Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELIA DIGALAK SERTAI ANUGERAH HIJAU 2015


Para belia yang kreatif digalak menyertai pertandingan Anugerah Hijau 2015 dengan membentangkan penyelesaian alam sekitar yang innovatif.waima merebut wang tunai yang disediakan pihak penganjur, EcoKnights, sebuah organisasi alam sekitar bukan berasaskan keuntungan.

Dengan kerjasama LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah  yang menaja kategori 'Green Space' selama tiga tahun, Anugerah Hijau yang telah dibina kejayaannya sepanjang 6 tahun, dilancarkan oleh  Mohd Anuar Abdul Hamid (pix, bawah),  Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, baru-baru ini bertempat di Publika, Kuala Lumpur.

Cabaran bagi kategori lain adalah inovasi hijau yang ditajakan oleh Agensi Inovasi Malaysia di mana pembaharuan latihan alam sekitar ke bahan lain yang lebih berkualiti. Manakala kategori 'Green Muzik' ditaja oleh IM4U di mana para peserta diundang untuk mengarang lagu berkaitan alam sekitar.

Menurut Pengerusi EcoKnights, Puan Yasmin Rasyid, sepanjang enam tahun, pihaknya mendapati pelajar dan  belia yang berbakat mempunyai minat yang kukuh dalam pertandingan.

"Ini membuktikan  pertumbuhan Anugerah Hijau yang semakin meningkat di kalangan belia Malaysia, Kami  percaya anugerah ini dapat menjadi satu platform dalam pemeliharaan alam sekitar dan meningkatkan kesedaran terhadap isu alam sekitar," tambah Yasmin (pix, kiri).

Kategori 'Green Space' akan memilih tiga orang finalis di mana Johan bagi kategori ini berpeluang menjalankan latihan industri dengan bimbingan pakar-pakar industri  dari LBS. Ia terbuka kepada para belia yang berusia dari 18 tahun sehingga 29 tahun untuk mereka modular tempat perlindungan bencana.

Panel juri bagi kategori berkenaan terdiri daripada pakar-pakar industri yang terkenal termasuk Thirukumaran Jallendran, salah seorang pengasas dari Malaysia Green Building Confederation (MGBC); Serina Hijas daripada syarikat arkitek dan perancang Hijaas Kasturi Associates Sdn Bhd; Bon Eng, pengasas syarikat arkitek, rekaan dalaman dan syarikat kontrak , Simplex Design Sdn Bhd.

Penghantaran akan dinilai berdasarkan praktikal dalam reka bentuk, kecekapan tenaga, penggunaan bahan lestari, reka bentuk dalaman yang cekap dan modularnya.

Sebelum mencapai tahap membina model 3D sebanyak 10 orang finalis berkenaan akan mempunyai peluang untuk menghadiri bengkel yang dijalankan ole panel juri dari Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), MGBC, dan Simplex Design Sdn Bhd. Bengkel ini dapat membantu finalis untuk meningkatkan dan memperbaiki reka bentuk mereka dengan memberi cadangan dan tips praktikal.




Tiga orang finalis  akan dipilih untuk ke peringkat lanjutan di mana johannya  berpeluang menjalankan latihan industri dengan bimbingan pakar-pakar industri dari LBS.

Selain itu, pemenang tempat pertama bagi Anugerah Hijau 2015 juga akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 trofi pewter, produk mesra alam dan sijil.

Bagi pemenang tempat pertama dan kedua pula, mereka akan memenangi hadiah tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 masing-masing berserta dengan trofi pewter, produk mesra alam dan sijil.

Para belia yang layak bertanding digalakkan untuk menyertai pertandingan ini sama ada individ atau kumpulan yang tidak melebihi tiga orang ahli. Pendaftaran penyertaan dan penghantaran kertas kerja boleh dihantar sebelum 28 Jun 2015 ini melalui lama web Anugerah Hijau di www.ecoknights.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan