Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAIKAN HARI IBU BERSAMA JAMAL ABDILLAH

JAMAL Abdillah bersama Nas Adilla dan Jihan (kanan) di sidang akhbarnya baru-baru ini.

Setiap kali hadirnya bulan Mei, pastinya Hari Ibu akan diraikan oleh khalayak mengikut cara meeka tersendiri. Bagi mereka yang tinggal di kota besar seperti di Kuala Lumpur atau pun Shah Alam umpamanya, Hari Ibu lazimnya diraikan di hotel-hotel dan tempat istimewa yang sering dianjurkan.

Dan bagi mereka yang tinggal di Shah Alam, barangkali meraikannya bersama Raja Pop, Dato Jamal Abdillah satu kenangan yang boleh diingati sepanjang hayat. Plantun lagi 'Kasihnya Ibu' ini  akan meraikan Hari Ibu bertempat di N'Dah Mahligai, Seksyen 14, Shah Alam pada 11 Mei 2014 ini bermula jam 8 malam.

"Saya akan menghiburkan hadirin dengan lebih kurang 14 lagu selama satu setengah jam bahkan akan berduet sebuah lagu  dengan Nas Adilla," ujar Jamal sewaktu ditemui pada sidang akhbarnya di N'Dah Mahligai baru-baru ini.

Majlis anjuran N'Dah Mahligai ini akan menampilkan Jihan Raja Lawak sebagai pengacara  di mana menurut pihak penganjur hanya 40 meja sahaja disediakan, bermakna muat untuk 400 orang sahaja.
JAMAL & Nas Adila


Tiket-tiket berharga RM300, RM400 dan RM450 sudah mula dijual dan boleh di peroleh dengan menghubungi pihak penganjur melalui talian 03-55104187/03-51017339 (Arie) atau 03-51017343 (Yati).

Mereka yang bertuah pada malam itu berpeluang memenangi pakej perkahwinan tajaan N'Dah Mahligai bernilai RM35,000.

Bagi yang berminat boleh membuat pembayaran dan tempahan seperti berikut:

^ Bank in ke akaun Hong Leong Bank bernombor 38800003649 (N"Dah Catering & Wedding Planner)
* Cek  atas nama  N'Dah Catering & Wedding Planner
^ Kredit kad (pembayaran di N'Dah Mahligai, Shah Alam sahaja) dan 
^ Tunai (pembayaran di N'Dah Mahligai, Shah Alam sahaja). 

"Majlis yang diadakan secara santai dan relaks ini turut memberi peluang kepada para tetamu untuk mendekati penyanyi pujaan mereka itu melalui sesi bergambar dan ramah mesra," ujar Puan NDah yang memilih Jamal kerana suaminya begitu meminati Raja Pop ini.
 
Info serta maklumat lanjut boleh menghubungi Puan Ndah di talian 013-2764368. 




 

Tiada ulasan: