Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAIKAN 'HARI IBU' & BERCUTI BERSAMA NURUL DI SINGAPURA



Apakah anda seorang peminat tegar penyanyi yang popular dengan lagu, "Kerana Terluka", Nurul Wahab atau lebih terkenal kini dengan panggilan Nurul Depp? 

Sudah lama kan tidak melihat persembahan beliau waima baharu sahaja melahirkan anak ketiganya.

Kepada yang amat meminati 'ibu' berusia 38 tahun ini, apa kata menyertai program terbaharunya sekali gus meraikan ibu masing-masing sempena Hari Ibu yang bakal menjelma pada bulan Mei ini.

"Nurul raikan Hari Ibu" (Nurul Celebrates Mother's Day) bakal dianjurkan bersama peminat di Singapura selama tiga hari dua malam bermula 8 hingga 10 Mei depan bertempat di Royal Plaza on Scotts.

Mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar menandatangani perjanjian syarikatnya, NW Newrules bersama pihak agensi pelancongan, IGNS Holidays diwakili Pengarah Urusannya, Haida Majid, Nurul memberitahu para peminat yang mengikuti pakej itu akan bersantai sambil berpeluang menyaksikan persembahannya pada jamuan minum petang.

Dengan pakej bernilai RM3488,  peminat bukan sahaja menghadiri jamuan di hotel bertaraf lima bintang di Singapura sambil berhibur dengan Nurul malah mereka berpeluang bersantai dan melawat beberapa tempat menarik di kota Singa itu.

"Kepada 15 oang yang pertama membuat tempahan awal kami memberikan potongan harga iaitu RM3288 seorang dan ia terbuka bukan sahaja kepada peminat Nurul di Malaysia bahkan di Singapura dan Brunei juga, " ujar Haida dalam ucapan awalnya.

Tambah beliau, untuk mereka yang berada di Johor Bahru atau pun Singapura yang ingin menyertai program persembahan dan jamuan boleh berbuat demikian dengan bayaran S$120 (dolar Singapura).




Ditanya tidakkah kos pakej agak mahal, jawab Nurul,"harga termasuk tiket penerbangan pergi balik dengan Malindo Air, penginapan di hotel lima bintang termasuk lawatan sekitar malah mereka yang hadir pada majlis jamuan Hari Ibu akan diberi cenderamata dan hadiah bertuah yang menarik. Saya kira ia tidak mahal untuk sesekali meraikan ibu anda."


Jelas Nurul selanjutnya, Singapura menjadi pilihan memandangkan beliau rindu untuk menghiburkan peminatnya di sana yang sering bertanya bila kah beliau akan datang.



"Persembahan saya akan berlangsung kira-kira sejam lebih dengan himpunan lagu-lagu popular termasuk lagu Inggeris," tambah Nurul.


Beliau  turut memilih pelawak "Jangan Ketawa" Dee sebagai pengacara majlis bagi memeriahkan lagi suasana Hari Ibu.

Pertanyaan lanjut atau untuk tempahan pakej boleh menghubungi 017-2525684.


Trivia:
* Nurul dijangka merakamkan lagu berbahasa Perancis ciptaannya sendiri pada bulan depan, sebagai langkah untuk menembusi pasaran muzik di negara asal suaminya, Eric Daniel Depp.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan