Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

#ASK2015 ADA KELAINAN

PRODUKSI team 'Lorong Kecil Ke Syurga' ' meraikan kemenangan mereka.
Kak Fas sudah menonton drama "Lorong Kecil Ke Syurga'.  Ia sebuah kisah yang cukup menarik perihal kasih sayang seorang bapa kepada anaknya dan sebaliknya. Pengorbanan kedua anak dan ayah untuk bersama menimbulkan pelbagai dugaan. Lakonan bersahaja Faisal Hussein dan Raja Ilya berjaya menarik simpati dan tumpuan untuk penonton meneruskan menonton hingga ke akhir babak-babak yang menyayat hati.
Tidak hairan drama terbitan Aniq Communication Sdn Bhd ini berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik ASK2015 yang berlangsung secara langsung di PWTC pada malamAhad lalu. 
Karya arahan Raja Mukhriz itu menewaskan drama lain seperti Cahaya Cinta, Dari Pintu Neraka, Kereta Kita dan Seligar. malah turut membawa pulang empat lagi anugerah utama lain seperti Pengarah Terbaik (Raja Mukhriz), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Raja Ilya), Lakon Layar Terbaik (Joe Sidek_ dan Penyunting Terbaik (Akashdeep Singh).

Bagi kategori FIlem Terbaik, seperti yang diramalkan ramai, filem terbitan Everything Films Sdn Bhd, "Lelaki Harapan Dunia' (pix atas)  berjaya menggondol Anugerah Filem Terbaik malah pengarahnya Liew Seng Tat juga memegang gelaran Pengarah Terbaik sekali gus Lakon Layar Terbaik
Hadiah utama disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tuan Said Keruak dan isteri, Datin Hajah Raya Erom. Turut bersama Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.
Selain itu, seperti yang Kak Fas jangkakan, pelakon versatile yang lakonannya menjadi walau apa watak yang dipegangnya, Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Sara Ali dan Raja Ilya  masing-masing berjaya membawa pulang trofi ASK2015.

Sharnaaz memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem  manakala Beto Kusyairy  merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem. Kedua-dua pelakon hebat ini memenangi trofi masing-masing menerusi filem 'Gila Baby'.
Sara Ali membolot Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama melalui drama 'Hak' manakala Raja Ilya buat pertama kalinya juga,  melalui lakonan cemerlangnya dalam 'Lorong Kecil Ke Syurga' meraih gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama sementara Amar Ashraf memenangi Pelakon Lelaki Terbaik hasil lakonan berkesannya dalam drama 'Dari Pintu Neraka'.


Sementara itu, adik kepada Rozita Che Wan, Ayu Raudhah tidak mahu mengalah dalam lakonannya kepada kakaknya, apabila memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Lagenda Budak Setan 3 Akashah).
Pelakon cilik terbaharu, Izuan Fitri melalui drama 'Penyabong' berjaya menewaskan 'abang-abang' nya untuk trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. 
Pada keseluruhannya, sebanyak 31 kategori meliputi 12 drama, 7 filem, 6 penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal di pertandingkan pada majlis gilang gemilang bertemakan 'Raikan Bintang' di mana warna emas dan hitam sebagai simbol kilauan bintang bersinar di langit sebagaimana yang turut dipancarkan melalui kostume,  set dan pentas.
Segmen persembahan pemenang Anugerah Skrin sebelum  ini seperti Lyana Jasmay, Datin Alyah, Fauzi Nawawi dan Khir Rahman antara persembahan yang memberikan kelainan pada ASK tahun ini (pix bawah). Begitu juga penampilan Projek Band yang dianggotai oleh Toi (dram), Ungku Ismail Aziz (gitar), Zahiril Adzim (bass), Marsha Londoh (piano), Ayda Jebat (keyboard), Izzue Islam (gitar) dan Amir Jahari, sesuatu yang terbaharu walau pun nampak sangat Ayda Jebat macam tidak 'bijak' melakonkan mainannya. 

Persembahan lincah dari 'Super Girls' dengan gaya dan nyanyian ala-ala kumpulan Korea tidak kurang menarik perhatian ramai. Ramai pada mulanya sangka memang Supergirls dari Korea tetapi ternyata mereka gadis-gadis Melayu dari Malaysia.
Kedua hos, Awie dan Fara Fauzana berjaya mencuit hati penonton dengan gelagat dan percakapan spontan mereka.
Berikut senarai penuh keputusan ASK2015:
Kategori Drama
1.   Drama Terbaik: Lorong Kecil Ke Syurga
2.   Lakon TV Terbaik: Joe Sidek (Lorong Kecil Ke Syurga)
3.   Pengarah Drama Terbaik: Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga) (pix kanan)
4.   Penyunting Drama Terbaik: Akashdeep Singh (Lorong Kecil Ke Syurga)
5.   Videografi Terbaik Drama: Jamaludin Yaacob (Penyabong)
6.   Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Amar Asyraf (Dari Pintu Neraka)
7.   Pelakon Wanita Terbaik Drama: Sara Ali (Hak)
8.   Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Izwan Fitri (Penyabong)
9.   Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Raja llya (Lorong Kecil Ke Syurga)
10. Drama Rantaian Komedi Terbaik: Rubberband (Balang Rimbun Sdn Bhd)
11. Drama Rantaian Terbaik: Hidayahmu Ramadan (Primeworks Studios)
12. Drama Rantaian Popular Media Sosial: Rindu Awak 200% (pix bawah)



Kategori Filem
1. Filem Terbaik: Lelaki Harapan Dunia 
2. Lakon Layar Terbaik: Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
3. Pengarah Terbaik Filem: Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
4. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Beto Kushairy (Gila Baby)
5. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Lisa Surihani (Dendam Orang Mati)
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Sharnaaz Ahmad (Gila Baby)
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3  AlKasyah)

Penerbitan Dalaman

1. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini (Banduan Akhir)
2. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Welcome To The Rail World
3. Laporan Khas Berita Terbaik: Berita Nasional 5 (Kondosom Guhod)
4. Rancangan Hiburan Terbaik: The Gadabout Barber (Krshna M. Pathmasingam)
5. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29
6. Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Legend (Konsert Akhir)

Teknikal

1. Videografi Terbaik: Hip-Hoppin Asia
2. Suntingan Terbaik: The Gadabout Barber
3. Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29
4. Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik: Mentor Legend Akhir
5. Rekabentuk Set Terbaik: Mentor Legend Akhir
6. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29 


#Trivia 

  • Ramai wartawan mengerumi Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson (pix kanan) yang dikatakan sedang intim untuk bertanya mengenai status masing-masing. Namun kata Zul, "Kami masih baru sangat. Tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih." 
  • Kata pula Zahirah, "Tanyalah Zul.... kami memang berkawan namun hubungan ini masih baharu." Dan ternyata bila ditanya Zul sekadar menganggukkan kepalanya tanda benar mereka berkawan. Zul dan kekasih lamanya, produser Gayatri khabarnya sudahlama berpisah.
  • Syahrul Ridzwan, antara pelakon yang sering diajak untuk 'berselfie' dan bergambar oleh peminantnya dan kesudian Syahrul berhenti setiap kali mahu bergerak memperlihatkan sifat 'sporting'nya. Harap Syarul kekalkan sifat itu dengan peminatnya. Kak Fas pun sempat jugalah bergambar dengan pelakon muda yang kacak dan bergaya mirip Aaron Aziz ini.

  • KAK Fas bersama Maria Tunku Sabri dan Syarul Ridzwan di pos parti ASK baru-baru ini.

  • Berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5.2 juta
  • 35,000 menonton ASK 2015 secara online.di seluruh dunia
  • Lebih 150,000 layari laman web rasmi ASK 2015
  • Di laman sosial twitter ASK 2015 menduduki ranking pertama secara global
  • 20,000 tontonan melalui tonton.com.my
TEAM produksi Filem Terbaik 'Lelaki Harapan Dunia'