Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KELUARGA KARAOKE' TAMPILKAN KEMBALI ELYANA MULAI 9 FEB


Gara-gara mahukan kemudahan sebuah set menyamai pusat karaoke,  pihak produksi drama bersiri 'Keluarga Karaoke' terpaksa membina set seumpama waima  hampir 70 peratus jalan cerita perlukan penggambaran dilakukan di pusat hiburan seumpama.

Pengarahnya, Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata, set tersebut perlu dibina memandangkan agak sukar untuk melakukan penggambaran yang memakan masa lama di pusat hiburan yang tersedia.

"Memang kami ada perancangan untuk menggunakan  pusat karaoke sedia ada sahaja tetapi memandangkan ia mengambil masa lama tidak mudah untuk mana-mana pihak memberikannya. Jadi kami akhirnya memutuskan untuk membina set khas bagi tujuan tersebut biarpun menelan kos agak tinggi," tambah Wan Hasliza pada majlis sidang media 'Keluarga Karoake' di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
ELYANA ..Kredit foto: Mstar.

.
Drama 60 episod ini menampilkan kembali lakonan Elyana sudah sudah lama tidak berlakon di samping  Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elfaeza Ul-Haq, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin.


Ia bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam bermula 9 Februari di saluran Mustika HD (134).

Sempena drama berkenaan, Pengurus Saluran Mustika HD, Natasha Hashim memberitahu, pihaknya turut menampilkan sebuah lagu tema  berjudul Aku Keliru yang dinyanyikan oleh Raja Ema dan Lawa Nie Geng, dalam usaha memberikan impak kepada penonton sekali gus sebagai promosi kepada karya itu.

Lagu  ciptaan DJ Fuzz dan Lawa Nie Gengu itu  sekaligus menjadi single terbaharu Raja Ema yang sudah lama tidak muncul dengan lagi baharu di mana sebuah klip video juga turut dilancarkan.

Keluarga Karaoke merupakan sebuah naskah bertunjangkan komedi namun sarat dengan nilai kekeluargaan yang dapat dijadikan iktibar oleh penonton.

Drama berkenaan mengisahkan tentang kehidupan keluarga Maria (Raja Ema) yang kematian suami. Bagaimanapun dia bersama tiga anak perempuannya terkejut apabila mendapati arwah suaminya meninggalkan hutang sebanyak RM10 juta dan sebuah pusat karaoke.

Apa yang berlaku selanjutnya? Perlulah menonton drama ini yang akan ke udara tidak lama lagi pada 9 Februari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan