Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAIKAN IBU PADA 'MIRACLE NIGHT' BERSAMA SITI NURHALIZA




Setiap kali hadirnya bulan Mei, setiap tahun juga sambutan Hari Ibu akan diraikan dengan pelbagai acara dan bagi OMGFest Venture sebagai penganjur telah merancang menganjurkan majlis makan malam amal yang dinamakan sebagai "Miracle Night" (Malam Ajaib) bersama artis tersohor, Dato Siti Nurhaliza.

Bertempat di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM, Bangsar, Kuala Lumpur pada 15 Mei ini bermula jam 8 malam, majlis gilang gemilang itu menjangkakan seramai 600 tetamu bersama-sama meraikan ibu tersayang masing-masing. Turut diraikan 30 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Budaya Harapan di mana salah satu objektif makan malam amal berkenaan adalah bag mengutip dana untuk tabung kebajikan mereka.


Turut hadir bersama Siti pada majlis sidang media yang diadakan di Megaview Bankuet, Menara KL baru-baru ini terdiri dari penaja utama majlis iaitu Puan Rita Dato Sosilawati, Pengarah Urusan Nouvelles Visage dan Direktor bersama OMGFest Venture, Puan Liza Baharom.

"Ini merupakan tanggungjawab kemasyarakatan buat Nouvelles Visage di mana dengan sumbangan ini, ia akan dapat memberi peluang anak-anak ini untuk menyaksikan persembahan artis terkenal, Dato Siti Nurhaliza, di samping berhibur," ujar Rita pada sidang akhbar berkenaan.

Sementara itu, Siti mengumumkan telah memilih Nabil dan Angah Raja Lawak sebagai pengacara majlis memandangkan inilah pertama kali beliau akan bekerjasama dengan Nabil dalam membuat persembahan..

"Saya akan bergabung dengan Nabil dan Angah untuk satu persembahan istimewa," Siti memberikan sedikit bayangan terhadap persembahan yang bakal diadakannya..

Persembahan selama 1 jam bakal menyaksikan Siti membawa kira-kira 8 buah lagu malah Siti juga bakal menghadiahkan barang kesayangannya kepada seorang ibu bertuah yang akan menjadi pilihannya kelak.

Ditanya kriteria ibu bagaimana kah pilihannya, Siti sekadar memberi bayangan contoh seperti ibu yang paling berusia kah, ibu yang mempunyai ramai cahaya mata kah atau pun ibu yang telah berkorban banyak demi menjaga anak-anak.

"Segalanya akan saya lakukan secara sponton pada malam ajaib berkenaan," ulas Siti yang turut menyediakan satu menu hidangan istimewa masakannya untuk dirasai peminatnya pada malam berkenaan.

'Miracle Night' menawarkan harga bermula dari RM3,990, RM5,990, RM7,990 hingga RM9,990 bagi meja untuk 10 orang dan tempahan atau maklumat lanjut boleh menghubungi talian 011-26261656/019 279 6275.

Mereka juga boleh email ke booking@omgfest.my malah pembayaran terus boleh dilakukan ke akaun OMGFest Ventures melalui Alliance Bank di no akaun 120880010083811 dan anda juga boleh lawati media sosial pihak penganjur @omgfest2014..





# Trivia

*  Siti kini sedang menguji pasaran untuk mengeluarkan tudung yang diperbuat dari kain lace seperti yang digayakannya.Akuinya, dia kini baru mempunyai empat warna tudung lace yang dipotongnya sendiri dan dihantar untuk jahitan tepi sahaja. 

* Sedang merancang untuk mengadakan konsert 'tour' Malaysia-Indonesia pada bulan November tahun ini.

* Akan merakamkan album unplugged bersama Universal Music.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan