Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH MELETOP ERA KEMBALI PADA 22 FEBRUARI


Bagi peminat Anugerah MeleTop Era 2015 (AME) pastinya tidak sabar untuk menyaksikan artis pilihan mereka menjulang trofi waima majlis penuh glamor dan prestij itu bakal berlangsung pada 22 Februari 2015 ini.
Pengumuman calon top 5 telah pun diumumkan dalam satu majlis sidang media baru-baru ini di mana empat kategori baharu akan menyertai 14 kategori lain yang dicalonkan.
Empat kategori baharu pada AME musim ke 2 tahun ini meliputi ‘Drama TV MeleTOP’, ‘Hos TV MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Manakala dua kategori iaitu ‘Top Top MeleTOP (lelaki) dan Top Top MeleTOP (wanita) dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undia tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.
Selain itu antara calon bagi kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ yang menarik perhatian adalah Firman dan juga Aman yang merupakan bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia.
Pasti ramai peminat artis-artis yang tercalon tidak sabar untuk megundi bagi memastikan artis kesayangan berjaya memasuki pencalonan akhir anugerah MeleTOP  Era.
Untuk mengundi secara online boleh layari www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara poercuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.
Anugerah MeleTOP Era akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 22 Februari 2015 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serenta di Astro Hitz (saluran 705) dan Maya HD (saluran 135).
Berikut merupakan senarai pencalonan awal Anugerah MeleTOP Era:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta 2) Kerana Terpaksa Aku Relakan 3) Hantu Selfie 4) Aku dan Wali 5) Suamiku Encik Sotong.

Artis Lawak Meletop1) Zizan Razak 2) Jep Sepahtu 3) Johan 4) Abam Bocey 5) Jihan Muse



Hos TV Meletop1) Datuk AC Mizal 2) Zizan Razak 3) Nabil Ahmad 4) Neelofa 5) Datuk Aznil Nawawi


Pelakon TV Meletop1) Sharnaaz Ahmad 2) Zul Ariffin 3) Amar Baharin 4) Nelydia Senrose 5) Zizan Razak


Program TV Meletop1) Maharaja Lawak Mega 2013 2) Konsert Akhir AF 2014 3) Anugerah MeleTOP Era 2014 4) Anugerah Juara Lagu ke-285) Ceria Popstar 2


Lagu Meletop 1)Mewangi – Akim & The Majistret  2) Jaga Dia Untukku – Datuk Siti Nurhaliza 3) Matahari – Hafiz Suip4) Infiniti Cinta – Zizan & Kaka 5) Malaikat – Hazama


Penyanyi Meletop1) Akim Ahmad 2) Datuk Siti Nurhaliza 3) Hafiz Suip 4) Shila Amzah5) Hazama


Grup Duo Meletop1) Akim & The Majistret 2) Zizan Razak & Kaka Azraff 3) Forteen 4) Mawi & Datuk AC Mizal5) Sleeq ft Joe Flizzow


Penyampai Radio Meletop1) Johan 2) Haniff 3) Feeya Iskandar 4) Ray 5) Raja Azura


Program Radio Meletop1) JoHaRa Pagi Era 2) Pilih Hit Era 3) Petang Era 4) Morning Crew 5) Sinar Pagi


Filem Meletop1) Abang Long Fadil2) Mat Tudung3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang4) Sejoli5) Penanggal


Bintang Filem Meletop1) Nelydia Senrose2) Zizan Razak3) Shaheizy Sam 4) Nora Danish5) Bront Palarae


Fesyen Meletop1) Nur Fazura 2) Zizan Razak 3) Datuk AC Mizal 4) Wak Doyok 5) Nabil Ahmad


Artis Baharu Meletop1) Ayda Jebat 2) Firman 3) Aman 4) Atikah Suhaimie 5) Amyra Rosli (pix kanan).


Bintang Online Meletop1) Emma Maembong2) Zizan Razak3) Datuk Siti Nurhaliza4) Aaron Aziz5) Hanis Zalikha


Couple Meletop1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaar i2) Rozita Che Wan & Zain Saidin 3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda 4) Irma Hasmie & Redza Syah 5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan