Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ELYZA LANCAR KOLEKSI FABRIK TERBARU & BIDAI COULISSE


ELYZA bersama (dari kiri) David, Teh dan Ruben memperkenalkan koleksi fabrik Elyza dan tirai Coulisse.
Sudah bosan dengan langsir lama dan mahu bertukar fabrik baru apatah lagi menjelang Hari Raya tiga bulan lagi? Barangkali koleksi terbaru daripada Elyza ini jawapan yang anda cari selama ini...


Pakar penghias tingkap dan pembekal fabrik bermutu tinggi utama Malaysia, ELYZA’S®, memperkenalkan keindahan koleksi fabrik 2014 terbarunya selain mengumumkan kerjasama dengan pembekal sistem bidai berfesyen terkemuka dunia, Coulisse Netherlands BV. 

Berikutan pelantikan ELYZA’S®  sebagai pengedar utama Coulisse Blinds and Motorised Systems, syarikat ini berazam untuk meneruskan komitmennya ke arah menyediakan satu rangkaian perkhidmatan dan produk hiasan yang serba lengkap, sekaligus memperkaya gaya peribadi dan menambahbaik kualiti hidup para pemilik kediaman.

Gah dengan kehadiran kukuh dalam pasaran industri pernghiasan kediaman untuk selama lebih 20 tahun, memberi inspirasi yang tiada batasan kepada orang ramai sentiasa menjadi matlamat ELYZA’S®.

Misinya adalah untuk membantu orang ramai mengubahsuai kediaman mereka menjadi lebih selesa, sekaligus mewujudkan ruangan hidup yang indah. 

“Penghiasan tingkap bukan sahaja merupakan elemen penting dalam hiasan dalaman, malah ia juga memainkan peranan dalam meningkatkan gaya peribadi dan kualiti hidup. Saya sentiasa percaya bahawa setiap tingkap di setiap kediaman adalah ibarat individu unik, yang mana ia memiliki karakter dan keperibadian tersendiri, jadi ada perlunya untuk ia dihiaskan dengan penuh gaya dan lain daripada yang lain,” ujar  Elyza Yong, Pengasas & Ketua Pegawai Operasi, Elyza’s Home (M) Sdn. Bhd.

Bersama beliau Ruben De Vries, Jurutera Mekanikal Colusse Netherlands BV, Encik Teh Kiong Hui,  Pengarah Urusan Elyza's Home (M) Sdn. Bhd dan Encik Dave Chang, Pengarah Asia Pasifik, Coulisse (Netherlands) BV.

Dengan matlamat hendak membantu pengurus rumah tangga  memenuhi keperluan fungsian dan  mencari  kombinasi paling sempurna konsep dalaman dengan reka hias kediamannya,  ELYZA’S® memperkenalkan sepuluh koleksi fabrik baru dengan empat tema rekaan – Klasik, Kontemporari, Desa dan Bandar – bagi menyesuaikan cita rasa setiap individu yang berbeza. Fabrik-fabrik eksklusif  berkenaan antaranya buatan dari Sepanyol, Turki, United Kingdom dan India.


“Kami sedar bahawa setiap pelanggan ada keunikan cita rasa dan kegemaran tersendiri. Justeru, koleksi fabrik baru kami mengandungi keseimbangan yang terbaik daripada empat tema rekaan utama dan kepelbagaian pilihan  itu, bertujuan memanjakan pelanggan kami,” kata Elyza.

Tatkala proses modenisasi dan urbanisasi semakin pesat membangun hari ini, ELYZA’S®  telah meramalkan peningkatan trend dalam penggunaan dinding kaca dan tetingkap dupleks (ketinggian berganda) pada pembangunan bangunan dan kesenibinaan, khususnya kediaman premium seperti kondominium, studio, suite servis, banglo dan perumahan mewah.

“Melihat kepada peningkatan trend tetingkap ketinggian berganda, kami juga akan melancarkan beberapa koleksi fabrik lebar-berganda dan satu siri produk tirai kain kali ini bagi memenuhi permintaan tinggi ini,”tambah beliau.


RUBEN menunjukkan jenis-jenis Coulisse yang boleh dipilih.

Bersempena pelancaran koleksi fabrik  baru 2014, ELYZA’S® turut memperkenalkan satu rangkaian sistem bidai berfesyen yang dibuat oleh pembekal sistem bidai terkemuka dunia, Coulisse Netherlands BV ke dalam pasaran Malaysia. Coulisse Netherlands BV ialah peneraju dalam pembekalan komponen perhiasan tingkap dan pelbagai sistem bidai termasuk penggelek, panel, Venetian, bergaris tegak dan berlisu serta sistem bermotor.



“Selain mengembangkan rangkaian fabrik kami, kami juga berikhtiar untuk mendapatkan produk -produk berkualiti buat para pelanggan kami demi memenuhi kepelbagaian keperluan dan kehendak mereka,” kata beliau.
MEMPERLIHATKAN beberapa jenis bidai Colisse............
Dengan gabungan dua peneraju pasaran dalam bidang masing-masing, ELYZA’S® cukup bersedia untuk terus menerajui industri peraga hias dengan matlamat untuk menyediakan penyelesaian rawatan tingkap sehenti yang lengkap. 

“Kami percaya dengan pengenalan Sistem Bidai Coulisse, kami akan mampu menyediakan banyak pilihan yang lebih baik untuk pelanggan sedia ada di samping membangunkan pasaran kontrak komersial menengah-atas,” jelas Elyza.


Untuk maklumat lanjut berhubung promosi terbaru ELYZA’S® , sila layari http://www.elyza.com/ atau hubungi talian khidmat pelanggan di +603 9074 4002 / 603 9074 4006.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan