Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ORANG RAMAI DIPELAWA SERTAI LARIAN AMAL iM4U 14 JUN


Semua rakyat Malaysia yang sukakan acara larian dipelawa menyertai larian amal yang dinamakan 'Reach Out Run: Run For a Cause' pada 14 Jun ini dengan sasaran untuk mencapai dana kira-kira RM200,000 bagi disalurkan kepada empat badan kebajikan terpilih yang memerlukan bantuan.

Mengumumkan demikian pada majlis sidang akhbar di sebuah hotel ternama baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi iM4U selaku pihak penganjur, Rudy Malik memberitahu matlamat larian bertujuan menangani isu berkaitan kesihatan yang mencabar di kalangan rakyat Malaysia

Larian ini dianjurkan untuk memupuk semangat kerjasama sepasukan serta menggalakkan cara hidup sihat menerusi acara larian jarak jauh sambil menabur bakti kepada masyarakat,” ujar Rudy yang mensasarkan kira-kira 5,000 pelari di seluruh negara.

Di samping itu katanya, pengumpulan dana daripada larian amal berkenaan akan diagihkan kepada empat organisasi yang memperjuangkan isu dan menyokong usaha dalam empat kategori iaitu Kesihatan, Keperluan Khas, Masyarakat dan Haiwan.


Badan-badan amal yang terpilih meliputi Persatuan Disleksia Malaysia (PDM), Persatuan Kebajikan SVM, Yayasan Rumah Perlindungan dan Sanktuari Haiwan Langkawi (LASSie), dan Yayasan Jantung Malaysia.

Para artis terkenal serta personaliti seperti Altimet, Soo Wincci dan Thanuja Ananthan serta Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan menjadi duta yang mewakili setiap organisasi tersebut,

Mereka akan bersama pelari lain yang mendaftar mengikut kategori jarak larian iaitu 5km dan 10 km.

Yuran pendaftaran bagi larian 5 km dikenakan bayaran pada kadar RM35 manakala bagi jarak 10 km, yurannya adalah RM45. Di samping itu, terdapat pakej kumpulan korporat bgi penyertaan 10 orang setiap pasukan pada harga RM1,000.

Menurut pihak penganjur, iM4U, tiada hadiah wang tunai disediakan bagi larian jarak 5 km kecuali larian 10 km di mana tiga pemenang dalam kategori lelaki dan perempuan akan ditawarkan hadiah wang tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

Bagaimana pun 10 peratus daripada wang kemenangan perlu disalurkan kepada mana-mana empat badan amal pilihan masing-masing,” jelas Rudy.



Dengan cara ini larian amal bukan sahaja mampu memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia menerusi kerjasama tetapi juga bertindak sebagai landasan untuk beramal menerusi semua hasil kutipan daripada yuran pendaftaran,” tambah beliau.

Pendaftaran terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas (termasuk rakyat asing), bermula dari 8 Mac lalu sehingga 30 April 2015 ini atau sehingga penyertaan mencapai 5,000 orang.

Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui www.im4u.my, pilih kategori larian yang dikehendaki serta jarak samada 5 km atau 10 km, kemudian isi borong pendaftaran.

Anda kemudiannnya boleh mengikuti iM4U di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram (Im4youth) untuk mengetahui perkembangan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai Larian Menghulur Tangan: Larian Untuk Tujuan Murni ini.


Maklumat lanjut hubungi talian 03-5637 3821 dan sebut “Reach Out Run”. Anda boleh ikuti dan sertakan hastag #REACHOUTRUN2015' di laman sosial sendiri.


Tiada ulasan: