Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAYSIA DISTRO FIESTA 2014 MULAI 29-30 MAC


Lebih 500 pengusaha Distro (singkatan daripada Distribution Store atau Distribution Outlet)  bakal bergabung dalam sebuah acara peringkat kebangsaan yang dinamakan Malaysia Distro Fiesta 2014 yang akan berlangsung selama dua hari bermula 29-30 Mac ini bertempat di lapangan letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, acara yang dianjurkan Postoman Industries turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Malaysian Buskers Club, Achtung KL, Youth Buzzzr Underboss, Alibi Music, Terbang Concept dan Fotografia De Lyzard & Switchbox Development.

Distro merupakan aktiviti menjual pakaian, aksesori dan kraf yang dihasilkan oleh pembuat atau pengeluar produk berkenaan di mana secara umumnya adalah perusahaan industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diusahakan dan dikembangkan oleh remaja.

Produk-produk yang dihasilkan dikategorikan eksklusif dan terhad antaranya jenama Abstrax khabarnya telah menyatakan kesediaan untuk bersama menjayakan acara berkenaan. Abstrax yang merupakan cetusan idea sekumpulan remaja diketuai oleh CEOnya, Dr. Faiz Izwan Anuar (gambar kecil  bawah, kiri) kini  mendapat sambutan  luar biasa sejak ia  mula aktif dipasarkan secara 'online' mahu pun melalui butik cawangannya seperti di Galeria Pertama  di Taiping, Perak. 

Abstax melahirkan baju-baju t eksklusif yang memuatkan gambar-gambar tokoh ternama seperti Tun Dr, Mahathir  di bawah slogan "Respect', Nik Aziz (Faith), Tengku Abdul Rahman (Unity) dan ramai lagi. Ia termasuk produk berbentuk 'key chain" , 'sticker' 'smart tag', seluar dan poster.  Pelakon Beto Kusyairy (gambar kecil bawah, tengah) antara selebriti yang tidak ketinggalan membanu  memperagakan koleksi Abstrax.
 
Menyemarakkan lagi penganjurannya selama dua hari itu, akan diadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Doodie, Graffiti Show, Underboss X-treme Sport, Mob Fest Autoshow, Demonstrasi Set & Run Silk Screen, Pertunjukan Fesyen, Buku Jalanan, Pertunjukan Melukis Batik dan persembahan 30 artis popular/band tanah air seperti Monoloque, Tilu, Capirice, Reza Salleh , Yuka Kharisma, Lokman Adam, Mafarikha, Daly Filsuf feat Delisha dan ramai lagi.

Lebih 50,000 orang remaja dijangka hadir pada fiesta yang julung kali diadakan itu.

Malaysia Distro Fiesta 2014 berkonsepkan seni dan jenama urban tempatan.  Penganjur pesta berusaha menyediakan platform kepada pengusaha Distro untuk bertemu pelanggan dalam suasana santai dan menghiburkan.

Pada masa sama, fiesta ini dapat membantu pengeluar produk mempromosikan barangan mereka kepada orang ramai yang berkunjung ke pesta ini dan ia adalah platform terbaik untuk memperkenalkan produk masing-masing.

Pengarah Urusan Postoman Industries, Shariff Mohamad dalam ucapannya pada  sidang media memberitahu, tujuan penganjuran fiesta berkenaan adalah untuk membantu peniaga kecil/sederhana menuju dan meneroka  ke pasaran yang lebih luas.

"Apabila kami menggabungkan mereka semua dalam acara seperti ini, ia secara tidak langsung menjadikan mereka lebih kompetitif demi menyahut persaingan yang lebih besar di luar sana. Kamu mahu menjadikan Malaysia Distro Fiesta ini sebagai acara nasional dwi-tahunan demi membantu industri Distro yang sedang pesat membangun," tambah Shariff.

Jelasnya, misi fiesta adalah untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti barangan Distro buatan Malaysia dan mewujudkan persaingan sihat di antara peniaga manakala visinya pula untuk menjadikan Malaysia Distro Fiesta sebagai acara dwi-tahunan supaya dapat  membantu menghangatkan lagi industri kreatif dan Distro di negara ini.

Menariknya,Postoman Industriews bersama rakan-rakan acara menganjurkan acara ini dengan menggunakan sumber kewangan semdiri.

"Pihak kami mengalu-alukan syarikat yang berminat untuk menjadi penaja utama. Kami percaya Malaysia Distro Fiesta adalah platform terbaik untuk produk yang mensasarkan golongan muda," tambah Shariff.

Menurutnya lagi, pihaknya masih menerima pengusaha Distro yang berminat untuk menyertai fiesta dan mereka bolehlah layari  laman www.facebook.com/malaysiadistro atau email infocloudworks@yahoo.com atau telefon Aszuad Zakaria di talian 016-6838444 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KUMPULAN TILU antara artis yang dijangka hadir memeriahkan fiesta.



Tiada ulasan: