Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AIFFA2015 BERLANGSUNG DI KUCHING, 9-11 APRIL



Selama tiga hari berturut-turut, Kuching, Sarawak akan berada di bawah cahaya gemilang dengan kehadiran kira-kira 200 selebriti, personaliti, pengarah dan insan-insan filem daripada 10 buah negara Asean bagi meraikan majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean atau ringkasnya AIFFA 2015 pada 9 hingga 11 April ini.

Majlis pelancaran AIFFA 2015 berlangsung dalam majlis santai tetapi meriah di KL Pac pagi tadi (Isnin) disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dengan kehadiran para artis tempatan antaranya, Tony Eusoff, Julia Zeigler, Nur Fazura, Hans Isaac, Vanidah Imran dan suami, Rashidi Ishak serta barisan pengarah dan produser seperti Dato Yusoff Haslam, U Wei Saari (ketua juri) dan ramai lagi.

Festival AIFFA 2015 ini merupakan kali kedua sejak ia diadakan dua tahun lalu di mana kali ini ia masih berlangsung di Kuching, Sarawak di mana menurut Datuk Amar Abang, pihak Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia telah pun m11emberikan 'endorsement' terhadap Kuching sebagai lokasi dan hos kepada AIFFA setiap dua tahun sekali.

"Selepas ini AIFFA akan terus berlangsung di Kuching setelah mendapat perkenan daripada Kementerian, ' ujar Amar Abang pada sidang media selesai majlis pelancaran berlangsung.

Di samping Malaysia sebagai hos 10 buah negara ASEAN lain yang terlibat meliputi Phillipines, Indonesia, Singapore, Thailand, Vietnam, Cambodia, Laos, Brunei, Myanmar dan China.

Bintang-bintang terkenal yang dijanka hadir terdiri daripada Piolo Pascua, Nora Auor, Richard Ruffa, Raymond Guierres mewakili Phillipines; Pangsatorn Jungwilas (Thailand); Mean Sonyta, Chan Sreyroth dari Cambodia; Vo Dung Nhan, Vo Thanh Tien (Vietnam); Christina Kyi enn Kyi (Myanmar), Shaira Umm Nadhira Suryadi, Kemala Atmojo (Ketua Badan Perfileman Indonesia), Lasja Fauzia, Amrit Ram Punjabi kesemuanya mewakili Indonesia sementara wakil Malaysia terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Datuk Jalaluddin Hassan, Fazura, Sharifah Amani, Bront Palarae, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan Mamat Khalid.

Menurut Ketua Juri, U-Wei Saari, sebanyak 60 penyertaan filem diterima untuk merebut anugerah bagi 14 kategori yang dipertandingkan.

Jelas beliau, filem yang memamaparkan nilai Asean sudah pasti akan dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah 'Spirit of ASEAN Award' manakala anugerah ikonik lainnya sudah tentu pemilihan bagi anugerah 'Lifetime Achievement' yang akan dinobatkan kepada filem personaliti ASEAN yang telah memecah tembok perfileman antarabangsa Dua tahun lalu, anugerah berkenaan diterima oleh Tan Sri Michell Yeoh.

Sementara itu, Pengarah Festival,  Livan Tajang (pix, kanan), memberitahu, kemuncak Malam Gala Anugerah AIFFA 2015 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada malam 11 April akan diserikan dengan persembahan nyanyian dari Anuar Zain, Dasha Logan  (No. 1 UK chart), Ratu Talent Dunia 2014, Dwi Liana Serietha, Piolo Pascual (Filipina) dan dari kumpulan K-pop, Nolza.

Sepanjang tiga hari berlangsungnya festival, aktiviti pada hari pertama akan menyaksikan program "Aiffa Film Biz World'  melibatkan acara forum dan pameran filem dengan topik perbincangan bertajuk 'ASEAN-China Film and Television Co-Production Forum: Promoting Regional Tourism Through Films."

Barisan panel forum terdiri daripada Mritunjay Pandey (India), Ross Grayson Bell (Australia), Stephen Sewell (Australia), Sharad Sharon (Malaysia), Thierry Bleu (France), Yasu Tanaka (Japan) dan Rezal A. Rahman  selaku CEO Pinewood Iskandar Malaysia.

Di samping itu bermula pada 10 April, para penonton boleh mengikuti program "AIFFA Movies in the Rainforest' di mana tayangan filem secara maraton akan berlangsung selama 12 jam bermula pukul 6 petang hingga  hingga 6 pagi pada 11 April berikutnya bertempat di Perkampungan Budaya Sarawak.

Perkampungan Budaya Sarawak ini juga akan menyaksikan majlis pembukaan rasmi AIFFA 2015 di mana filem filem yang disenarai akhir akan diumumkan malah pemenang bagi pertandingan 'The Awesome arawak Short Film' akan menerima hadiah mereka pada malam berkenaan.

"Di sini peminat boleh mendekati para artis seperti Dayang Nurfaizah dan kumpulan K-Pop, Nolza yang akan menghiburkan majlis manakala tayangan perdana filem 'Pilot Cafe' akan menyusul kemudian," jelas Livan.

Buat pertama kalinya juga, AIFFA 2015 akan menyaksikan acara pertunjukan fesyen ASEAN sebagai acara tambahan bagi memeriahkan festival sekali gus mempromosikan budaya setiap negara anggota yang terlibat.

"Sekiranya acara ini mendapat sambutan ia akan diteruskan setiap kali berlangsungnya AIFFA kelak," janji Menteri Pelancongan Sarawak ketika ditanya samada ia akan menjadi acara tetap setiap dua tahun.


Maklumat lanjut berhubung AIFFA 2015 boleh layari www.aiffa2015.com











Tiada ulasan:

Catat Ulasan