Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

5 MALAM 4 HARI ANUGERAH SYAWAL TV9

AHMAD Izham Omar bersama Sherina Nordin (dua dari kiri)......Foto:  FARISH


Dengan tema berbunyi '5 Hari 4 Malam', TV9 menyediakan sebanyak 30 program terbaik sepanjang bulan Syawal tidak lama lagi.
ROSYAM Nor

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, memberitahu, program-program yang disediakan khas bagi penonton setia TV9 berbentuk pelbagai genre, bermula pada malam raya pertama iaitu pada 7 Ogos depan.

Jelasnya, menerusi tema yang dipilih, TV9 akan menyiarkan pelbagai rancangan hiburan serta drama-drama terbaik malah turut menampilkan kolabrasi erat antara tv9 dan Hot FM di mana saluran radio popular itu akan mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ke udara antaranya seperti Geng Kampung Pisang, Hot TV Raya mahu pun program yang dilakonkan oleh juruhebahnya sendiri, Fara Fauzana dalam Mimpi Fara.

Majlis pelancaran  30 program terbaik berkenaan berlangsung serentak dengan majlis iftar tv9 yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara, pada Selasa lalu.

Menghiburkan penonton pada malam Raya dimulakan dengan program Hip TV menampilkan Aidid Marcello bersama Hani Hatim diikuti keesokannya dengan program-program yang disertai artis-artis popular seperti Dato Siti Nurhaliza, Alyah, Shila Amzah mahu pun yang baru seperti Najwa Latiff menerusi 'Stailista Unplugged' (8 Ogos) jam 10 pagi.

Tidak kurang menariknya disediakan untuk kanak-kanak menerusi slot Bananana TV9  seperti Seringgit Kashorga, I Heart Kurma, BanananaSquad VS Idola Kecil dan Cokelat Maraton serta filem animasi berjudul Bola Kampung The Movie.

Manakala,  rancangan berbentuk gameshow seperti Ada Bran? 2013, Kidnap, Mini Busking, Bintang Mencari Pasal Raya dan Switch Off Raya pastinya akan membuatkan penonton lekat terus di hadapan tv.

SHILA Amzah
Pada majlis berbuka puasa yang mendapat sambutan hangat hingga terpaksa menempah meja tambahan, para artis yang hadiri terdiri antaranya 'hero Malaya' Rosyam Nor, Amy Mastura, Shila Amzah, Lyana Jasmay, Sharifah Aleya dan anak kembarnya, Alyah dan  Radhi OAG yang khabarnya merancang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan gadis pilihan, model sambilan,  Nur Shahira Ayu Zahiri, 19,  yang turut dibawanya. Mereka  sudah menjalin hubungan cinta empat tahun lalu.

Lain-lain yang kelihatan seperti Hanez Suraya, Hamidah Wahab, Erma Fatima, Shasha Saidin, Najwa Latif dan ramai lagi yang terlibat dalam program siaran tv9.


LYANA Jasmay
RADHI dan kekasihnya, Ayu
 
 SHARIFAH Aleya dan anak kembarnya.

Tiada ulasan: