Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

119 PROGRAM MENARIK DI ASTRO SEPANJANG SYAWAL

KHAIRUL Anwar  (baju melayu merah jambu) mengetuai sidang media di Hotel KL Hilton baru-baru ini.

Nampak gayanya pada bulan Syawal ini,  ramai yang malas hendak keluar waima stesen televisyen tempatan menyiarakan pelbagai program menarik untuk ditonton sambil berehat.

Astro tidak ketinggalan di mana pihaknya telah merancang 199 buah program pelbagai genre dan menarik termasuk 37 rancangan terbaharu di 10 buah saluran Melayu Astro yang terpilih.


Memberitahu demikian, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, susunan program terbaik di saluran tersebut dipilih mengikut selera semua penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Pelanggan Astro terdiri daripada pelbagai latar belakang dan 119 program yang dihidangkan menepati selera semua golongan bersempena Syawal nanti," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Hilton di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah lebih istemewa, buat pertama kalinya pelanggan Astro First Eksklusif berpeluang menonton produk filem premium yang dihasilkan khas untuk mereka berjudul 'Anugerah Dendam Yang Terindah' lakonan mantap pasangan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, yang akan mula tayangannya pada 25 Julai ini.

"Kami percaya dengan pelancaran  Astro First Eksklusif, ia diterima baik oleh penonton yang utamakan kualiti dan persembahan karya lain daripada yang lain," jelas Khairul. 

Tambahnya, program-program yang bakal dihidangkan menepati tema kempen tahun ini iaitu 'Eratkan Jalinan-Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan' dengan himpunan pelbagai genre seperti komedi, muzikal, telefilem, konsert, hiburan, drama dan sebagainya.

Sepuluh saluran yang bakal menyiarkan program terbaik adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).

Selain itu, Astro turut menyiarkan program-program menarik dalam definisi tinggi menerusi saluran Mustika HD (134) dan Maya HD (135). 
ADIRA dan krew Erafm menghiburkan hadirin,

Antara program menarik bakal disiarkan seperti Lawak Ker Der 2 (Astro Warna), Primadona Khas Raya (Astro Oasis), Malam Raya (Astro Ria), Meletop Raya (Astro Ria), Tanah Kubur Istimewa (Astro Oasis).

Manakala telefilem menarik seperti Bongkah Bahulu Angkasa Raya (Astro Ria), Madu Madu Raya (Astro Prima) dan banyak lagi.
 
Sempena sidang akhbar memperkenalkan program-program, Astro turut meraikan media dan selebriti dalam majlis berbuka puasa dengan persembahan oleh artis-artis popular seperti Hafiz, Adira dan lain-lain.

Dan antara mereka yang memeriahkan majlis kelihatan Rozita Che Wan, Zain Saidin, Erra Fazira, Nasha Aziz, Raja Azmi, Mejar David Teo dan Jane, Kaka, Zizan, Arja Lee dan ramai lagi.




Tiada ulasan: