Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN FOURTEEN JUARAI PERADUAN KEMPEN 'DIY STYLE' iM4Ufm



iM4U fm,  sebuah stesen radio baru untuk belia yang kini ke udara secara rasmi di Lembah Klang menerusi frekuensi 107.9 fm telah menobatkan kumpulan FOURTEEN sebagai juara di pertandingan ‘DIY Style (Do-it-Your Style’ mengalahkan empat peserta lain  di mana tempat kedua dimenangi oleh Liyana Fizi diikuti Hani&Zue, Diandra Arjunaidi dan Ewal.

FOURTEEN membawa pulang wang tunai  sebanyak RM5,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan pilihan mereka manakala tempat kedua meraih RM3,000 dan ketiga RM2,000.

Kemenangan mereka di hadapan juri profesional terdiri daripada Taja (Meet Uncle Hussein), Juwito Suwito dan Logue berlangsung di hadapan penonton di concourse SACC Mall, semalam (Ahad).

Lima badan kebajikan yang diwakili setiap lima peserta artis  pada kempen ‘DIYStyle’ ini terdiri daripada Sekolah Menengah Islam Ikhwan Bandar Country Homes, Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan, Yayasan Seribu Harapan Malaysia dan Pertubuhan Permata Rohani.

Kempen ‘DIY Style’ dianjurkan bertujuan menyuntik interpretasi segar terhadap  industri muzik di mana para artis tempatan diberi peluang melakukan eksperimentasi  menguasai muzik mereka dalam gaya berlainan daripada muzik asal seperti mengalihan lagu rock ke rentak pop, balada ke hip hop atau pun muzik reggae dalam genre berlainan mengikut kreativiti sendiri.


                                                                                                              
“Kami amat berbangga dapat  menyediakan satu keunikan seperti ini dalam mencetus kelainan pada persada muzik  tempatan di mana artis tempatan boleh memgetengahkan bakat muxik mereka sambil melakukan kerja amal di mana setiap pemenang akan menyalurkan wang kemenangan mereka kepada pertubuhan pilihan masing-masing yang telah dikenal pasti.” ujar Kartini Kamalul Ariffin, Pengarah Radio iM4Ufm.

Kempen ‘DIY Style’ telah memulakan ‘batlle’ dengan menampilkan 20 artis tempatan yang disiarkan secara langsung melalui siaran ChillX jam 5 petang dan pada program ‘Goodnite’ pukul 9 malam dari Isnin hingga Jumaat selama dua minggu bermula pada 23 Mac lalu hingga 3 April 2015.

Lima artis yang berjaya ke peringkat akhir di atas telah mengalahkan beberapa nama popular seperti Bunkface, Amir Jahari, Tilu, Hazman, Ippo Hafiz, kumpulan Azhael, Faizul Sany, Car Crash Heart, Dualiti, RJ, An Honest Mistake, #TAG, Ziabella, Nstia dan AHKB.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan