Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MLM2014: SHIRO ATASI SEPAHTU, SYJ TERSINGKIR


TIGA kumpulan yang mendapat marah terendah ialah Zero, SYJ dan Nabil.
TIKET KE MALAM AKHIR MLM2014 DIJUAL MULAI 21 JANUARI - RM80, RM50, RM30

Ternyata penonton MLM kini semakin bijak dalam memilih peserta terbaik di kalangan pesaing gelanggang Maharaja Lawak 2014 apabila kumpulan Shiro yang terbukti memberikan persembahan terbaik pada malam MLM minggu ke 10 malam tadi, berjaya menaikkan kedudukan mereka di tangga teratas dengan peratusan undian sebanyak 61.9%.

Mereka berjaya mengatasi kedudukan Sepahtu yang pada awal rancangan berada pada tangga teratas, Pun begitu peratusan yang memisahkan Shira dan Sepahtu agak sengit iaitu 0.4% memandangkan Sepahtu (gambar bawah) memperoleh undian keseluruhannya sebanyak 61.9%.


Di bawah Sepahtu ialah kumpulan yang tidak asing lagi, Virus yang memperoleh sebanyak 55.9% undian diikuti oleh Bocey (53.3%), Nabil (52.9%), Zero (49.2%) dan terakhir SYJ  (gambar bawah, kanan) yang tersingkir pada kedudukan 48.9%.

Barangkali ramai yang beranggapan kumpulan Zero akan berada di tangga ke bawah memandangkan persembahan mereka boleh dikatakan tidak mampu menghiburkan.

Begitu juga dengan Nabil yang turut mendapat kritikan tidak memberangkan dari barisan para juri yang terdiri daripada Dato Jalalludinee Hassan, Fara queen (Indonesia), Taufik Batusha (Singapura) dan Nur Fazura.

Dalam sidang media yang berlangsung selepas berakhir rancangan yang disiarkan secara langsung di AstroWarna dan Maya HD, para juri berpendapat mereka regelintirasa kecewa apabila persembahan segelintir peserta kurang memuaskan.

"Ini sudah minggu ke 10 seharusnya persembahan peserta meningkat kerana saya meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka tetapi saya rasa sedih apabila terpaksa memberi bintang yang rendah disebab persembahan yang menurun," komen Fara.



Dato Jalalludin pula berharap peserta memberikan lawak yang boleh difahami semua dan bukan untuk berborak sama sendiri sehingga penonton tidak memahaminya.

"Saya faham bukan mudah membuat stand up komedi berseorangan seperti Nabil apatah lagi dalam masa yang terhad malah dalam dua segmen persembahan tetapi di situlah peluang peserta untuk memancing balik perhatian penonton andaikata salah satu daripada persembahan tidak menarik," ujar Jalalludin.
SIDANG akhbar selepas berakhir program.

Kini tinggal lagi enam kumpulan bersaing untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 6 Februari depan.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Malam Kemuncak MLM2014 akan mula dibuka untuk jualan melalui ticketpro mulai 21 Januari ini dengan harga RM80, RM50 dan RM30.

Bagi persaingan pada Minggu ke 11 pada 23 Februari di Selangor Theater, Shah Alam,  para peserta yang kini terdiri daripada Shiro, Sepahtu, Virus Bocey, Nabil dan Zero diberi tema Karoot Komedi dan Silent Comedy untuk dipersembahkan.

Sementara itu, #Abstraxjingga yang mereka baju t untuk MLM2014 turut mengadakan jualan di pintu hadapa utama Dewan dengan menyediakan tiga desain menarik untuk pilihan. Antaranya yang tertera tulisan 'Skulles" seperti yang dipakai oleh Jihan pada akhir rancangan mahu pun pengacara di luar studio.


ABSTRAX mengadakan jualan baju t khas untuk MLM2014 di pintu hadapan Dewan Teater Selangor.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan