Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'GOODNITE' JALANI KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA BERSAMA ARTIS


Jenama tilam yang paling dikenali umum, Goodnite melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat dengan bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA),  menganjurkan kempen  kesedaran kanser payudara bermula hari ini (1 April) hingga pertengahan Mei depan.

Majlis menandatangani perjanjian Goodnite bersama BWCA berlangsung dengan  penuh meriah di kompleks membeli-belah Viva Home Kuala Lumpur, di antara Pengarah Pemasaran Goodnite Enterprise (M) Sdn Bhd, Chew Kah Seng dan Presiden BCWA, Prof Madya Dr. Zaharah Aiyub dengan dihadiri beberapa artis di bawah kelolaan Anita Entertainment & Productions. Mereka terdiri daripada Keena Mentor, KentBluesMetal, Adam, Ieda Moin dan Ayu termasuk barisan artis Tionghua seperti Amy Wang,  Pink Tam, HaoRen, Jazz, Pop Teen, Chai, Lizz, JC Cheah dan Chester.



Menurut Chew Kah Seng, melalui kempen kesedaran kanser payudara berkenaan, Goodnite akan mengadakan 'road show' di  empat buah negeri di mana segala dana yang diperoleh hasil jualan setiap tilam sepanjang kempen didermakan kepada BCWA.

"Bagaimana pun sebagai langkah awal, Goodnite akan mendermakan sebanyak RM30,000 kepada BCWA terlebih dahulu sebagai dana operasi untuk membantu pesakit-pesakit kanser mencegah penyakit kanser termasuk kanser payudara.



"Kajian menunjukkan lebih kurang 40,000 kes kanser baharu didaftarkan di negara ini pada setiap tahun manakala kes kanser yang paling banyak adalah kanser payudara. diikuti dengan kanser kolon, kanser paru-paru, kanser, kanser hidung dan kanser pangkal rahim.

"Malah pesakit kanser payudara merangkumi 50% daripada jumlah pesakit kanser di negara ini. Kerana itu selaras dengan tanggungjawab sosial korporatnya, Goodnite mengambil langkah melaksanakan kempen kesedaran kanser payudara ini," tambah Chew.


Sepanjang kempen yang akan berlangsung di seluruh negara bermula di beberapa kompleks membeli-belah seperti di Star Parade, Alor Setar Kedah (10-12 April); di Berjaya Megamall Kuantan, Pahang; Pahlawan Mall, Melaka dan KB Mall, Kota Bahru, Kelantan, beberapa aktiviti lain turut dirancangkan.

Selain kaunter nasihat BCWA, unit bergerak MURNI (Mobile Unit Reaching Nationwide with Information) turut menawarkan khidmat pemeriksaan percuma payu dara serta maklumat tentang pencegahan kanser payudara kepada orang awam.


Aktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan mewarna  untuk kanak-kanak, persembahan badut, persembahan artis dan sesi perkongsian pengalaman pesakit kanser payudara turut diadakan.

Dan selaras dengan komitmen untuk  menawarkan tidur berkualiti kepada para pelanggan, Goodnite telah mencipta tilam bermutu tinggi dengan rekabentuk unik untuk keselesaan tidor rakyat Malaysia. 

Justeru, sempena kempen 'road show' Goodnite memperkenalkan model tilam StarFree terbaharu meliputi jenis San Severo, San Antonio dan San Angelo.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan