Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HARITH ISKANDAR DUTA 'CHEF ROOM'


Apabila memasak di dapur yang persekitarannya bersih dan kemudahan peralatannya moden serta canggih sudas pasti pengalaman memasak menjadi lebih selesa. Dan suasana ini akan membuatkan anda mahu sahaja ke dapur untuk memasak betul tak?

Keadaan ini bertambah menyeronokkan apabila berada di dapur yang dilengkapi peralatan lengkap sebagaimana yang direka khas oleh Pensonic dinamakan 'Chef Room” (bilik Chef).

Peralatan 'Chef Room' bukan sahaja bergaya dan canggih tetapi mempunyai fungsi yang praktiKal dengan pilihan khas ketuhar, hud dapur, dapur gas dan ketuhar gelombang mikro direka secara ergonomik untuk mengoptimumkan keselesaan dan memaksimumkan kecekapan memasak sambil menambahkan sentuhan sebenar kelas dan professionalisme dalam setiap dapur.



Majlis pelancaran 'Chef Room' seraya memperkenalkan wajah baru Pensonic iaitu pelawak terkenal, Harith Iskandar telah pun berlangsung baru-baru ini semasa perjumpaan bersama kawan media bagi tahun 2015 di sebuah hotel terkemuka di Puchong baru-baru ini.

“Kami berbangga untuk mengalu-alukan kedatangan Harith Iskandar, yang juga digelar sebagai 'Godfather of Malaysian Standup Comedy' sebagai kawan baru Pensonic untuk mewakili teman masakan yang anggun dan dipercayai, iaitu Chef Room,” ujar Nelson Chew selaku Pengarah Eksekutif Pensonic.
PELAKON Alan Yun (kiri) turut hadir meraikan majlis.

Kerjasama antara Harith dan Pensonic adalah tepat pada masanya kerana semangat dan keberanian pendapat Harith menjadi lambang kenyataan bagi mempromosikan 'Chef Room' dengan prestasi yang unggul, tambah beliau.

Ketuhar 'Chef Room' terdapat dalam kemasan keluli tahan karat kontemporari dan memberikan prestasi yang hebat. Ketuhar mempunyai sebanyak 8 fungsi yang berbeza, operasi sentuh pintar dan paparan LCD; pintu kaca perkukuh 3 lapis; kipas; fungsi memanggang 'rdiant' dan juga penuh; pilihan haba konvensional dan haba bahagian bawah dengan ruang yang mencukupi untuk memastikan hidangan anda sihat dan lazat.

Hud dapur yang mempunyai kemasan keluli tahan karat ini menonjolkan rasa sentuhan canggih di dapur anda malah mempunyai butang sentuh pintar dengan 3 kelajuan dan sedutan berkuasa untuk menyingkirkan bau dan asap.

Pembersihan menjadi mudah kerana terdapat beberapa jenis hud dapur inovatif Pensonic yang dilengkapi dengan Fungsi Pembersihan Wap untuk menjaga supaya hud dapur sentiasa bersih Yang perlu dilakukan hanyalah menggelap pada permukaan luar untuk memastikan ia bebas daripada minyak dan berkilat.

Ketuhar gelombang mikro Chef Room pula mempunyai kawalan digital, 8 program memasak auto termasuk gelombang mikro, membakar/memanggang (grill) dan fungsi menghilangkan bekuan ais.

Pensonic telah menghadiahkan keseluruhan produk Chef Room dan peralatan dapur untuk rumah baharu Harith manakala tiga tetamu yang hadir di kalangan media berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah 'Chef Room' bernilai RM5,800 setiap seorang.

Keterangan lanjut mengenai 'Chef Room' boleh layari http://pensonic.com/ atau telefon Pensonic Careline 1-800-881-770.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan