Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'TERINDAH...ANUAR ZAIN' DITUNDA KE 29 APRIL

ANUAR Zain pada sidang akhbarnya semalam.Foto Kak Fas.

Terpukul dengan tragedi MH370 di mana dua orang daripada anak kapal yang menaiki pesawat adalah rakan lamanya, penyanyi tersohor, Anuar Zain mengambil keputusan untuk menundakan tarikh persembahannya sempena Minggu Setiausaha, "Terindah... Anuar Zain' yang sepatutnya dijadualkan pada 8 April ini kepada 29 April 2014.

Anuar, 44, memberitahu, langkah tersebut diambilnya sebagai menghormati tragedi yang menimpa pesawat MH370  milik penerbangan Malaysia Airlines di mana beliau sendiri satu ketika dahulu pernah bertugas di awan biru syarikat berkenaan.

"Berita kehilangan MH370 amat menyentuh perasaan saya kerana sehingga hari ini saya berasa beigtu dekat dengan MAS, apatah lagi dua rakan lama saya terlibat," ujar Anuar Zain pada sidang media mengumumkan penundataan tarikh persembahan "Terindah... Anuar Zain' semalam.

Dua rakan lamanya yang dikenali berada dalam pesawat ialah Ketua Peramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes. Mereka antara 239 penumpang dan anak kapal yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu di mana pesawat itu disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Sehubungan itu, tarikh baru persembahan sempena Minggu Setiausaha 'Terindah...Anuar Zain' akan berlangsung  pada 29 April bertempat di lokasi sama iaitu  di Dewan Topaz dan Ruby, Hotel One World.


Pada kesempatan itu juga Anuar mengumumkan hadiah utama bagi cabutan bertuah berupa kemenangan percutian bersama beliau ke Paris. Pemenang bertuah berkenaan berpeluang bercuti ke Paris untuk dua orang termasuk makan malam menaiki  cruise (Bateux Parisiens Dinner Cruise) bersama Anuar tajaan FBA Media Sdn Bhd.

Antara hadiah lain yang menarik meliputi dua pemenang bertuah akan distailkan oleh Anuar Zain sendiri menggunakan barangan tajaan Zalora, Luca Barberis.

Menceritakan lanjut, Pengarah Pemasaran Zalora Malaysia berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anuar dalam persembahan Minggu Setiausaha beliau. Kami percaya ini akan menjadi kolaborasi yang bermakna kerana muzik dan fesyen saling memberi inspirasi antara satu sama lain."

Tidak ketinggalan juga, bagi mereka yang telah mendapatkan tiket, Anuar Zain juga mengumumkan aktiviti media sosial khas di mana dua wanita bertuah berpeluang untuk memenangi pakaian yang direka oleh Syamir Izwa bagi menghadiri majlis 'Terindah..' tersebut dengan menggunakan hastag #TerindahAnuarZain dan #TerindahSyomirizwa.

Hadiah-hadiah menarik lain yang turut disediakan termasuk produk dari Patchi, L"Occitane, Dolce Gusto, Nescafe serta  pelbagai peralatan  elektronik dan lain-lain lagi.

Untuk mendapatkan maklumat terkini peminat juga boleh memperolehnya dari Suria FM sebagai rakan media rasmi untuk 'Terindah...'

Menurut Anuar Zain  semua tetamu akan dapat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penaja di ruang legar hotel berkenaan pada tarikh tersebut.

"Saya sangat berharap semua dapat bersama-sama saya pada hari itu dan menjadikan ia sebagai satu petang yang 'terindah'," Anuar meluahkan harapannya.

Tiket untuk 'Terindah... Anuar Zain' berharga RM480, RM680, RM980 dan RM1,380 (tidak termasuk fee tiket)  boleh didapati melalui  www.ticketcharge.com dan agen tiket rasmi TicketCharge. Manakala untuk tempahan meja VIP dan korporat  boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian +6019-3177496 (Liz) atau +601-24642030.

Peminat boleh mengikuti perkembangan terbaharu Anuar Zain Netword di Facebook rasmi beliau di www.facebook.com/anuarzainnetwork atau blogger rasmi Budiey.com untuk maklumat terkini manakala pertanyaan daripada pihak media boleh pula menghubungi Sam Kassim di talian +6019-2112288).

ANUAR Zain bersama para penaja "Trindah... '  Foto Dragon Rentak Sejuta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan