Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROGRAM ISTANA BUDAYA 2015 SEMPENA 'MYFEST'


Sejak mula beroperasi pada ttahun 1999, pentas berprestij Istana Budaya (IB) semakin mendapat tempa di hati rakyat tempatan dan luar negara waima statistik pada tahun 2013 memperlihatkan sebanyak 33 buah persembahan telah dipertontonkan dengan jumlah penonton seramai 125,465 orang manakala kutipan jualan tiket pula sebanyak RM9.3 juta keseluruhan.

Dan setelah berakhir tahun 2014, jumlah statistik penonton yang berjaya dicapai oleh IB meliputi 205,428 orang dengan kutipan tiket sebanyak RM10,895,161.79 untuk semua persembahan di mana antara konsert yang memecah kutipan tertinggi adalah Konsert Suara Kita iaitu RM1.2 juta.

Tahun 2015 telah menyaksikan dua konsert berlalu iaitu 'Tahajjud Cinta” (3-7 Jan) dan 'Guan Yin Pusa A Musical (16-25 Jan) sebelum senarai program sepanjang tahun 2015 dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (pix, kanan) pada 29 Januai lalu iaitu sehari sebelum pementasan ketiga dijadualkan iaitu Konsert OTM bersama Bintang (30-31 Jan) dilangsungkan.

“Seiring dengan usaha Kerajaan mempromosikan 'MyFest2015' Istana Budaya mensasarkan 50% produksi tempatan dan 50% produksi antarabangsa ke arah menjadikan seni sebagai industri kepada para penggiat seni tanah air,” ujar Mohamed Nazri dalam ucapan perasmiannya.

Paling penting, tahun 2015 juga akan menyaksikan ulang tahun ke 15 penubuhan IB, dan ia merupakan sebuah perjalanan institusi seni tanah air yang terus melaksanakan pelbagai program seni persembahan, tambah Menteri.

“Saya yakin usaha mengkomersialkan produk seni, budaya dan warisan oleh IB mambuah membuatkan hasil yag lumayan dan usaha ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasapada tahun tahun akan datang,” jelas Mohamed Nazri yang cukup yakin dengan kejayaan IB di bawah pengurusan kepimpinan Ketua Pengarahnya, Datuk Juhari Shaarani (pix bawah, kiri) atau yang lebih dikenali sebagai Abang Jo.

Majlis seterusnya menyenaraikan program-program IB bagi tahun 2015 melalui layar skrin dengan beberapa persembahan hiburan berkaitan menyusul antaramya nyanyian dari sebilangan artis yang bernyanyi dalam Konsert OTM Bersama Bintang iaitu J, Mizan, Rahimah Rahim, Ramlah Ram dan Dwen. Turut dipertontonkan sepintas segmen dari teater 'The Royal Gala Mek Mulong' serta tarian mempromosikan pementasan 'Saturday Night Fever The Musical' .

Berkesempatan menonton Konsert OTM Bersama Bintang yang berlangsung selama dua malam pada 30 dan 31 Januari lalu, penonton bagaikan melayari nostalgia tahun 70an dan 80an dengan persembahan dan nyanyian bertenaga artis-artis lama seperti Rahumah Rahim, Dwen, Dato M. Daud Kilau, Zaiton Sameon, J. Mizan dan Ramlah Ram.

Cukup menghiburkan malah ada yang berharap ia dipentaskan lebih lama tetapi al maklumlah apabila otai-otai mengambil pentas sudah tentu mereka tidak cukup tenaga dan rehat jika konsert diadakan lebih daripada dua malam.


Itu pun pada konsert malam kedua, sebilangan artis sudah memohon maaf kerana kurang sihat dengan suara serak sebagainya. Pun begitu, penonton tetap memberikan tepukan gemuruh walaupun nada suara sudah tidak mencapai ketinggian ketika masa muda dahulu.

Situasi itu juga menjadi usikan pengacara Salleh Yaakob apabila terpaksa membawa botol air ke pentas agar boleh diminum bagi melegakan tekak setelah menyanyi

Senarai penuh Program IB 2015:

1. Tahajjud Cinta – Sirah Rasulullah (3-7 Januari)
2. Guan Yin Pusa A Musical (16-25 Januari)
3. OTM Bersama Bintang (30-31 Januari)
4. Teater Diari Wanita (11-16 Februari)
5. 9th ATN Awards (23 Februari)
6. The Royal Gala Mek Mulong (28 Februari-1 Mac)
7. Konsert Malam Aku, Dia dan Lagu (6-7 Mac)
8. Konsert Nusantara (13-14 Mac)
9. Puteri Gunung Ledang Reunion Concert (20-24 Mac)
10. Teater Kena Main (27 Mac-5 April)
11. Rejang The Musical (14 April-2 Mei)
12. Dramatari Matah Ati (7-10 Mei)
13. Taiji Atlas World Tour In Malaysia (29-30 Mei)
14. Konsert A. Rahman Hassan (5-7 Jun)
15. Muzikal Bongkar (12-16 Jun)
16. La Bayaadere Ballet (25-26 Julai)
17. Sound of Wisdom Imee Ooi Concert (30 Julai-2 Ogos)
18. Teater Laksamana Cheng Ho (10-16 Ogos)
19. Y Sebuah Muzikal (22-30 Ogos)
20. Saturday Night Fever The Musical (5-15 September)
21. Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (26 September-3 Oktober)
22. Asean Musical Extravaganza (6-7 Oktober)
23. Muzikal Seniman Jalanan (10-14 Oktober)
24. Spirit of the Lotus (22 Oktober-8 November)
25. Muzikal Siti (14-22 November)
26. Teater Laila Majnun (29 November-7 Disember)
27. Muzikal The Rock Oo! (28 Disember-3 Januari 2016).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan