Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AJL29 NOBAT LAGU HIP HOP 'APA KHABAR'



Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu terjawab sudah malam Ahad semalam selepas tamat 12 persembahan finalis di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang disiarkan secara langsung di TV3 jam 9.00 malam, bertempat di Stadium Bukit Jalil.
DAYANG bersama penulis lirik Iman Imran @Rudy


Buat pertama kalinya dalam sejarah, Anugerah Juara Lagu tahun ini menobatkan lagu hip hop apabila lagu ciptaan dan nyanyian Joe Flizzow feat SonaOne 'Apa Khabar' melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofil AJL29.

Mereka menewaskan Shila Amzah (Masihkah Ada CInta) di tempat kedua dan Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga, ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran) di tangga ketiga dengan masing-masing membawa pulang RM35,000 dan RM20.000 bersama trofi.

PARA pemenang bergambar selepas sidang media di Stadium Bukit Jalil. Pix AIMAN.


Dayang turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dan membawa pulang trofi bersama wang tunai RM12,000, manakala persembahan bertenaga kumpulan Mojo yang menampilkan penyanyi kumpulan cacat penglihatan, Kumpulan Caliph Buskers menyampaikan lagu "Romancinta" melayakkan mereka menerima Anugerah Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. 






 
SHILA Amzah
PERSEMBAHAN  Dayang yang cukup mantap.

Ternyata pencipta lagunya, Edry Abdul Halim membuat pilihan tepat mengambil Caliph Buskers yang ditemuinya di kaki lima Sogo untuk bersama Mojo menggantikan penyanyi asalnya, Aweera. 



Sembilan buah lagu lain yang bersaing hebat tetapi tewas  pada malam berkenaan meliputi  MALAIKAT (Hazama The Penglipurlara, Omar K, Mike Chan, Hazama); PERCAYALAH (Indah Ruhaila, Aiman, Mohd Atlas); SESAL SEPARUH NYAWA (Alyah, Alfie Alwi, Aidil, Shah Shamshiri); GADIS JOLOBU (W.A.R.I.S, Dato’ Hattan, DJ Fuzz); ROMANCINTA (Mojo, Edry Abd Halim); RENTAK LAGUKU (Bunkface, Amy Search, Sam Bunkface); MATAHARI (Hafiz Suip, Ajai, Transformer Melayu); GILALAH (Stacy, Omar K, Mike Chan);  LELAKI (Najwa Mahiaddin & The Palauans, Yuna, AG Coco).

BUNKFACE feat Amy Search...'Rentak Lagu Ku' - Pix AIMAN

'GILALAH' Stacy......

Hadir dengan pelbagai interprestasi setiap tahun, AJL29 memilih tema “Gema dalam Muzik” bagi mengangkat instrumen muzik sebagai elemen terpenting di dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi oleh setiap alat muzik yang yang terhasil inilah yang dinamakan gema.


NAJWA Mahiaddin & The Palauns menyampaikan lagu Yuna "Lelaki'.


 “Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah rancangan yang menampilkan evolusi muzik tanah air setiap tahun dan bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tempatan. Penganjurannya juga untuk memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik serta penyanyi selain menobatkan karya lagu mereka sebagai yang terbaik. Platform AJL merupakan pentas eksklusif yang yang memberi peluang  kepada para finalis membuktikan bakat dan kebolehan mereka selain melonjakkan nama mereka di dalam industri muzik,” kata Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
“Tahun ini kami memilih “Gema dalam Muzik” sebagai tema AJL29 untuk mengangkat muzik sebagai asas utama dalam penghasilan dan penciptaan sesebuah lagu. Penggunaan alat muzik yang tepat dan gabungannya secara keseluruhan memberikan impak yang berbeza terhadap sesebuah lagu,” tambah Izham.


Anugerah Juara Lagu 29 dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama. Khabarnya, Qu Puteh yang diterajui pengasas Vida Beauty, Dato Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman menaja kira-kira RM2.8 juta bagi merealisaskan AJL29 tahun ini.
DS Dr. Hjh Hasmiza

“Saya amat berbesar hati kerana pada tahun ini, Pamoga Qu Puteh dapat bersama-sama dengan 12 finalis yang hebat-hebat belaka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 ini. Saya juga sangat bersyukur kerana Pamoga Qu Puteh diberi peluang keemasan untuk menyokong industri muzik Malaysia untuk lebih maju dan berdaya saing diperingkat antarabangsa. Satu kebanggaan kepada industri muzik tanah air kita kerana memiliki penulis lirik dan komposer lagu yang hebat-hebat belaka. Seperti mana yang kita tahu, ini adalah acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun, ada satu kelainan yang hanya terletak dalam juara lagu, dengan temanya yang sentiasa berbeza-beza setiap tahun. Seperti mana kelainan dalam juara lagu yang berprestij ini, begitu juga dengan Pamoga Qu puteh, yang sentiasa memberi kelainan kepada pengguna-pengguna dari segi bidang pengiklanan dan juga bidang pemasaran.” 


JUARA AJL dua tahun berturut-turut, Hafiz kali ini tewas dengan 'Matahari'nya.
'GADIS Jolobu' dari Dato Hattan dan Waris.

Pasangan hos Muzik-Muzik 29, AG dan Scha Al-Yahya (pix bawah, kiri) sekali lagi diberikan tugas mengacara  anugerah berprestij tersebut. Manakala Juliana Evans dan kumpulan Titan (Bintang Mencari Bintang Musim 1) diberikan mandat menemubual para finalis dalam segmen ‘backstage’. 



Persembahan pembukaan pastinya  memberikan interprestasi Gema Dalam Muzik apabila beberapa alat muzik dimainkan secara ‘battle’ oleh Black (Wings), Joe (Wings), Ujang (Exist), Rody (Kristal), Genervie dan Yanz (Lefthanded). Malah ramai terhibur dengan kemunculan Datuk M Nasir yang menyampaikan persembahan medleynya Hati Emas dan Mentera Semerah Padi kemudiannya.


Dalam masa yang sama, pihak TV3 turut memberikan segmen penghormatan bagi mengenang bencana dan musibah yang melanda negara sepanjang tahun 2014. Enam protege Mentor Legend terdiri daripada Azmil, Fahmie, Tuah, Aina, Nadeera dan Sarah menyampaikan lagu 'Ku Mohon' dalam persembahan istimewa tersebut. 

Selain daripada itu, Anugerah Juara Lagu juga turut menyediakan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan. Namun apa yang lebih menarik ialah segmen interlude yang  menampilkan kumpulan muzik lagenda Headwind selain penampilan Tomok dan Ronnie Hyper Act.

PERSEMBAHAN daripada protege Mentor Legend.



Acara Karpet Merah Jambu turut berlangsung pada jam 8.30 malam dan disiarkan secara langsung di TV9 menerusi rancangan Hip TV. Rancangan itu dihoskan oleh Muadz, Jasmine dan Hani Hatim bagi meraikan kehadiran para finalis dan bintang-bintang terkenal tanah air melangkah dengan gaya dan fesyen masing-masing. 

Anugerah Juara Lagu yang ke 29 diterbitkan oleh Primeworks Studios. Sidang produksi AJL29 diterajui oleh Encik Sufian Isa sebagai Pengurus Projek, Nurhul Huda Haji Khalid selaku Penerbit Eksekutif dan Roslina Abd Rahman penerbit bersama.





Tiada ulasan: