Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AZLAN & DAYANG NURFAIZAH RAI SETIAUSAHA 8 APRIL






Sekiranya anda peminat kedua nama besar dalam industri hiburan tempatan, iaitu Azlan {Typewriter}  mahu pun penyanyi yang baharu sahaja memenangi kejuaraan Mentor Legend bersama protegenya, Azmil baru-baru ini, Dayang Nurfaizah, sudah pasti gabungan kedua-dua ini atas satu pentas dinanti-nantikan.

Tidak syak lagi buat kali keduanya mereka akan berduet meraikan para Setiausaha pada majlis Minggu Setiausaha ‘Memorable Moment with Azlan & Dayang’  pada 8 April ini bertempat di Dewan Utama Hotel Berjaya Times Square, bermula jam 12 tengah hari.


“Ini kali kedua saya akan berduiet dengan Azlan yang mempunyai vokal yang cukup tinggi di mana kali pertama ketika menyampaikan lagu “Kau Laksana Bulan’ di satu persembahan tahun lalu,” ujar Dayang yang mengakui bukan mudah memilih lagu untuk berduet dengan Azlan yang nadanya boleh mencapai nota tinggi.

Tambahnya, “Dayang sangat teruja dan seronok untuk kembali bersama Azlan namun buat ketika ini masih belum memutuskan untuk memilih lagu apa untuk berduet.”

Bertemakan “Romantik Rock’, Minggu Setiausaha anjuran Darkliquids Music Productions Sdn Bhd {DMP} turut mengundang kumpulan lawak Bocey sebagai artis undangan manakala Faisal Ismail  akan bertindak sebagai pengacara majlis.


“Minggu Setiausaha ini bertujuan memberi penghargaan kepada para setiausaha serta menaikkan motivasi setiausaha dan pekerja untuk terus bekerja keras dengan lebih produktif dalam mencapai kejayaan syarikat,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif DMP. Dato Mahadhir Mahideen yang juga merupakan rakan kongsi  Azlan, pada sidang media yang berlangsung di Hoel Berjaya Times Square semalam {Isnin}.


Menurut Dato Mahadhir, impian untuk bekerjasama dengan Azlan sudah lama namuN ia baharu dapat direalisasikan apabila  Azlan bersetuju untuk kembali setelah empat tahun tidak mengeluarkan album.



“Kembalinya saya pada tahun ini akan berlaku perubahan di mana saya mahu membawa satu pembaharuan dalam muzik yang baisa saya lagukan. Saya mahu mengubah genre lagu kepada selera orang Melayu,” ujar Azlan sewaktu ditemubual selanjutnya.

Pada majlis sama, Azlan mendendangkan buat pertama kalinya secara ‘live’ lagu single terbaharunya ‘Melankoli’ yang merupakan salah satu daripada lima lagu yang akan dimuatkan dalam album solonya berjudul “Dairi’ dijangka dilancarkan pada bulan Mei depan.


Beliau turut mengumumkan akan memperkenalkan beberapa barisan artis di bawah syarikan DMP di mana beliau sendiri akan melaksanakan tanggungjawab di belakang tabir dalam menghasilkan produk-produk berkualiti.

“Sebelum ini penglibatan saya dalam industri adalah untuk kepuasa diri tetapi kini sebagai seorang ahli perniagaan saya perlu mengeluarkan produk untuk mendapatkan hasil dan keuntungan buat syarikat,” jelas Azlan serius namun masih dalam nada suka bergurau.


Malah beliau sendiri akan bekerja keras untuk mempromosikan jualan meja yang bernilai RM10,000. RM8.000 dan terendah RM6,000 semeja


“Buat masa sekarang 20 meja sudah ditempah dan bukan sesuatu yang mudah untuk memasarkan lagi 80 buah meja. Oleh itu saya perlu kerja keras dan melakukan strategi pemasaran yang rancak,” tambah Azlan.


Para setiausaha yang hadir berpeluang memperoleh ‘dorr gift’ yang menarik serta memenangi beberapa tiket penerbangan ke destinasi pelancongan di dalam dan luar Negara.


Tempahan meja boleh dibuat melalui talian +6 03 4257 2727/7772.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan