Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELAMIN FANTASIA TAWAR HADIAH BERNILAI RM100K



10 pasangan bakal pengantin berpeluang  menerima hadiah pakej perkahwinan bernilai RM100,000 melalui program realiti terbaharu  iaitu Pelamin Fantasia.
  
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad memberitahu,  program berkenaan  diperkenalkan bagi memberi peluang pasangan pengantin melakukan persediaan sebelum memasuki alam sebenar perkahwinan.

"Pelamin Fantasia sarat dengan pengajaran dan ilmu untuk menjadi raja sehari bahkan peserta akan diuji dengan pelbagai cabaran yang menyeronokan termasuklah mesej-mesej berguna yang perlu dititikberatkan dalam mendirikan rumah tangga." kata Raqim kepada media dalam satu majlis pelanaran program berkenaan di Grand Duchess, Fraser Place, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Bagi mengadili dan menilai para peserta, tiga orang juri tetap dipilih mewakili bidang masing-masing iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa dan pereka fesyen Rizalman Ibrahim.

"Para juri  dipertanggungjawab untuk menilai prestasi peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selain berperanan sebagai sumber inspirasi dalam perkongsian nasihat serta tunjuk ajar daripada segi motivasi, keyakinan diri dan konsep perkahwinan.

"Pasangan yang berjaya ke peringkat akhir bakal melalui majlis pernikahan yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD," tambah Raqim
.


Pelamin Fantasia merupakan sebuah program realiti pertama di Malaysia melibatkan 10 pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bagi merealisasikan sebuah perkahwinan idaman.

Ia akan disiarkan sebanyak 20 buah episod selama 10 minggu yang telah pun bermula 4 April lalu.pada setiap Sabtu dan Ahad pukul  9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya Hd (135).  


Siapa kah pasangan pilihan anda? Saksikan Pelamin Fantasia untuk mengundi peserta favourite anda. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan