Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PAMERAN HABIB TRULY MALAYSIA DI SURIA KLCC

MEER Habib bersama barisan selebriti yang mempergayakan koleksi barangan Habib di KLCC baru-baru ini.

Syarikat barang kemas terkenal, Habib Jewels tidak terkecuali dalam mempromosikan kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014 apabila mengambil inisiatif menganjurkan pameran dan jualan bertemakan "Habib Truly Malaysia'.

Berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Membeli Belah Suria KLCC, majlis dimeriahkan dengan persembahan pembukaan berupa tarian kebudayaan Malaysia serta mainan muzik daripada kumpulan Gendang Symphony, "Habib Truly Malaysia' turut menyaksikan penampilan barisan selebriti terkenal antaranya Kaka, Zara Zya, Yasmin Hani, Thanuja Ananthan, Hunny Madu (pengacara)  menggayakan pakaian tradisional kepelbagaian budaya di Malaysia serta koleksi barangan Habib yang diinspirasikan oleh sumber flora dan fauna yang ada dalam negara ini seperti kerongsang, cucuk sanggul dan tali pinggang tradisional perak yang merupakan sebahagian daripada koleksi warisan kebanggaan Habib,

Pameran yang sedang berlangsung sehingga 11 Mac ini turut menawarkan potongan harga sehingga 70%  ke atas semua koleksi berlian dan batu permata malah RM8-RM15 diskaun diberikan dengan setiap gram atas pembelian atau jualan balik barang daripada emas. Ia bermula dari 26 Februari lalu hingga 11 Mac 2014 ini, dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan beberapa koleksi klasik intan  diwarisi Habib berrmula pada tahun  1958  di bawah  nama M.A. Habib Mohamed oleh pengasasnya, Dato Hj Habib Mohamed Abdul Latif (ayah kepada Dato Meer Habib) yang terletak di Jalan Pitt, Pulau Pinang sehingga kini.

Dalam ucapan ringkasnya, Dato Meer selaku Pengarah Urusan Habib melahirkan rasa bangga dapat menyumbang kepada mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan berharap pameran yang diadakan di ruang legar Suria KLCC dapat membantu merealisasikan objektik Kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan.

Meer  memukul gong tanda perasmian pameran 'Habib Truly Malaysia'.


"Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia. Para pengunjung bolehlah melihat koleksi barang-barang lama diwarisi Habib di samping berpeluang menikmati harga potongan yang ditawarkan," tambah beliau yang turut mempamerkan replika emas bangunan kebanggaan negara iaitu  Menara Berkembar Petronas hasil buatan Habib.

Replika emas tersebut bersaiz 1/1000 daripada saiz sebenar yang diperbuat daripada emas, berlian dan permata adalah seberat 6 kg dinilai RM1 juta pada masa ia diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2001.

"Pada hari ini ia dianggarkan mempunyai nilai yang mencecah sehingga RM2 juta mengikut harga semasa emas. Ini menunjukkan peningkatan nilai emas yang telah meningkat sebagai satu pelaburan yang masih relevan dan menguntungkan," ujar Meer.

MEER bersama rekaan bangunan petronas berkembar dari Habib.
 
BARISAN selebriti yang terlibat...

MUZIK dan tarian kebudayaan memulakan persembahan majlis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan