Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BANANE MUNCH' KEREPEK PISANG BERSALUT COKELAT, SEDAP BUAT KUDAPAN



#ADVERTORIAL

Kak Fas nak tanya satu soalan… siapa tak suka makan cokelat?

Rasanya bapa suka, emak suka, suami suka, isteri suka, atuk suka, nenek suka, anak-anak suka dan cucu-cucu lagi lah suka ya tak?

Pendekata kata satu famili lah suka makan cokelat.


Tetapi kalau ada yang tak suka tu Kak Fas kurang faham lah mungkin kerana mereka tidak suka manisan atau alergik ke tetapi apa pun alasannya yang pasti Kak Fas ‘guarantee’ sebahagian besar daripada insan yang lahir di dunia fana ini sukakan COKELAT.

Dan seperti cokelat… ada ke pula yang tidak suka makan PISANG? 

Tahu tak anda bahawa pisang  antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat serta  mengandungi  vitamin A  walau pun kandungan gula di dalamnya amat tinggi.

Pun begitu, pisang boleh dijadikan pemakanan dan ubatan mengatasi masalah sembelit.

Terdapat berpuluh jenis pisang antaranya  seperti pisang  nangka, abu, mas, tanduk raja, rastali dan banyak lagi tetapi pernah tak anda menikmati gabungan pisang dan cokelat yang kemudiannya dijadikan kerepek.

Jika kerepek pisang  biasa sahaja seperti kerepek pisang nangka, pisang abu mahu pun pisang tanduk yang merupakan pisang paling sedap dibuat kerepek, Kak Fas pasti ramai dah mencubanya. 

Kerepek sering dijadikan  kudapan ringan untuk lapik perut waktu lapang. Di mana-mana sahaja anda bole memakannya… ia kering,rangup dan mudah dikunyah.

Tetapi barangkali ada yang belum sedar sekarang ini ada kerepek bersalut cokelat yang lebih sedap. Dan kerepek cokelat yang Kak Fas maksudkan di sini bernama “Banane Munch”.

Jangan silap Kak Fas eja ‘banane’ tu salah ek waima ejaan betulnya  dalam bahasa Inggeris tentulah ‘BANANA” tetapi yang ini dieja ‘BANANE’….komersial lah sikit kan untuk jenama.

Malah sebagai makanan kudapan perkataan ‘MUNCH’ (dalam bahasa Inggeris, bermaksud kunyah-kunyah) itu memanglah sesuai dengan nama produk yang diberi iaitu ‘BANANE MUNCH’

Kak Fas baharu sahaja tahu mengenai kerepek pisang bersalutkan cokelat ini yang diperkenalkan oleh seorang rakan blogger, Diya.

Nak rasa Kak Fas? kata Diya.

Kalau dah rezeki itu di hadapan mata takkan nak tolak ya tak? Itu membuang rezeki namanya apatah lagi berkaitan barang makanan. Tak baik jika tak ambil kan?

Sebaik diberi sekotak, Kak Fas tertarik dengan desain bungkusannya. Ingat produk luar Negara rupanya buatan tempatan keluaran  Quantum Supplies  (M) Sdn Bhd yang dihasilkan untuk syarikat NUNOS Legacy Sdn Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Boleh tahan juga gaya desain kotak ‘BANANE MUNCH’ ni fikir hati.  Kira tak malulah kalau mahu dipasarkan ke luar Negara pun dengan rekaan kotak yang nampak kelas dan bukan nampak seperti produk dalam negeri..



Dengan tagline yang tertera di atas permukaan hadapan kotak bertulis ‘Feel the Happiness in Each Bite. Crispy Banana Chips With Extra Chocolaties’  (Rasa Kebahagian dalam setiap gigitan. Chips pisang rangup dengan Cokelaties tambahan) malah ditulis pula ‘The Great Malaysian Banana Chocolate’ … Kak Fas turut rasa bangga ada produk tempatan yang berkualiti sebegini.

Tentu pembaca tak sabar-sabar kan nak tahu daripada Kak Fas apa rasanya?

Dah tentulah Kak Fas suka sebab Kak Fas ni memang kaki cokelat dan suka makan pisang. Dan apabila dah digabungkan dalam hidangan berbentuk kerepek…. Lagilah mudah untuk dijadikan makanan  kudapan petang.

Tetapi Kak Fas nak rekomen,  sebaik sahaja membelinya, anda perlu meletakkannya dalam peti ais seketika sebelum makan. Ini bagi mengelakkan salutan cokelat pada kerepek tidak melekit dan cair.

Pun begitu terpulanglah pada citarasa masing-masing. Kak Fas suka apabla cokelatnya melekit pada kerepek… terasa  manis masam dan aroma yang agak kuat daripada kerepek pisang tanduk ini. 

Cuma jika nak makan sebegini kenalah ada tisu berdekatan untuk lap cokelat dijari….kalau tak… jilat jarilah jawabnya apatah lagi sedang manis pula rasanya.




Pada mulanya selepas sahaja Kak Fas menggunting paket kedap udara rona perak dan nampak kerepek itu melekat-lekat antara satu sama lain… terus Kak Fas letakkannya di atas piring dan makan dengan sudu haha….gara-gara tak mahu guna jari. Tetapi lepas tu rasa tak puas pulak… terus basuh tangan dan makan.

Di sinilah Kak Fas rasa kalau nak menjamahnya sebaik dahulu diletakkan dalam peti ais seketika agar taklah cair sangat … ini juga sesuai bagi  mereka yang suka makan kerepek sejuk, 

Bahkan bila keras sikit bolehlah bawa masuk dalam kereta dan makan sambil terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebab dah kering sikit cokelatnya kan?

Apa pun kandungan ramuannya yang meliputi cokelat susu (Gula, Lemak sayuran, Serbuk whey, Serbuk koko, Susu tepong skim, Pengelmulsi, Lesitin soya, Vanilin) Kerepek Pisang (Pisang dan Garam)  sesuai dimakan oleh semua golongan muda mahu pun dewasa memandangkan kalori per gram yang rendah bagi kandungan lemak, karbohidrat dan protein dengan zat besi 4%.

Harganya?

Bagi sekotak ‘Banane Munch’ seberat 50 gm ini, ia dijual pada RM7.90 sekotak dan hanya boleh ditempah secara dalam talian melalui laman sosial facebook BANANE MUCH HQ atau Instagram #Bananemunch.

Nak tahu lagi keterangan lanjut boleh sahaja berhubung terus melalui talian ‘hotline’ mereka di  +6012 8088804.

Selain itu, Kak Fas ada juga melayari internet dan ternampak satu promosi daripada laman facebook Agro bazaar online yang membuat tawaran 'Banane Munch Jimat Kombo 5' dimana anda boleh membeli  5 kotak  sekali gus dengan harga RM35 sahaja bagi sekotak kerepek seberat 1 kilogram. 

Tawaran sah sehingga  7 November 2016, katanya. Nak tahu lanjut eloklah anda sendiri melayari laman agro bazaar ni ya.

Selamat berkudapan bersama 'Banane Munch'... Kak Fas pasti rasanya berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Mahal sikit takpe janji sedap tak gitu?






JIka anda nak komen selepas mencubanya boleh lah hashtag #bananemunchhq, #bananemunch dan #misiviral melalui laman sosial masing-masing ya.

# Trivia

Produk ini merupakan penaja bagi drama popular di Astro "Lara Aishah".