Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT JUDIKA & UB40 DI KL LIVE 9, 12 APRIL

UB40 Live in KL 9 April
KL Live pada bulan April akan menyaksikan pementasan dua artis terkenal dari dua negara berbeza apabila kumpulan UB40 dari United Kingdom dan Judika dari Indonesia akan mengadakan konsert masing-masing.

'UB40 Live in Kuala Lumpur'  akan mendahului pementasan pada 9 April  disusuli penyanyi yang popular dengan lagu, "Aku Yang Tersakiti', Judika, tiga hari kemudian iaitu pada 12 April.

Dibawakan oleh penganjur sama, UCS Clockwork, kedua-dua konsert dianjurkan bagi memenuhi cita rasa dua golongan iaitu remaja dan dewasa,

"Kami sasarkan penonton dari usia 30 tahun ke atas untuk konsert UB40 manakala Judika lebih popular di kalangan remaja," ujar Pengarah Urusan UCS Clockwork, Iman Tang pada majlis sidang media konsert tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya percaya kedua-dua selebriti ini mempunyai peminat masing-masing dan mampu menarik mereka untuk berkumpul di pentas KL Live," tambah Iman.

Konsert 'UB40 Live In Kuala Lumpur' yang popular dengan lagu-lagu hit seperti 'Kingston Town', 'Red Red Wine' dan 'Higher Ground' ini dijual dengan harga tiket RM158 (aras bawah) dan RM258 (vip, aras atas). Pintu KL Live akan dibuka pada jam 7.30 malam manakala konsert yang dijangka berlangsung selama dua jam dengan kira-kira 25 buah lagu nostalgia bermula jam 8.30 malam.

Sementara itu, konsert 'Judika Mencari Cinta' pula yang dijadualkan pada 12 April bakal menyaksikan penyanyi Indonesia itu menghiburkan peminatnya dengan lebih kurang 20 buah lagu termasuk lagu-lagu hitnya seperti "Setengah Mati Merindu".

Di samping itu, menurut Iman,, Judika akan mengambil peluang untuk menyampaikan lagu single terbaharunya yang dijangka dilancarkan pada bulan Jun ini.

Lebih menarik lagi, Judika akan mengundang penyanyi rock, Amy Search sebagai tetamu di mana Judika sendiri meminati Amy dan sudah lama bercita-cita untuk bernyanyi duet dengan plantun lagu "Isabella" itu.

Judika turut membawa bersamanya 14 pemuzik  bagi mengiringi persembahannya yang dijangka selama dua jam.

Dalam usaha menambahkan lagi keceriaan, pihak penganjur telah mengatur beberapa aktiviti Judika bersama peminat di antaranya peraduan  mencari pembantu peribadi Judika.


"Selama ini peminat tidak tahu bagaimana dan apakah cabaran serta kesukaran sebenarnya tugasan seorang pengurus artis. Jadi, pihak kami bercadang mengadakan satu peraduan mencari pembantu peribadi Judika. Kita mahu peminat rasai dan alami sendiri pengalaman menguruskan penyanyi kesayangan mereka.

Menurut Iman, Judika dijangka tiba di KL sehari sebelum konsert. Jadi bermula saat dia tiba nanti, pihaknya akan serahkan tugasan dan biarkan PA beliau yang uruskan baik dari segi pakaian, sesi bertemu media hinggalah ke hari konsert sebenar. Ini juga peluang peminat untuk lebih mendekati Judika, tambah Iman.

Tiket untuk menyaksikan konsert yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur buat Judika brharga RM98 (aras bawah) dan RM 168 (vip, aras atas). Konsert Judika akan bermula jam 9 malam.

Kesemua tiket bagi kedua-dua konsert boleh diperoleh di Ticketpro Malaysia melalui hotline atau di www.ticketpro.com.my dan turut dijual di beberapa outlet seperti di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music, Guitar Store. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi pihak penganjur di talian 03-78807999 dan hotline 017-3555134.

JUDIKA

UB40






Tiada ulasan: