Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUGERAH PELANCONGAN MALAYSIA DIBUKA UNTUK PENCALONAN


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah membuka pencalonan untuk Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015 (APM)  sehingga 30 Jun ini.

Mengumumkan demikian pada majlis sidang media yang diadakan di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur baru-baru ini, Menterinya, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu, sebanyak 14 kategori terbuka untuk pencalonan.

Kategori-kategori berkenaan meliputi:


  • Pengusaha Pelancongan Tempatan Terbaik
  • Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik
  • Artikel Pelancongan Terbaik
  • Penerbitan Pelancongan Terbanik
  • Tarikan Pelancongan Terbaik
  • Pakej Pelancongan Terbaik
  • Pemandu Pelancong Terbaik
  • Pusat Beli-Belah Berinovasi
  • Inap Desa Terbaik
  • Spa Terbaik
  • Restoran Berinovasi
  • Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia
  • Promosi Online Terbaik Mengenai Malaysia
Dua kategori terakhir di dalam senarai di atas merupakan kateri baharu yang diperkenalkan di mana Anugerah Dokumentari Terbaik Mengenai Malaysia memberi pengiktirafan kepada penerbitan dokumentari pelancongan mengenai Malaysia yang ditayangkan dalam pelbagai medium elektronik dan dalam talian.

"Anugerah Promosi Online Mengenai Malaysia pula diberi sebagai pengiktirafan kepada pengusaha yang mempromosikan pelancongan Malaysia secara dalam talian," jelas Nazri.

Selain itu, kategori Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik telah diperluaskan dari 10 kepada 18 sub kategori manakala Penerbitan Pelancongan Terbaik pula tidak lagi terhad kepada majalah pelancongan sahaja.


"Ia kini terbuka kepada medium penerbitan lain seperti 'coffee table book', 'guide book' tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan mengenai Malaysia," tambah Menteri.

Beliau seterusnya menambahkata, ahli perdagangan pelancongan antarabangsa juga dijemput untuk menghantar pencalonan mereka bagi kategori yang berkaitan.

Mereka jelasnya, boleh menghubungi pejabat-pejabat Tourism Malaysia di luar negara untuk maklumat lanjut mengenai serahan atau layari www.tourismmalaysia.gov.my untuk mendapatkan senarai pejabat-pejabat Tourism Malaysia di luar negara.

Untuk pencalonan tempatan, borang-borang boleh dimuat turun melalui laman web www.motac.gov.my atau www.tourismmalaysia.gov.my.

Semua borang yang lengkap boleh dihantar ke Jawatankuasa Penghakiman, Sekretarian Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, Tingkat 2. No.2 Menara 1. Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia atau emel ke apm2015@tourism.gov.my

Tarikh tutup untuk pencalonan ialah pada 30 Jun 2015.

APM diperkenalkan pertama kalinya pada tahun 1987 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu yang dikenali sebagai 'Anugerah Emas Pelancongan Malaysia' namun dijenama semula sebagai 'Anugerah Pelancongan Malaysia' pada 1993 bagi menggambarkan keunggulan anugerah tersebut dan juga imej korporat Tourism Malaysia.


Ia merupakan pengiktirafan tertinggi kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pembangunan dan kejayaan industri pelancongan di Malaysia.

APM juga mengiktiraf para penggiat industri yang mampu menghasilkan idea di luar batasan bagi membangunkan produk dan perkhidmatan yang unik sekali gus menghasilkan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan di Malaysia.

APM kali ini merupakan  edisi yang  ke 19  di mana ia dianjurkan setiap dua tahun sekali.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan