Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ANNAKU' REALISASIKAN IMPIAN KANAK-KANAK

'ANNAKKU' salur sumbangan RM7,000 kepada  rumah anak2 yatim Chasis dan Siddhartan Home baru-baru ini.
Dalam melaksanakan program CSR (Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat) sempena ulang tahun ke 40 Anakku Sdn Bhd,  dua aktiviti telah dirancangkan bagi  membantu beberapa kumpulan  kanak-kanak dan pelajar merealisasikan impian dan potensi mereka.

Menerusi salah satu aktiviti berkenaan, 'Anakku' memilih 40 orang kanak-kanak dari empat rumah anak yatim khususnya Siddharthan Home, Petaling Jaya; Rumah Charis, Kuala Lumpur; Padmasambhava Children Loving Association, Klang; dan Good Samaritan Home, Klang untuk merakamkan album lagu kanak-kanak tradisional iaitu 'Rasa Sayang' dan "ikan Kekak' di studio rakaman profesional.

"Kami mahu kanak-kanak ini merasai pengalaman merakamkan sebuah album di dalam studio profesional seumpama mereka penyanyi profesional. Kami mahu mereka percaya bahawa jika mereka berani menyemai impian apa sahaja yang mereka impikan boleh menjadi kenyataan," ujar  Jasmine Chew selaku Ketua Pegawai Eksekutif Anakku Sdn Bhd di majlis penutup ulang tahun ke 40 Anakku di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis yang berlangsung turut  menyaksikan pemberian hadiah  kepada pemenang rekaan fesyen oleh pelajar-pelajar MIA (Malaysia Institute of Art) di mana mereka dikehendaki mereka rangkaian pakaian batu bagi kanak-kanak berusia 0-4 tahun dengan menggunakan elemen batik. Program berkenaan merupakan aktiviti CSR kedua 'Anakku".

Para pemenang pertandingan itu menerima wang tunai bernilai sehingga RM3,000, sijil dan ipod di mana juaranya dimenangi oleh Lim Jia Hui diikuti tempat kedua, Tan Li Jing, ketikga Chloe Lucy De  Costa. Tempat ke empat hingga ke lapan dimenangi oleh Lee Zhe Ren, Pang Yong Kiat, Chee Jia Woei, Tan Jye Ying dan Lee Liong Miew.

LIM Jia Hui (tengah) bersama dua pemenang pereka fesyen.

Bercakap lanjut Chew memberitahu 'Anakku ' bermula sebagai perniagaan kecil yang diusahakan oleh sebuah keluarga pada tahun 1973.

"Kami berani berimpian tinggi dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Cita-cita dan dedikasi kami ternyata memberi pulangan kerana kami kini merupakan jenama gaya hidup bayi dan kanak-kanak yang terkemuka di negara ini," tambah beliau.

Chew memberitahu pertandingan pereka fesyen dianjurkan sebagai langkah mendekati para pelajar rekaan fesyen tempatan yang berbakat lantas membantu mereka merealisaskan potensi diri, kerana cabaran ini bukan sahaja memerlukan bakat kreatif mereka tetapi juga bakat praktikal mereka memandangkan mereka perlu memikirkan reaksi para pelanggan terhadap rekaan mereka.
PERSEMBAHAN tarian oleh anak2 yatim.....
Pertandingan berkenaan dihakimi oleh Khoon Hooi, pereka feysen terkenal di Malaysia, Lai Hoo Chu, Ketua Jabatan Tekstil dan Fesyen, Mia dan Chew sendiri.

"Peraduan ini menggalakkan pereka fesyen muda tempatan untuk menampilkan idea yang baru dan menarik berkonsepkan batik sebagai langkah mengekalkan warisan kebangsaan itu agar terus diminati dan relevan dalam arena fesyen tempatan, kata Khoon Hooi melalui rakaman video memandangkan beliau tidak dapat hadir pada majlis tersebut.
 
LAPAN pelajar MIA yang terlibat dalam pertandingan pereka fesyen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan