Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BANGKIT BERNIAGA' BERSAMA DR. AZIZAN

 DR. AZIZAN OSMAN

Siapa tidak mengenali pemilik bernama Dr. Azizan Osman, seorang jurulatih kejayaan & Pakar Pemasaran No. 1 Asia yang sejak enam tahun lalu telah melahirkan kira-kira 5,000 usahawan sebagai jutawan tempatan malah telah memberikan ilmu kepada lebih 500,000 orang melalui ceramah motivasi perniagaan yang dikendalikan.

Harapan Dr. Azizan ingin terus berkhidmat dan mencurahkan ilmu bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra mencapai taraf jutawan dalam perniagaan masing-masing,

"Mereka yang hadir pada seminar atau bengkel yang saya anjurkan terdiri daripada berbilang kaum walau pun cuma satu peratus sahaja melibatkan kaum asing seperti Cina dan India namun bilangan itu nampak kian meningkat," ujar Dr. Azizan kepada media sebaik sahaja selesai menganjurkan Seminar 'Bangkit Berniaga 2014' di Kuala Lumpur hari ini.

Seminar yang berjaya menarik minat kira-kira 2,000 khalayak itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari  di Dewan Wisma MCA dan merupakan julung kalinya dianjurkan oleh Dr. Azizan melalui syarikat miliknya Richworks International.

Malah Pengerusi Eksekutif Richworks ini seterusnya memberitahu, seminar tersebut dijadual berlangsung di sembilan lokasi dengan diteruskan esok (hari ini, 31 Mac) di Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang.

"Bangkit Berniaga 2014' diteruskan pada 13 April di Shah ALam Convention Centre (SACC) diikuti di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu (18 April); Bukit Gambang Resort City, Kuantan (19 April); Hotel TH,, Alor Setar (25 April); Hotel Syuen, Ipoh (26 April) dan berakhir di Melaka Trade Centre, Melaka pada 27 April.
DR. Azizan brsama penulis......Foto A. Farish.


Kenapa pentingnya mengikuti seminar ini?


"Apabila anda berniaga dengan satu ilmu, modal bisnes adalah kecil, sekecil RM1. Berniaga tanpa ilmu ibarat berjuang di medan perang tanpa peluru. Apabila tidak ada ilmu, berapa juta modal pun tidak akan cukup. Banyak perbezaan mereka yang ada ilmu dengan tidak," jelas Dr. Azizan.

"Ini adalah antara rahsia yang bakal dirungkaikan melalui seminar 'bangkit'," tambah Dr. Azizan penuh yakin.

Ilmu, menurut pakar motivasi terkenal ini juga adalah apa yang membezakan pencapaian satu-satu perniagaan yang dibangunkan.

Seminar yang memberi tumpuan kepada  bidang perniagaan, keusahawanan serta pelaburan ini merupakan kesinambungan daripada siri 'Bangkit 2014' yang dilancarkan awal tahun ini sempena keraian ulang tahun keenam Richworks,

Dr, Azizan berkata, 10 perkara penting di dalam membina sesebuah perniagaan, daripada kosong hingga mencapai jutaan ringgit akan dikongsinya menerusi 'Bangkit Berniaga 2014' ini.

Menerapkan konsep B.A.N.G.K.I.T  iaitu Bisness Akan Naik Guna Kuasa Ilmu & Tindakan'  jelasnya, seminar yang menjadi medan perkongsian ilmu itu antara lain akan mendedahkan rahsia di sebalik jutawan-jutawan berjaya.

Dr. Azizan sendiri merupakan seorang usahawan terkenal yang bergelar juawan seawal usia 30an dengan pemilikan ke atas sebuah empayar perniagaan yang menaungi 27 syarikat di dalam pelbagai industri termasuk pengiklanan dan pemasaran.

Apakah rahsia disebalik jutawan berjaya, apakah langkah demi langkah dan strategi memulakan perniagaan tanpa modal sehingga berjuta-juta ringgit dalam jangka masa pendek?

Untuk mengetahui jawapannya, Dr, Azizan mengajak usahawan-usahawan tempatan  atau bakal usahawan mengikuti seminar yang diadakan tersebut.

Beliau akan turut berkongsi bagaimana produk atau servis boleh menjadi rebutan pelanggan sehingga anda kehabisan stok.Ketahui bagaimana perniagaan boleh menjadi terkenal dan mudah diluaskan ke banyak rangkaian, juga bagaimana memenangi hati pelanggan baru dalam masa kurang daripada tujuh hari dan memastikan mereka sentiasa membeli dengan anda.

Tidak menafikan  terdapat 90 peratus yang berniaga gagal dalam tempoh tiga tahun pertama dan tidak mampu bangkit untung, Dr. Azizan berkata:

"Ramai di luar sana, saya percaya macam saya dulu, berniaga pelbagai bisnes tetapi tidak bangkit. Apa yang kita perlukan untuk membangkitkan perniagaan kita ialah ilmu. Dan, apa yang saya cuba buat ialah dengan menyediakan satu tempat bagi mereka yang ingin memajukan perniagaan."

"Jadi ambil peluang untuk ubah ekonomi anda, legas keluarga anda. Ketahui bagaimana menguasai pemasaran, tarik lebih ramai pelanggan dan tingkatkan jualan sehingga 400 peratus, Bangkit melakukan transformasi di dalam hidup, berniaga dengan teknik yang terbukti berkesan." tambah Dr. Azizan.

Seminar adalah percuma bagi yang mendaftar lima orang, RM90 bagi tiga orang dan RM50 seorang, Setiap peserta yang mendaftar dan menghadirkan diri akan menerima buku, 'Planet Bisnes Azizan Osman' terbitan Azizan Osman Productions yang merupakan himpunan dan dokumentasi catatan serta lakaran Zafrol Rizal Mat 'Jerry' dan Dato Roslan Ab Hamid.

Pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang www.bangkitberniaga.com. Info lanjut hubungi talian 019-2442244/013-2442244 atau 019-2442400.


 Sementara itu, Dr. Azizan mengumumkan akan melancarkan Richworks International College pada bulan Oktober ini di mana permohonan kelayakan masuk bagi pelajar lulusan SPM dengan tiga kredit boleh dilakukan apabila borang dikeluarkan  pada awal September ini.

"Kami akan membuka pengajian Diploma dalam jurusan perniagaan selama dua tahun dan mensasarkan pengambilan 500 pelajar apabila sesi pembelajaran dibuka awal Januari 2015 kelak," jelas Dr. Azizan yang akan melancarkan kolej tersebut yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam, bulan Oktober ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan