Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAKU TAWARKAN PENSTRIMSN MUZIK DAN RADIO DI MANA JUA




Apa kah anda seorang pendengar muzik setia malah tidak boleh berenggang dengan radio apatah lagi bila program kegemaran anda sedang ke udara? Tetapi pada waktu yang sama anda berjauhan dengan radio waima sedang bekerja dan tiada pula radio di sisi.

Anda kini tidak perlu gusar lagi kerana dengan pelancaran perkhidmatan penstriman muzik dan radio Malaysia di bawah sistem yang dinamakan RAKU, anda sudah boleh menikmati muzik dan rancangan kegemaran melalui telefon pintar, tablet dan computer peribadi anda.
RAKU  terdapat dalam dua versi Percuma dan Premium. Pengguna boleh menghayati RAKU secara percuma dan mendapat akses kepada jutaan lagu-lagu antarabangsa dan tempatan, podcast dan kandungan berciri tempatan seperti komedi, berita, sukan dan laporan trafik terkini di mana jua, pada bila-bila masa.

Mereka boleh strimkan jutaan lagu, video serta menikmati lebih daripada 20 stesen radio dan podcast secara langsung malah boleh mengetahui senarai lagu-lagu kegemaran artis, kugiran dan selebriti tempatan.

“Jadi pendengar bukan sahaja boleh dengarkan suara Yuna, contohnya, tetapi mereka juga boleh tahu Yuna sedang mendengar lagu apa. RAKU terdapat dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil,” jelas Henry Tan (pix, kanan) , Ketua Pegawai Operasi Astro pada pelancaran RAKU di Laundry Bar, Curve, baru-baru ini.

Turut hadir di pelancaran tersebut terdiri daripada rakan iklan premier pertamanya, DIGI, yang diwakili oleh Praveen Rajan selaku Ketua Perkhidmatan Digital Digi, serta Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio.

Menurut Henry Tan, pengguna yang inginkan lebih banyak fungsi tambahan boleh melanggan RAKU Premium di mana sistem ini mempunyai pelbagai ciri-ciri inovatif seperti akses tanpa had kepada jutaan lagu daripada katalog muzik yang luas, senarai lagu yang boleh diubahsuai, radio atas permintaan dan pelbagai tambahan istimewa lain seperti kemudahan muat turun muzik ke dalam peranti mereka sewaktu berada di luar talian.
Dengan akses Premium juga, pengguna boleh mencipta stesen radio dan senarai lagu kegemaran mereka sendiri dan berkongsi senarai peribadi dengan rakan-rakan di media sosial.

Tambah Henry, RAKU Premium boleh dimiliki dengan harga RM14.90 setiap bulan menerusi raku.my dan Android serta USD5.99 di App Store.


Antara artis-artis tempatan yang sudah memiliki senarai lagu kegemaran di dalam RAKU ialah Noh Salleh, Tres Empire, Bittersweet, Enterprise, Man Bai, Alleycats, Dasha Logan dan banyak lagi kugiran indie seperti Paper Plane Pursuit, Pop Shuvit dan Bunkface. DJ tempatan dengan senarai lagu di dalam perkhidmatan penstriman radio antaranya ialah Ean, Jin dan RD (hitz), Haniff dan Hani (Era), Jack Lim (MY FM) DAN Aanantha (THR Raaga).

Majlis pelancaran turut diserikan dengan persembahan beberapa artis jemputan seperti Hazama (pix, kanan), Man Bai dan Dasha Logan bersama Datuk David Arumugam (Alleycats).
RAKU boleh dimuat turun menerusi web di raku.my sementara app RAKU boleh didapati di iTunes Store dan Google Play.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan