Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MEMBELI-BELAH DALAM TALIAN 'GO SHOP' ASTRO



Foto: Aiman (RBG Studio - 03-42656131

Bilangan membeli-belah dalam talian kini semakin memberangsangkan dan semakin diterima ramai waima tidak perlu ke kedai melalui kesesakan jalan raya. Apa yang dikehendaki akan diperoleh terus ke rumah anda.

Atas permintaan yang menggalakkan itu  di mana 55% pengguna membeli secara dalam talian telah membuatkan sebuah lagi aplikasi membeli-belah dalam talian dilancarkan. Terbaharu milik Astro  Malaysia Holdings Berhad (Astro) yang dijenamakan sebagai 'Go Shop'.

Syarikat kumpulan hiburan media pengguna bersepadu terkemuka di Asia Tenggara itu bersama GS Home Shopping Inc., sebuah syarikat runcit multimedia terkemuka Korea mengumumkan pelancaran GO SHOP iaitu sebuah perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go dan platform atas talian serta mudah alih GO SHOP.

Majlis penuh meriah dan dihadiri ramai tetamu itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini dengan pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Dato Rohana Rozhan bersama Huh Tae-Soo, Ketua Pegawai Eksekutif, GS Home Shopping Inc. dan Dato’ Rozalila Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Astro GS Shop Sdn Bhd. serta tetamu khas lainnya terdiri daripada para selebriti. Kumpulan Altimet dan Awi Rafael membuka tirai persembahan dengan lagu popular mereka "Kalau Aku Kaya' menepati tema majlis.

GO SHOP merupakan penglibatan pertama Astro dalam domain e-dagang yang membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi platform pilihan mereka sama ada telefon mudah alih, tablet ataupun komputer peribadi.

“Rakyat Malaysia kini semakin pantas berhubung, bijak dan mudah mendapatkan maklumat serta menginginkan yang terbaik. 

Oleh itu, Go Shop menandakan komitmen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik buat para pelanggan dengan membawa lebih banyak pilihan, kemudahan dan pengalaman buat seluruh rakyat Malaysia,” ujar Rohana Rozhan dalam ucapan beliau.

 Ketua Pegawai Eksekutif Astro selanjutnya memberitahu, “Ia juga membantu kami mempelbagaikan rangkaian perniagaan dan menembusi industri global yang sedang berkembang, yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion di Malaysia menjelang tahun 2020 dengan arah aliran kaedah membeli-belah dalam talian yang semakin mendapat tempat.”

Jumlah permodalan syarikat usaha sama ini ialah sebanyak RM70 juta dan dijangka menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.


“Kami memilih untuk bekerjasama dengan salah satu syarikat peneraju perniagaan beli-belah dari rumah di Asia yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti selama lebih 20 tahun,” tambah Rohana lagi sambil memberitahu perkongsian adalah pada kadar 60% Astro dan 40%  kepada GS Home Shopping Inc.

Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur terkini yang dimiliki Astro seperti kemudahan penyiaran, pusat panggilan, platform saluran dan studio rakaman serta ditambah pula dengan kepakaran tepat dan terbaik khusus untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dalam menjadikan usaha ini satu kejayaan, jelas Rohana.

GO SHOP akan menjadi pemangkin pertumbuhan yang kukuh untuk Astro dari segi pertumbuhan pendapatan masa depan, dengan menyasarkan pasaran sedia ada sebanyak 4.3 juta buah kediaman dan 17 juta pengguna. 

Arah aliran pertumbuhan global e-dagang pada hari ini membuktikan bahawa inisiatif membeli–belah dari rumah adalah segmen runcit yang semakin berkembang pesat, mengatasi pertumbuhan pasaran runcit fizikal. Capaian pelbagai platform GO SHOP ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan rakyat Malaysia yang mencari pengalaman membeli-belah yang menghiburkan, menyeronokkan dan memudahkan.


“Sebanyak 55% pengguna internet di Malaysia hari ini membeli-belah secara dalam talian menerusi pelbagai peranti.  Kadar ini dijangka akan berkembang seiring dengan peningkatan penembusan jalur lebar, peningkatan pendapatan, perkembangan kad kredit dan debit serta kepercayaan rakyat Malaysia dalam mengiktiraf manfaat membeli-belah,” kata Dato Rohana.


 “Komitmen kami dalam  usaha untuk menyediakan para pelanggan kami hanya yang terbaik secara global adalah  untuk memberikan pengalaman dalam e-dagang secara menyeluruh meliputi saluran televisyen membeli-belah dari rumah, sehingga ke Astro On The Go, dalam talian dan platform mudah alih dengan menyediakan produk yang tepat, harga yang berpatutan dan hak logistik rantaian bekalan serta memberikan pelbagai pilihan kaedah Gerbang Pembayaran Astro termasuklah kad kredit dan debit, pindahan wang melalui bank secara dalam talian dan pelan Pembayaran Mudah.


Pada masa sama, GS Korea menyedari sepenuhnya potensi perkongsian perniagaan ini yang luas dan yakin bahawa persekitaran perniagaan yang dinamik di Malaysia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan.


“Membeli-belah dari rumah menambah baik kehidupan, menghiburkan dan meluaskan lagi konsep runcit dalam dimensi baru yang menarik,” kata Huh Tae-Soo.

“Malaysia sebagai pasaran antarabangsa ketujuh GS akan mendapat manfaat daripada pengalaman pengurusan dan pelarasan model runcit yang berdekad-dekat dan terbukti berjaya.”


“Elemen infotainment dan TV realiti yang menarik disuntik ke dalam setiap segmen bagi memperkaya pengalaman tontonan,” tambah pula Rozalila Abdul Rahman.

Trend terkini dalam digital dan elektronik, perkakasan rumah dan peralatan dapur, gaya hidup, aksesori fesyen dan produk kosmetik akan ditawarkan dan ditambah baik melalui penggabungan produk, lantas membezakan kami daripada pasaran runcit tradisional. tambahnya.



Sejak prapelancarannya pada 1 November 2014, GO SHOP telah menerima sokongan yang sangat memberangsangkan dengan tempahan lebih daripada 115,000 produk sehinggan kini. Buat masa ini, terdapat sebanyak 60 produk yang dapat diperolehi dengan perancangan untuk meningkatkan jumlah ini ke dua kali ganda dalam tempoh setahun.


Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam GO SHOP di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.


Masa penghantaran adalah antara dua hingga lima hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara dalam talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan