Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'A GOLDEN MOMENT WITH HAFIZ' 22 APRIL

HAFIZ dan Adira bersama pihak penganjur pada sidang media di Serai, baru-baru ini.
Setelah lima tahun bergelar anak seni, kerjaya anak Sarawak bernama Hafiz Suip ini ternyata terus cemerlang waima bertimbun anugerah diraihnya sepanjang tempoh sejak dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim ke-7.

Terkini, kerjaya Hafiz melangkah maju setapak lagi apabila diberi peluang keemasan oleh penganjur,  COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn Bhd untuk menjayakan Minggu Setiausaha yang dinamakan "A Golden Moment with Hafiz'.

Bakal berlangsung pada 22 April depan bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang di dewan megah Matrade, Off Jalan Duta, Hafiz yang buat pertama kalinya akan menghiburkan para setiausaha, turut digandingkan bersama rakannya, Adira manakala Afdlin Shauki bertindak sebagai pengacara majlis.

Menyentuh perasaannya sebagai seorang anak muda yang baru lima tahun dalam bidang seni tetapi telah diberi peluang mengendalikan sebuah persembahan pada Minggu Setiausaha, Hafiz berkata, "Saya akui gementar untuk menjayakan acara ini yang lazimnya merupakan platform untuk artis-artis ternama dan bertaraf penghibur namun kepercayaan yang diberikan  penganjur memberi keyakinan untuk saya mencuba."

"Setelah lima tahun berada dalam industri  sudah sampai masanya saya perlu mencabar diri dan menimba pengalaman di pentas yang melengkapkan ilmu seorang penyanyi kepada seorang penghibur," ujar Hafiz pada sidang media berkaitan Minggu Setiausaha yang diadakan di Serai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sesungguhnya, tema yang dipilih penganjur iaitu 'A Golden Moment with Hafiz' mempunyai tafsirannya yang tersendiri di mana 'gold' atau emas melambangkan sesuatu yang berharga begitu juga pentingnya acara ini buat Hafiz kerama ia adalah Minggu Setiausaa solo dan pertama yang dijayakannya.

"Kami mahu penonton yang hadir mengingati Hafiz sebagai bakat yang berharga  sepertimana bernilainya emas," ujar Hazlina Anwar selaku Lembaga Pengarah COOP Matrade mewakili penganjur.

Menurutnya, persembahan pemilik gelaran Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu  (AJL), tiga tahun berturut-turut itu dari  AJL25-AJL27, bakal mendendangkan  lagu secara duet dengan Adira iaitu 'Ombak RIndu'.

 Hafiz dijangka menghiburkan majlis dengan sekurang-kurangnya lapan buah lagu hit beliau yang terkandung di dalam koleksi albumnya manakala Adira pula akan mendendangkan dua buah lagu popularnya  diiringi Pengarah Muzik, Aznan Alias atau lebih dikenali sebagai Nan.

Kehadiran Afdlin Shauki sebagai hos menjanjikan kelainan dan hiburan yang tentu sekali mampu mencuit hati khalayak yang hadir.

Hazlina turut memberitahu, sepanjang tempoh majlis, para Setiausaha yang kebanyakannya adalah wanita akan disajikan dengan segmen pertunjukan fesyen kendalian dua pereka fesyen meningkat naik iaiatu Amer Rafiqee dan Erry Anuwar.

Malah pemenang cabutan bertuah berpeluang menerima tiket penerbangan ke Bali atau Koh Samui termasuk penginapan 3 hari 2 malam, tv, bilik hotel, hamper dan bermacam lagi.

Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang bersama Hafiz, Adira dan Afdlin Shauki bolehlah membuat tempahan tiket berharga RM780 (platinum), RM680 (emas) dan RM580 (perak).

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-29005526 atau terus kepada wakil-wakil pihak penganjur seperti Azizah (012-2013501), Yusri (019-6202070) dan  Ariff (016-4458748). Mereka juga boleh layari Facebook di amiglobal2014 atau di Instagram hafizgoldenmoment dan emel amiglobal2014@yahoo.com.my.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan