Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KARNIVAL USAHAWAN MyPKS, ANITA BIKE WEEK 5-7 JUN


Para usahawan muda khususnya belia yang berminat dalam bidang perniagaan digalakkan berkunjung ke Karnival Usahawan MyPKS yang akan berlangsung di Dataran Alhamra, Pasir Gudang, Johor bermula pada 5 hingga 7 Jun depan

Dianjurkan bersama oleh MyPKS dan Parlimen Belia Malaysia dengan sokongan antaranya dari Kementerian Belia & Sukan, UTM, Job Malaysia.com, Anita Entertainment & Productions, karnival diadakan bertujuan memperkasakan usahawan kecil di dalam satu kumpulan MyPKS sekali gus memberi penjenamaan dan pemasaran khas kepada pengusaha secara lebih sistematik.

"Kita mahu membantu para belia ke arah kerjaya dan rekreasi yang lebih baik dan sistematik supaya mereka mempunyai platform untuk mengembangkan perniagaan ke arah kemajuan," ujar Encik Haitullah Azrin Aidil sebagai anggota ahli Parlimen Belia Malaysia pada sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Turut bersama En Mohd Fitri Khamis, Pengurus Pembangunan Prototaip ICC, UTM Johor; Encik Azhar Surahman, Ketua Pegawai Eksekutif MyPKS, Dr Zainah Sharif, Ketua Sekretariat Parlimen Belia Malaysia dan Anita Yusof dari Anita Entertainment bersama barisan artis undangan seperti Yantzen, Ayu dan Hana Febians.

Majlis turut memperkenalkan aplikasi MyPKS yang boleh dimuat turun secara percuma di mana segala informasi berhubung perniagaan boleh diperoleh di hujung jari.




Bercakap lanjut mengenai aplikasi MyPKS, Azhar Surahman memberitahu, para belia yang ingin berdaftar masuk perniagaan mereka cuma perlu membayar RM80 setahun malah melalui aplikasi tersebut juga pihaknya akan bekerjasama dengan Jobs Malaysia untuk memaparkan jawatan kosong kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan.






Sempena karnival, Anita memberitahu pihaknya akan menganjurkan 'Anita Bike Week' siri ke lima  pada 7 Jun sebagai pengisian karnival  malah beberapa aktiviti menarik turut disediakan seperti aerobikton & zumba, pertandingan mewarna ICT, pertandingan dan demo memasak, bike & car auto city, karaoke santai serta persembahan artis artis terdiri daripada Nassier Wahab, Yantzen, Ayu OIAM, Hana Febians dan penyanyi seberang, Thomas Arya.

Selain itu, turat diadakan kempen derma darah, ceramah agama, penceritaan digital animasi oleh ITM Karikat dan kempen kemalangan jalan raya dan pencegahan  mahu pun pameran kerjaya dan promosi ATM malah para pengunjung turut berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan