Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO LANCAR PANDUAN TV PELBAGAI BAHASA PERTAMA DI MALAYSIA

BRIAN LENZ bersama Liew Swee Lin ketika melancarkan panduan tv pelbagai bahasa pertama baru-baru ini.
Semua pelanggan  Astro B.yond kini boleh menikmati Panduan TV pelbagai bahasa generasi baru yang pertama seumpamanya di Malaysia sebaik ia dilancarkan baru-baru ini. Bagaimana pun, pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat di seluruh negara mulai 24 Februari lalu.

"Kami amat sukacita untuk mengumumkan satu lagi mercu jaya penting bagi Astro iaitu pelancaran Panduan TV pelbagai bahasa geneasi baru untuk menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih peribadi dan lebih menarik di samping menepadukan menonton  TV kepada Astro on the Go (AOTG) dengan lancar untuk pelanggan kami," ujar Liew Swee Lin selaku Ketua Pegawai Komersial Astro pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

Pelanggan dan penonton akan dapat melihat Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) dan Astro on the Go yang serba baru dalam bahasa pilihan mereka untuk pengalaman TV yang lebih peribadi,

Pengaturcaraan Elektrik baru menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk mencari daln menonton kandungan pada masa pilihan meeka - secara langsung dirakam pada PVR atau  melalui  kandungan On Demand.



Menjelaskan lanjut, Brian Lenz Ketua Pegawai Inovasi di Astro berkata,"Astro terus melabur demi manfaat pelanggan kami dengan memberi mereka lebih banyak pilihan kandungan dan pengalaman hiburan terbaik di kalangan yang setarafnya."

"Kini perkhidmatan VCD kami menawarkan hampir 5,000 tajuk meliputi filem, drama, dokumentari dan banyak lagi yang pasti akan diperluas pada masa depan," tambah Brian.

Sehubungan itu, tambahnya, EPG pelbagai bahasa yang baru akan memudahkan navigasi, dengan itu membolehkan pelnggan Astro untuk melayari dengan mudah dalam gedung e-DVD peribadi mereka untuk mencari program-program yang mereka mahu menonton.

Astro mempunyai lebih  470,000 pelanggan PVR pada akhir bulan Oktober 2013. Dengan semua penambahbaikan kepada EPG, Astro menjangka untuk melihat trend menaik dalam 'shift masa'  melihat di kalangan pelanggan=pelanggan, kerana mereka mengawal jadual TV untu meakam lebih banyak program untuk menonton mengikut keselesaan mereka.

Antara ciri utama EPG adalah seperti berikut: 

* Panduan TV pelbagai bahasa pertama untuk membawakan pengalaman yang lebih menarik dan bermakna bagi pelanggan yang mahu menonton rancangan kegemaran mereka dalam bahasa pilihan mereka iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.

* Katalog Video on Demand (VOD) yang menyediakan keupayaan pelayaran dan pencarian lebih baik mengikut genre, tajuk, musim dan episod sekali gus membolehkan pelanggan mengawal dan memilih cara mereka menikmati hiburan.

* Kemudahan rakaman lebih baik yang membolehkan pelanggan yang mempunyai PVR berhubung, menguruskan dan memantau rakaman PVR dan pembelian VOD, semuanya dari satu tempat. Pelanggan boleh menonton semua episod yang dirakamkan daripada sesuatu siri, menapis dan menyusun tajuk mengikut tarikh dan musim dan juga mengunci perpustakaan rakaman mereka untuk mengelakkan daripada rakaman dipadamkan secara tidak sengaja.

* Enjin pencarian yang ditambah baik dan lebih canggih untuk pelayaran dan pencarian kandungan lebih mudah di mana rakaman atau tajuk dikategorikan mengikut bahasa, tahun siaran, tarikh dan masa siaran di samping keupayaan menapis dan membahagikan kandungan berasaskan turutan abjad, tempoh rakaman, tarikh luput dan banyak lagi.




Panduan TV terbaru akan dimuat turun secara automatik ke semua set peranti Astro B,yond mulai 24 Februari 2014 secara berperingkat dan pelanggan dinasihatkan untuk meninggalkan set peranti mereka dalam mod 'standby' (tunggu sedia) untuk menerima perisian yang dikemas kini. Sila layari www.astro.com.my/epg atau menonton Saluran 100 (mulai 22 Februari) untuk maklumat lanjut. 


Bagi maklumat lanjut tentang Astro on the Go, sila layari www.astro.com.my/onthego.





Tiada ulasan: