Awards baru-baru ini.
Yunalis Zarai, 26,  atau lebih popular dengan panggilan ringkas, Yuna sekali lagi mendominasi pencalonan 'Shout Awards 2012' dengan memperoleh lima pencalonan melalui  kategori anugerah Popstar, Power Vocal, Music Video, Wired Celebrity dan  Fresh TV Series menerusi rancangan Yuna-Bintang Di Langit terbitan Astro Ria.

Gadis yang lahir sebagai penyanyi indie ini bakal berdepan dengan  penyanyi Najwa Mahiaddin yang berjaya memperoleh tiga pencalonan melalui kategori Popstar, Music Video dan Breakout.

'Shout Awards' yang bakal diadakan pada 23 November ini  di Surf Beach, Sunway Lagoon, akan
bersiaaran langsung pada pukul 8.30 malam menerusi saluran 8TV.

Majlis pengumuman pencalonan dilangsungkan di Vertigo Kelab, The Gardens dengan dihadiri Pengurus Besar 8TV dan ntv7, Airin Zainul di mana  beliau turut mengumumkan penganjuran bengkel
khas iaitu "Shout Movement' yang bakal diaakan pada 11 November depan di Publika, Solaris Dutamas.

"Bengkel ini dianjurkan sempena memeriahkan lagi suasana Shout Awards bahkan  memberi peluang kepada golongan muda mempelajari perkara baru berkaitan industri hiburan  seraya menyerlahkan  bakat-bakat kreatif masing-masing." tambahnya,

Menurutnya lagi, beberapa selebriti dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka pada bengkel berkenaan manakala kempen 'RT ME!' juga akan dilancarkan di laman sosial Twitter sebagai usaha menggalakkan penglibatan khalayak.

Berada rapat di bawah Najwa dengan dua pencalonan ialah isteri kepada Noh Hujan iaitu Mizz Nina  bagi kategori Flava dan Music Video manakala beberapa lagi artis yang berstatus  isteri seperti  Lisa Surihani, Scha Al-Yahya, Marion Rose Counter akan berdepan dengan selebriti bergelar janda iaitu Nora Danish serta Maya Karin. Kesemua isteri dan bekas isteri ini akan berdepan dengan satu-satunya artis 'anak dara' iaitu Nur Fazura untuk  gelaran "Hot Chick".

Barisan calon untuk kategori Hot Guy pula terdiri daripada hero romantis dan satu-satunya bergelar suami iaiatu  Aaron Aziz yang akan bersaing dengan jejaka hebat seperti  Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak ketinggalan dicalonkan bagi kategori Popstar manakala bagi  kategori Coolest Radio Announcer menyaksikan pertembungan di antara Faizal Ismail dan sekutunya, Fara Fauzana (Hot FM), Nabil Ahmad (Suria FM), serta barisan penyampai Fly FM iaitu Hafiz Hatim, Hunny Madu dan Phat Fabes.

Selain nama artis-artis yang sudah lama berada dalam industri, Shout Awards 2012 turut menyenaraikan bakat-bakat baru dalam  pencalonan "Break Out Awards'  seperti Diandra Arjunaidi, Go Gerila!, Kyoto Protocol, Massacre Conspiracy dan Oh! Chentaku yang bersaing dengan Najwa Mahiaddin.

Pemilihan bagi menentukan juara di antara enam finalis bagi setiap kategori dilakukan melalui undian umum yang boleh diikuti menerusi www.shoutawards.com.my.

Berikut senarai pencalonan Shout Awards 2012
Rockstar Award
1. Bunkface
2. Estranged
3. Faizal Tahir
4. Hujan
5. Love Me Butch
6. Monoloque
Popstar Award
1. Aizat Amdan
2. Datuk Siti nurhaliza
3. Hafiz
4. Jaclyn Victor
5. Najwa Mahiaddin
6. Yuna
Power Vocal Award
1. Azlan & The Typewriter
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Jaclyn Victor
5. Shila Amzah
6. Yuna
Flava Award
1. Altimet, Joe Flizzow & Sonaone
2. Black & Malique
3. Malique & Jamal Abdillah
4. Malique & Rabbani
5. Mizz Nina
6. Zizan & Kaka
Music Video Award
1. Mizz NIna
2. Najwa Mahiaddin
3. One Buck Short
4. Shila Amzah
5. The Azenders
6. Yuna
Break Out Award
1. Diandra Arjunaidi
2. Go Gerila!
3. Kyoto Protocol
4. Massacre Conspiracy
5. Najwa Mahiaddin
6. Oh! Chentaku
Best On-Screen Chemistry Award
1. Awie, Johan & Usop Wilcha (Hantu Kak Limah Balik Rumah)
2. Zizan Razak & Aaron Aziz (KL Gangster)
3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie)
4. Aaron Aziz & Maya Karin (Ombak Rindu)
5. Josiah Hogan & Iedil Putra (Projek Pop)
6. Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)
Fresh TV Series Awards
1. Betul Ke Bohong?
2. Friday I’m In Love
3. Projek Pop
4. Tentang Dhia
5. Versus
6. Yuna – Bintang Di Langit
Breakthrough Local Feature Award
1. Bunohan
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah
3. Hikayat Merong Mahawangsa
4. Nur Kasih The Movie
5. Ombak Rindu
6. Songlap
Favourite TV Program Award
1. Anugerah Juara Lagu Ke-26
2. Karoot Komedia X (RAYA)
3. Maharaja Lawa Mega (FINAL)
4. Showdown 2012
5. Super Spontan
6. Versus – Konfrontasi Terakhir
Favourite TV Personality Award
1. Adibah Noor (Super Spontan)
2. Hafiz Hatim (Showdown 2012)
3. Henry Golding (Welcome To The Rail World)
4. Johan (Raja Lawak Musim 6)
5. Razif Hashim (Best In The World)
6. Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)
Coolest Radio Announcer Award
1. Faizal Ismail (Hot FM AM Krew)
2. Fara Fauzana (Hot FM AM Krew)
3. Hafiz Hatim (Fly FM - Pagi Rock Krew)
4. Hunny Madu (Fly FM - Malaysia's Hottest Music)
5. Nabil Ahmad (Ceria Pagi Di Suria)
6. Phat Fabes (Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show)
Favourite Radio Show Award
1. 33RPM
2. Dansa ERA Bersama Nazpoleon, G dan DJ Fuzz
3. Fly FM - Stripped
4. Fly FM - Pagi Rock Krew
5. Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show
6. TOP 5 - Panggilan Hangit
Hot Chick Award
1. Nur Fazura
2. Lisa Surihani
3. Marion Rose Counter
4. Maya Karin
5. Nora Danish
6. Scha Al Yahya
Hot Guy Award
1. Aaron Aziz
2. Hans Isaac
3. Henry Golding
4. Remy Ishak
5. Shaheizy Sam
6. Zizan Razak
Wired Celebrity Award - (Selebriti aktif di Twitter)
1. AG COCO - @agcoco
2. ALTIMET - @altimet
3. CELEPETS - @DaphCLPT, @SazzyFalakCLPT, @YasminHaniCLPT, @AtiliaCLPT, @AishahJennifer, @dynasCLPT
4.FATIMAH ABU BAKAR - @fatibee
5. SOFIA JANE - @MemHanyut
6.YUNA - @yunamusic
Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube)
1. Faradyable
2. IniAnwarHadi
3. JinnyoyTV
4. Matluthfi90
5. Popteevee
6. The WKND

Tiada ulasan: