Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PGL'' REBIRTH OF THE LEGEND' 20-24 MAC


Peminat teater tersohor 'Puteri Gunung Ledang' pasti akan teruja untuk menyaksikan 'kelahiran semula' cerita epik berkenaan yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Mac ini.

Arahan Adlin Aman Ramli, Konsert PGL 'Rebirth of The Legend' {Kelahiran semula Legenda) akan menjadi konsert mega dengan persembahan yang baharu lagi menakjubkan sejajar dengan peredaran era moden ini.


Menurut penerbit Enfiniti Vision Media, Puan Sri Tiara Jacqueline, konsert tersebut menjanjikan kelainan di mana buat pertama kalinya Istana Budaya akan dibina ruang 'Rick Zone' iaitu ruang berdiri di hadapan pentas yang mampu memuatkan kira-kira 300 penonton pada satu-satu masa.

"Mereka yang berada pada ruang ini boleh menanyi dan berhibur secara dekat sambil menyaksikan pementasan, ujar Tiara pada majlis sidang akhbar Konsert Muzikal PGL  berkenaan baru-baru ini.

Tiara yang turut memegang watak asalnya sebagai Puteri Gunung Ledang memberitahu, tujuh persembahan akan dipentaskan sepanjang lima hari ia berlangsung dan turut dikekalkan sebagai Hang Tuah ialah Stephen Rahman Hughes manakala Datuk AC Mizal bertindak sebagai Gusti Adipati (Raja Majapahit).

Katanya lagi, walau pun pengarahnya Adlin Aman Ramli mahu memberikan kelainan dari segi persembahan mengikut era generasi kini namun satu segmen membabitkan babak asal PGL seperti di dalam filem akan dipersembahankan sebagai tanda penghormatan pada cerita asalnya.


Menurut Adlin sebagai pengarah, persembahan PGL kali ini akan membawa penonton menyaksikan satu penceritaan yang diolah luar dari kotak pemikiran imaginasi penonton malah melodi muzik juga yang  dikendalikan oleh Roslan Aziz akan digubah mengikut rentak tekno hari ini.

Barangkali anda sudah boleh membayangkan bagaimana pementasan yang dianjurkan sempena ulang tahun ke sepuluh PGL kali ini berbeza. Untuk itu anda tidak harus lepas menyaksikannya dengan pemilihan harga tiket meliputi RM79, RM129, RM179, RM219, RM259, RM339 dan RM439.

Tiket boleh diperolehi melalui tickethotline.com.my/www.Ticket2u.biz atau ticket hotline 03-77251177 dan 03-41478600. Pembelian juga boleh dibuat di kaunter Ticket2u.biz di Istana Budaya box office.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan