Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERAT BADAN ENOT TURUN 98KG DENGAN IZEARA


"Pada mulanya saya cuma guna secara suka-suka tetapi dalam masa seminggu saya rasa  badan macam dah ringan, kurang sakit pinggang tetapi  masih belum nak timbang berat badan cuma cuba pakai seluar lama je dan terkejut bila muat," Enot memulakan cerita mengenai pengalamannya menggunakan produk Izeara International.

Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah memberitahu demikian pada majis pelancaran produk terbaharu Izeara International sekali gus memperkenalkannya sebagai duta Izeara di sebuah banglo di Taman Titiwangsa semalam.


Menggunakan 'Izeara 6 inch Body Serum', Enot berkata,"Dalam tempoh tiga bulan menggunakannya saya berjaya menurunkan berat badan daripada 138kg kepada 98kg kini."

Tambahnya, beliau ingin mensasarkan penurunan berat badannya sehingga 75kg apatah lagi setelah dilantik sebagai duta Izeara International.

Ditanya keadaan kesihatannya sekarang memandangkan beliau telah disahkan menghidap kanser usus tahap kedua, Enot berkata:

"Alhamdullillah, produk ini turut membantu kesihatan saya yang beransur pulih malah sebelum mencuba Izeara Body Talk White Slim saya telah mendapatkan nasihat doktor dan  dia benarkan memandangkan produk berkenaan mampu bertindak membersihkan kolon usus sekali gus merawat kesihatan dalaman " ulas Enot.

Sebagai stokis, Enot melahirkan rasa puas terhadap bidang perniagaan yang diceburinya di mana dalam masa sebulan beliau mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit  berbanding dengan berlakon."


Melahirkan rasa kecewanya kata Enot,"bayaran berlakon bagi golongan seperti kami sekarang tidak berbaloi jadi baik saya meletakkan konsentrasi pada bisnes ini malah dapat menjaga anak-anak kerana dengan perniagaan secara online kita tidak perlu selalu keluar dan berpisah dengan keluarga."

"Hanya jika saya rasa rindu berlakon baharulah saya fikirkan itu pun jika tawaran dan watak itu sesuai," kata Enot yang akan muncul dalam telemovie 'Mat Despatch Raya' untuk RTM yang akan disiarkan pada Hari Raya kelak.

Enot bersetuju untuk kembali berlakon dalam karya itu memandangkan cerita 'Mat Despatch' merupakan 'come back' setelah 15 tahun siri komedi itu ditayangkan di mana dari situlah nama beliau mula dikenali dalam industri memegang watak 'Jojo' dan gelaran 'Enot' dicipta ketika berlakon dalam drama 'Enot' pada tahun 2002. Panggilan itu lekat sehingga kini.

Bersama melancarkan pruduk terbaharu Izeara International iaitu 'Body Talk White Slim' ialah pengasas Izeara Resouces, Encik Mohd Abdul Rahman Mohd Idris dan isterinya, Puan Nazirah Abdul Nasir  di mana majlis turut menyaksikan rangkaian produk-produk Izeara International diperkenalkan seperti 'Izeara Miracle Glow Perfect Skincare', 'Izeara 6 inch Body Serum Extra Power', 'Izeara Slimming Soap' dan 'Ieara Body Talk White Slim (makanan tambahan).




Izara Resources pemilik kepada jenama Izeara International ini telah ditubuhkan pada 4 Mei 2010 dengan mengeluarkan dan memasarkan produk kecantikan dan kesihatan yang bermutu tinggi.


Semua produk-produk Izeara menggunakan formula yang dihasilkan berasaskan herba dan bahan-bahan semula jadi serta gabungan formulasi sunnah dengan teknologi biotech serta technologi Nano Switzerland yang telah diiktiraf oleh doktor pakar dari Switzerland.

Menurut Encik Mohd. Rahman, produk-produk jenama Izeara telah dikilangkan bertaraf GMP, HACCP dan mempunyai kelulusan dari KKM.

"Penubuhan syarikat juga bertujuan membantu dan memupuk semangat kesuhawanan di kalangan masyarkat Malaysia dan saya sasarkan untuk menghasilkan 100 jutawan baharu menjelang Mei 2016," harapan  Encik Rahman.

Bercerita mengenai jatuh bangunnya beliau dalam mencapai kejayaan sehingga tinggal RM2 sahaja dalam poket untuk menampung isteri dan dua orang anak, kata Rahman, "dengan usaha dan tanpa mengenal erti putus asa, saya bangkit semula dan kini hasrat saya untuk membantu mereka yang mahu bekerja keras dan mencapai kejayaan seperti saya melalui jaulan Izeara."

Setekat ini, Izeara Resources mempunyai lebih 100 stokis serata Semenanjung dan berharap menambahkan bilangan tersebut di mana untuk menjadi ejen cuma perlu modal sebanyak RM10,000.

Berpegang pada kata-kata mentornya, Datuk Maznah Hamid iaitu 'Modal paling utama dalam perniagaan adalah modal diri sendiri,' Rahman memberitahu beliau bangun dan bekerja keras ke arah kejayaan yang dinikmatinya sekarang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan