Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KENXINDA TELEFON BIMBIT MAMPU MILIK


Lambakan jenama telefon bimbit semakin meningkat.  Peningkatan itu memberi peluang kepada pengguna untuk memilih jenama mana terbaik dan paling utama yang berkenan di hati.

Baik yang mahal mahu pun yang murah, kegunaan telefon bimbit kini merupakan satu kemestian yang harus dimiliki setiap orang. Kemudahan untuk berhubung merupakan faktor paling utama kenapa telefon bimbit perlu dimiliki.


Tidak hairan jika dikatakan kebanyakan daripada kita memiliki dua telefon bimbit setidak-tidaknya. Jika satu merupakan telefon pintar yang berharga tinggi kemungkinan telefon kedua dipilih jenama lain yang harganya tidaklah tinggi daripada yang pertama/

Dalam pada itu, telefon bimbit bukan sahaja dimiliki ayah atau ibu tetapi kanak-kanak sekarang pun sudah bijak menggunakannya, Malah ibu bapa berusaha memberikannya kepada anak masing-masing agar mudah berhubung.

Dan sekiranya anda masih tercari-cari sebuah telefon mampu milik untuk dihadiahkan kepada anak atau anak kepada ibu bapa atau pun sebagai telefon kedua atau ketiga bagi diri sendiri, barangkali jenama Kenxinda yang baharu saja diperkenalkan ke pasaran tempatan boleh dimiliki.

Anda mempunyai  lapan  pilihan di antara telefon biasa yang berharga paling murah RM79 atau pun sebuah telefon pintar yang paling mahal cuma RM459.

Bercakap kepada media di majlis pelancaran produk jenama 'Kenxinda' d ruang concourse Plaza Low Yat baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kenxinda Malaysia, Encik Daiel Chia (foto kanan) berkata,"Kami rasa berbangga dapat memperkenalkan Kenxinda ke pasaran Malaysia sebagai negara pertama di Asia. Kami percaya kesemua produk kami akan mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna bukan sahaja kerana ia murah tetapi dilengkapi dengan teknologi tinggi setara dengan telefon pintar yang lebih mahal harganya."

Sempena pelancarannya, Kenxinda menawarkan pelanggan sebuah jam tangan pintar pada harga RM199 daripada harga asalnya RM299 bersama sebuah bluetooh peruma bernilai RM99. Tawaran promosi berkenaan akan berlanjutan selama tiga bulan.

Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Kenxinda menyediakan kedai konsepnya di Queensbay Mall, Penang; Dataran Pahlawan Melaka selain di Plaza Low Yat KL.

Produk-produk yang dilancarkan dalam fasa pertamanya meliputi  3 jenis telefon feature berharga RM79, RM99 dan RM119;  5 jenis telefon pintar RM169, RM199, RM299, RM399 dan RM459; sebuah Tablet berharga RM299; Jam tangan pintar S berharga RM199 manakala aksesori yang turut disediakan adalah rangkaian tiga powerbank RM60 (5000mah, RM99 (10400) dan terakhir RM139 untuk 15000mah

Maklumat lanjut berhubung produk spesifikasi layari www.kenxinda.com.my