Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUAR ZAIN BANTU PELAJAR MELALUI 'GALA DINNER' 25 JULAI



"Sebaik sahaja mendapat tawaran ini saya tidak berfikir dua kali kerana mahu membantu pelajar-pelajar yang mempunyai daya kreativiti dan masa depan yang cukup cemerlang khususnya dalam bidang kejuruteraan," ringkas jawab plantun  lagu "Lelaki Ini", Anuar Zain pada majlis sidang media Majlis Makan Malam 'Electro' di Zebra Square, petang tadi (Isnin).

Sejujurnya Anuar memberitahu bayaran yang dikenakan untuk menyanyi pada Malam Gala 'Electro' yang dijangkakan pada 25 Julai nanti adalah jauh perbezaan jumlahnya berbanding sebuah persembahan bernilai komersil.

"Saya terpanggil untuk membantu kumpulan pelajar "Electro" ini untuk mereka berpeluang bertanding di peringkat akhir 'F1 in Schools Technology Challenge'' yang dijangka berlangsung pada bulan September depan di Singapura," tambah  jejaka 'idaman Malaya' ini.

Pasukan Electro yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan pada peringkat antarabangsa pada 11-18 September depan akan bekerjasama dengan syarikat Prima Juta Resources bagi menganjurkan majlis makan malam berkenaan, bertempat di Pusat Konvensyan Shah Alam (SACC).

Di samping Anuar Zain sebagai artis utama, turut memeriahkan majlis adalah penyanyi Alyah serta diacarakan oleh Sharifah Shahirah.

Seperti kata Anuar Zain, tujuan utama majlis makan malam adalah untuk mengumpulkan dana bagi pasukan pelajar yang terdiri daripada enam orang berpeluang ke Singapura untuk mengetengahkan bakat mereka dalam penciptaan produk.



Pelajar-pelajar daripada SMK Seksyen 9, Shah Alam ini terdiri daripada Nur Anis Shuhada Kamarulzuhan (Resource Manager), Zafran Nohashim (Resource Manager), Nadya Amira Azrudyn (Team Manager), Aiman Abdul'As Azmel (Design Engineer), Puteri Hishamuddin (Manufacturing Engineer) dan juga Nik Nur Iman Nadiah Baharun sebagai Pereka Grafik.

Tiket terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Topaz (RM885), Emerald (RM685), Ruby (RM485) dan juga Sapphire (RM285) di mana harga-harga tiket ditentukan mengikut jarak meja tersebut daripada pentas utama.

Tiket-tiket berkenaan boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge,com.my atau melalui talian hotline mereka (+60392228811). Terdapat juga tiket-tiket VIP iaitu VVIP dan VIP2 yang boleh dibeli dengan menghubungi En, Mohd Aziz Che On di talian 011-12993464 atau pejabat Prima Juta Resources (03-60381326) atau Puan Kashmani Mat Nor di talian 019-2414090.

Menurut pihak penganjur, majlis mensasarkan RM130,000 atau lebih melalui kehadiran kira-kira 800 orang pada majlis makan malam gala tersebut.

"RM130,000 adalah sasaran kami dan jika memperoleh lebih ia satu bonus dan semangat untuk para pelajar melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama negara melalui bidang kejuruteraan dan penciptaan produk," ujar Mohd Azizi.




#Trivia

* Anuar Zain berjanji akan menyanyikan lebih lagu walaupun persembahannya sepatutnya haya sekitar 45 min sahaja.
* Akui pernah hampir tertipu oleh pihak penganjur lebih 10 kali yang menggunakan alasan amal tetapi untuk majlis makan malam ini Anuar telah pun menerima pengesahan surat daripada pihak sekolah.
* Bakal mengeluarkan album baharu menjelang akhir tahun ini dengan mendapat khidmat komposer tempatan pula.









Tiada ulasan: