Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HAFIZ SUIP KINI DUTA 'SOPHIE SECRET'



Dalam mempromosikan produk yang berkait rapat dengan golongan Hawa, lazimnya pengusahanya akan menggunakan personaliti atau artis wanita sebagai ‘duta’ melariskan jualan.


Terkini, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pemilik produk kecantikan dan kesihatan ‘Sophie Secret’, Sharifah Sophie memilih penyanyi popular, Hafiz Suip sebagai duta kepada dua produk keluaran syarikatnya iaitu ‘Sophie Stem Cell’ dan ‘Sophie Shape’.


Mengumumkan demikian dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam {Selasa}, Sophie memberitahu, ikatan Hafiz bersama ‘Sophie Secret’ adalah untuk setahun dan segala promosi berhubung kait dengan dua produk tersebut akan membabitkan Hafiz.


Mengapa memilih Hafiz Suip dan bukan artis wanita?


“Saya inginkan kelainan sekali gus memaklumkan bahawa produk Sophie Secret bukan sekadar produk kecantikan tetapi juga  kesihatan dan sesuai untuk wanita mahu pun lelaki semua peringkat usia,” jawab Sophie.


Menurutnya, beliau memberikan Hafiz kedua-dua produk berkenaan untuk mencuba dan selama sebulan Hafiz nampak lebih cergas dan ia membuktikan ia sesuai untuk golongan lelaki mahu pun remaja.


Mengiyakan pendapat Sophie, Hafiz dalam ucapan ringkasnya berkata,”Selama sebulan mengambil kedua produk di mana pengambilan ‘Stem Cell’ pada waktu malam membuatkan saya senang tidor, rasa segar dan cergas.”


“Pada sebelah pagi pula saya amalkan pengambilan ‘Stem Shape’ dan kesannya saya rasa ia memberikan saya tenaga sambil merampingkan badan,” tambah Hafiz diiringi ketawa.


Menurut Hafiz, syarikat pengeluar merancang mengadakan siri jelajah meliputi Kota Kinabalu, Kuching, Kuantan, Johor Bahru dan Pulau Pinang serta menganjurkan mini karnival di Kuala Lumpur untuk mengembangkan promosi produk.


Sharifah Sophie turut memberitahu pihaknya juga merancang mengadakan percutian 4 hari 3 malam di atas kapal mewah Star Cruise menjelang akhir tahun 2015 ini dengan harapan ia memberi peluang kepada ejen, pengedar dan pengguna Sophie Secret untuk mengenali Hafiz dengan lebih rapat lagi.



‘Sophie Secret Stem Cell’ diformulasikan daripada bahan-bahan semula jadi dan supplemen terbaik antaranya seperti Acai Berry, Kolagen, grape seed mahu pun Pine Bark yang kesemuanya digabungkan dalam satu sachet waima membekalkan nutrisi bagi membaik pulih sel-sel tubuh.


‘Sophie Secret Shape’ pula merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang diformulasikan khas untuk melangsingkan bentuk badan dengan efektif serta selamat. 

Diadun khas daripada bahan terpilih yang bermutu tinggi antaranya seperti kolagen, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, ia mampu mempercepatkan proses pembakaran lemak, mengurangkan selulit badan menambahkan tenaga badan dan meningkatkan sisem ketahanan tubuh.



Sophie Secret, produk pengeluaran Sophie Secret Sdn Bhd, diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 1 Ogos 2012 dengan menggunakan nama Health & Beauty Boutique tetapi menukarkannya kepada ‘Sophie Secret’ pada 27 Januari 2015.


Dengan perkembangannya, Sophie Secret kini mempunyai tujuh produk meliputi ‘Sophie Shape’, ‘Sophie Stem Cell’ ‘Sophie Gold Soap’,’Endless Love Eau de Parfum’, ‘Sophie Secret Skin Care’, ‘Sophie’s EE Cream’ dan ‘Sophie Triple Stem Cell’.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan