Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PERMATA HATI' MENYENTUH JIWA

TAYANGAN AMAL DiRAJA.....'Permata Hati" di GSC Pavilion baru-baru ini.
GABUNGAN pelakon Malaysia dan Indonesia dalam filem "Permata Hati".
Sekiranya sudah lama anda tidak menonton filem yang memaparkan isu masyarakat sejagat  di mana satu kesilapan  masa  silam menyebabkan keruntuhan kebahagian masa kini barangkali telemovie yang telah dinaikkan formatnya ke sebuah filem, "Permata Hati" mampu menjadi hidangan halwa telinga dan tontonan mata.

Segalanya bermula apabila satu hubungan sulit  menyebabkan kelahiran 'insan' yang tidak berdosa sehingga anak kehausan kasih sayang seorang bapa gara-gara silaturrahim 'haram' yang dibina tidak diikat dengan tali perkahwinan.


Barangkali isu begini yang melibatkan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia banyak berlaku waima  timbulnya idea terbitan filem ini yang merupakan karya asal cetusan rasa penerbitnya Dato Seri Reza Shah melalui syarikatnya, Nusantara Gem Sdn Bhd.

Hubungan yang terjalin selama sembilan tahun antara wanita Indonesia, Sandra (lakonan Wulan Guritno dan Aizuddin (Zul Ariffin) tanpa disedari Aizuddin telah membenihkan seorang anak lelaki, Alexander (Cahaya Rizki).

Setelah dimaklumkan oleh rakan karibnya, Herman dari Indonesia mengenai Alex, timbullah pelbagai konflik rumahtangga yang telah dibina antara Aizuddin dan isteri sahnya, Sofia (Elaine Daly) serta anak mereka, Lis (Elfira Loy) apabila Alex dibawa ke Malaysia untuk bertemu Aizuddin.

Namun pertemuan dan perpisahan tidak dapat dielakkan. Setelah keluarga Aizuddin dapat menerima kehadiran Alex, anak itu harus pulang ke pangkuan keluarga ibunya Sandra di Eropah walau pun Aizuddin adalah bapa kandungnya namun undang-undang anak luar nikah tidak memihak kepada si bapa memandangkan Alex pula berlainan agama dan anak tidak sah tarafnya. Kemuncak cerita timbul apabila Lis yang tidak dapat menerima perbuatan ayahnya ditimpa kemalangan dan berada di antara hidup dan mati ketika Aizuddin juga terpaksa ke lapangan terbang untuk berpisah dengan Alex.

Bagaimana kah kesudahannya cerita karya asal Dato Sri Raja Rezza Shah  di bawah arahan pengarah Mohamed Feroz Abdul Kader ini akan dapat anda saksikan di pawagam pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Mungkin anda akan tertanya kenapa tiada tarikh penentuan?

"Sebenarnya, pada asal ini adalah sebuah telemovie tetapi atas syor kawan-kawan saya mengambil keputusan untuk menukarkan formatnya ke sebuah filem. Beberapa perubahan teknikel perlu dibuat ke arah itu jadi saya belum dapat memberikan tarikh tayangan selagi segala prosedur dan format perfileman dikemas kini," ujar Dato Sri Raja Rezza Shah pada majlis tayangan amal DiRaja "Permata Hati" di GSC Pavilion baru-baru ini. Khabarnya, beliau terpaksa membelanjakan lebih RM10,000 untuk tujuan pertukaran format berkenaan.

Menurut Raja Rezza, terbitan telemovie ini pada asalnya hanyalah untuk ditayangkan di televisyen dan objektifnya untuk mengutip dana bagi Tabung Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di bawah naungan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung yang turut berangkat ke majlis tayangan.
Sidang media berlangsong.......


Turut berangkat hadir Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim.

Sebelum tayangan bermula, majlis diumumkan oleh pengacara majlis, Iqram Dinzly bahawa sebanyak RM150,000 berjaya dikutip daripada dermawan untuk disalurkan kepada YAYSH sebagai kutipan permulaan.  

Komen Wulan (pix kanan) : 

"Saya hanya jalani penggambaran di Jakarta sahaja. Tetapi bila saya dapat tahu filemnya akan membuat tayangan awal di Kuala Lumpur, walaupun sibuk saya berkeras mahu ke sini. Saya rindu sama peminat dan wartawan di Malaysia.

"Saya harap selepas ini  akan ada lebih banyak projek kerjasama antara Indonesia dan Malaysia. Atau mungkin saya boleh bawa rakan pelakon di Malaysia untuk melibatkan diri dalam industri perfileman di Indonesia. Saya harapan filem ini boleh ditayangankan di Indonesia juga."

Zul Ariffin:

"Saya berterima kasih kepada Dato Sri Raja Rezza kerana peluang yang diberikan dan bekerjasama sekali lagi dengan Elaine Daly. Ia sebuah karya yang merupakan isu semasa dan melalui filem ini diharap para penonton dapat memperoleh mesej bermanfaat melaluinya terutama mengenai ketiadaan hak seorang bapa terhadap anak kandung di luar nikah yang berlainan agama dan bagaimana permasalah rumahtangga diselesaikan tanpa perlu bercerai berai."

#Trivia:

 * Cerita ini telah disimpan kira-kira 10 tahun lalu dan pertama kali dibincangkan bersama Zeila Jalil untuk diterbitkan tetapi tidak termakbul.
*  Erma Fatima telah menawarkan untuk membeli cerita ini daripada Raja Rezza.
* Judul asalnya "Tiga Hari" tetapi diubah menjadi "Permata Hati" kini.
*  Para pelakon mengenakan pelbagai fesyen bertudung dalam filem ini waima Raja Rezza  pencetus dan pengasas serta Pengerusi  kepada Ismalic Fashion Festival (IFF).
* Menelan belanja RM400,000 sebagai telemovie.
* Filem sulong Raja Rezza setelah 7 tahun menyepi kerana jatuh cinta. Dengan siapa? Biarlah Rahsia.....
* Malaysia mencatatkan 300,000 kes berhubung anak luar nikah.
ANTARA babak-babak dalam filem "Permata Hati" - susunan Farish Ayub,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan