Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TAHNIAH RAJA AZMI,,,,

Sebelum memaparkan gambar-gambar sekitar majlis pertunanan Raja Azmi Raja Sulaiman dengan pemain bass kumpulan CRK, Eddie Ghazali, Kak Fas terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada beliau yang nampak cukup berseri.

Masih teringat gurauannya bila dipuji keserisian wajah, jawabnya, "mestilah orang tengah bercinta". Begitulah Raja Azmi seorang yang tidak hipokrit tetapi jujur dan berterus terang tanpa berselindung.

Sejak mengenali produser berjiwa kental ini, Kak Fas puji sikapnya yang terbuka. Dia seorang wanita yang rajin, kuat bekerja dan tidak mudah putus asa dengan apa yang dikehendakinya.

Paling menarik pada majis pertunangannnya, anak sulongnya, Puteri  Suraya Mohd Jailani, 28,  bersama anak sulong  Eddie, Muhammad Daniel, 21, menjadi perantara rombongan  bertunang malah dengan pantun dua kerat, anak Eddie memulakan dengan ucapan ingin meminang ibunya Suraya. Sesi perbincangan seterusnya menyaksikan pihak perempuan hanya memohon senashkah Al Quran sebagai ganti wang hantaran.

"Saya bersyukur anak-anak menerima perhubunan ini malah merekalah yang beriya-iya benar mahukan majlis pertunangan ini kerana ia adat yang harus dipelihara," ujar Raja Azmi yang sehingga hari pertunangannya dia tidak dibenarkan melihat gubahan yang disediakan anak-anaknya seramai tiga orang, termasuk satu-satunya anak terunanya, Megat Deli, 19 tahun.

Lebih menarik lagi apabila Raja Azmi menasihatka agar wanita-wanita seusia nya tidak harus malu menjalani majlis pertunangan kerana ia adalah anugerah Allah.

"Adat tidak mengenal usia," ujarnya yang bersyukur diberi peluang untuk merasai sekali lagi melalui fasa pertunangan dalam usia 54 tahun.

Sekali lagi, tahniah semoga tarikh perancangan  pernikahan pada 15 September depan akan dimakbulkan Allah.

'Saya berdoa agar ini akan menjadi perkahwinan saya yang kekal abadi selamanya," harapan Raja Azmi.
Majlis pertunanan dilangsungkan oleh anak-anak kedua pihak, Suraya dan Muhammad Daniel.
EDDIE memberikan sejambak bunga selepas majlis sarung cincin selesai oleh ibunda Eddie, Mariah Abu Samah, 73 tahun.
HANTARAN sebelah Raja Azmi... jam tangan, bag duit jenama Fossil, kemeja, kek, cokelat dan biskut.
HANTARAN pihak lelaki...manisan, cokelat, telekong dan buah-buahan.
TETAP jelita dalam usia 54 tahun.
Cenderamata,. di dalamnya sejadah mini.
BERSAMA tiga cahaya matanya hasil perkahwinan dengan Jailani Sidek...Puteri Suraya, Puteri Suaida, 24,  dan Megat Deli.


KALANGAN Wartawan pelbagai media yang hadir membuat liputan.

Tiada ulasan: