Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DRAMA FESTIVAL KL 2015 KEMBALI




Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015), festival drama lebih besar, lebih dramatik serta menyediakan platform untuk menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan kini kembali bagi tahun 2015!

Pada tahun kedua ini, DFKL 2015 yang dibawakan oleh TV3 dan TV9 menjanjikan pengisian yang lebih baik, menarik dan turut menampilkan wajah-wajah baru seperti pelakon, pelawak, pengarah filem dan animasi yang terkemuka dan mendapat pengiktirafan tidak hanya dalam industri hiburan tanah air malahan luar negara.

DFKL pada tahun ini turut mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia  sebagai duta utama DFKL 2015.  Sementara Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. Mereka akan mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015. 



Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman akan terlibat dalam bengkel yang bakal diadakan pada 14 dan 15 Mac nanti. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam, Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra,  Syed Nurfaiz Khalid (Les' Copaque), Usamah Zaid (Wau Studio), Nizam (Animonsta),Tariq (Glue Studios) dan ramai lagi.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9; “DFKL 2015 dilihat sebagai satu platform yang amat tepat untuk memartabatkan industri drama tanah air di mana ianya turut menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, juruanimasi, pelawak dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional untuk saling berkongsi idea. Selain itu juga, penganjuran DFKL 2015 turut dapat memanfaatkan kepakaran yang mereka miliki agar ianya dapat dikongsi bersama dan melahirkan generasi baru yang berbakat serta lebih kreatif”.



Pertandingan Drama Pendek DFKL 2015
Sempena DFKL 2015, TV3 dan TV9 juga telah bekerjasama menganjurkan pertandingan drama pendek yang telah pun dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014 hingga 8 Februari 2015 lalu menerusi laman web veedo di www.veedo.my.  Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM18,000 dan telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang awam. Lebih menarik lagi, drama yang memenangi peraduan ini akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9.

Bengkel DFKL 2015 (14 dan 15 Mac 2015)
Bagi tahun kedua ini, DFKL 2015 mendapat sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari yang dijadualkan bakal berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2015 di Balai Berita NSTP nanti. Antara selebriti dan karyawan yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:

KATEGORI
KARYAWAN
1)       Lakonan
·         Remy Ishak
·         Sheila Rusly
·         Noorkhiriah
·         Adi Putra

2)       Pengarahan
·         Azman Hj Yahya (Jinggo)
·         Nik Amir Mustapha
·         Datuk Yusof Haslam
·         Khai Bahar

3)       Animasi

·         Nizam Razak (Animonsta)
·         Syed Nurfaiz Khalid (Les' Copaque)
·         Tariq Mohd Noh (Glues Studios)
·         Usamah Zaid (Wau Studio)

4)       Komedi

·         Mamat Khalid
·         Sharifah Shahira
·         Didie Alias
·         Ebby Yus


Sesi bengkel yang bakal berlangsung selama dua hari itu akan turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi ujibakat bagi mencari bakat-bakat baru bagi pelakon lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berbakat dalam lakonan dan juga pengacaraan TV, sesi pembentangan idea (Pitching) untuk sesiapa sahaja yang mempunyai idea-idea baru dan kreatif dan juga pelbagai aktiviti di booth-booth yang disediakan.


Siri Jelajah DFKL 2015
Untuk merancakkan lagi DFKL 2015, satu siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi terpilih turut diadakan bermula 12 Februari ini. 
TARIKH
UNIVERSITI/KOLEJ
MASA
12 Februari 2015
KL Metropolitan University College (KLMUC)
10 pagi – 5 petang
24 Februari 2015
UNITAR International University
10 pagi – 5 petang
26 Februari 2015
UiTM LENDU, Melaka
10 pagi – 5 petang

Malam Anugerah DFKL 2015
Penganjuran pertama kali Anugerah DFKL pada tahun lalu juga membuktikan penerimaan penonton apabila menerima 2.2 juta tontonan apabila ditayangkan di TV3.  8 kategori akan dipertandingkan diantaranya Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Drama Pilihan, Penulis Skrip Drama Pilihan, Barisan Pelakon Drama Pilihan, Hero dan Heroin Pilihan dan Drama Pendek Pilihan yang bakal berlangsung 20 Mac nanti. Drama yang dipilih adalah menerusi drama yang mencatatkan penonton tertinggi di setiap slot drama di TV3 dan TV9. Berikut adalah senarai drama, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang tercalon untuk Malam Anugerah DFKL 2015:
Drama
Pengarah
Penulis Skrip
Pelakon
Cerita Cinta Kita
Azmi Hatta
Zarihah Hassan
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Menjinak Ombak
Along Kamaruddin
Azlina Din
Shukri Yahya dan Nur Risteena
Selamat Pengantin Madu
Noraini Baba
Ibrahim Ilyas
Aiman Hakim dan Fasha Sandha
Rindu Awak 200%
Aidilfitri Mohamed Yunos
Nieza Zahar
Zul Ariffin dan Ayda Jebat
Jiwa
Khabir Bhatia & Labu
Fairul Nizam
Remy Ishak, Kamal Adli dan Siti Elizad
Kristal Maya
Azmi Hatta
Eja Lorena
Shah Jaszle dan Amyra Rosli
Setitis Kasih Darmia
Jamal Khan
Rozie Rashid
Shaarnaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Cinta Pandang Kedua
Jet Li
Maizura Ideris
Dazrin Kamaruddin dan Izara Aishah
Menantu 10 Ribu
Lizam Togel
Rosmadewi Mohamed Zain
Fizz Fairuz dan Reen Rahim
Bedah vs Joyah
Nazir Jamaluddin
MF Kenchana
Bell Ngasri, Jasmin Hamid dan Noorkhiriah

Untuk pembelian tiket bagi sesi bengkel DFKL 2015 dan juga mengundi untuk Malam Anugerah DFKL 2015, anda boleh layari laman web rasmi DFKL 2015 iaitu www.dfkl.com.my. Layari juga laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai DFKL 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan