Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HAFIZ RAIH 25 ANUGERAH DALAM USIA 24 TAHUN

HAFIZ meraikan ulang tahun ke 24 dengan ibu bapanya pada Majlis Kesyukurannya di KL Hilton baru-baru ini,

Dalam usia muda, 24 tahun, Hafiz atau nama penuhnya, Mohd Hafiz Mohd Suip sudah boleh berbangga dengan pencapaiannya merangkul 25 anugerah sepanjang kariernya sejak dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasi musim ke 7.
 Terakhir, anak seni dari Kuching, Sarawak ini mengutip dua lagi anugerah di mana lagu nyanyiannya "Bahagiamu Deritku' karya LY & Baiduri berjaya merangkul gelaran Juara Lagu manakala Hafiz sendiri memperoleh Anugerah bagi Persembahan Terbaik pada majlis Anugerah Juara Lagu yang berlangsung baru-baru ini.

Dengan deretan anugerah di dalam tangan dan kejayaan yang dikecapi, satu  Majlis Kesyukuran telah dianjurkan buat Hafiz di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan bersempana itu juga, Hafiz diraikan dengan pemotongan pulut kuning menyambut kelahirannya yang ke 24 (jatuh pada keesokan harinya - 27 Februari).

Pada majlis berkenaan, dalam ucapan ringkasnya, Hafiz melahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang menyokong perjalanannya berkecimpung dalam bidang seni muizik sejak tahun 2009.

"Kejayaan yang ditempa memberi semangat untuk saya menapak lebih maju dalam karier sebagai penghibur," ujar Hafiz.

Pada ucapan aluan, Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata,"Tujuan kami mengadakan majlis ini untuk memanjatkan rasa kesyukuran  kepada Allah swt atas kejayaan Hafiz dalam kerjaya beliau sebagai anak seni dan juga menyambut hari kelahiran Hafiz yang akan berlangsung pada esok hari."

Selain Anugerah Juara Lagu, antara anugerah-anugerah lain yang diraih meliputi Anugerah Industri Muzik, Anugerah Planet Muzik, Anugerah MeleTop ERA, Shout Awards dan banyak lagi. 

Hadir bersama memeriahkan majlis ialah kedua ibu bapa Hafiz, En Mohd Suip Mohd Suut dan Puan Halizawati Mohammad Salleh serta guru vokal, Cikgu Syafi, para pengkarya muzik seperti LY, Baiduri, Ajai mahu pun para peminat dari Hafiz FC yang banyak mendorong karier Hafiz selama ini.

Malah salah seorang peminat yang hilang penglihatan sempat menyanyikan lagu "Bahagiamu Deritaku" untuk  Hafiz lantas mendapat tepukan gemurah hadirin.

Sebelum mengakhiri majlis, Hafiz tidak ketinggalan mengalunkan lagu single terbarunya yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan