Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JERSI EDISI KHAS 1MALAYSIA-ABSTRAX #MYPERPADUAN KINI DI PASARAN


MALAYSIA ... merupakan negara berbilang kaum yang boleh dikatakan rakyatnya hidup dalam aman damai walau pun ada  pergolakan politik. Tetapi itu biasalah, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan berparti, soal perselisihan faham tetap wujud namun tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan negara di sebelah Barat mahu pun Timur Tengah.

Kewujudan gagasan  1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009  menerapkan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.

Kisah 1Malaysia  dibina berasaskan Perlembagaan Persekutuan, pelbagai rang undang-undang dan dasar, Rukun Negara, Wawasan 2020, Misi Nasional, serta pandangan kita mengenai perpaduan dan kesaksamaan.

Ia merupakan konsep yang merangkumi idea perpaduan dalam kepelbagaian, dan menekankan kepentingan perpaduan negara tanpa mengira bangsa, latar belakang atau kepercayaan agama demi kesejahteraan semua di masa hadapan. Konsep ini kekal relevan dan penting untuk dihayati seluruh rakyat Malaysia.

Perpaduan bukan sesuatu yang asing dalam kalangan penduduk Malaysia dan ia adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita. Antaranya, menikmati nasi lemak sebagai sarapan pagi di mana-mana warung kopi tanpa mengira perbezaan warna kulit, latar belakang atau agama adalah tidak asing bagi kita.


Ini adalah suatu yang harus dikekalkan bagi mengekalkan lambang kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara di mana penduduknya boleh hidup secara harmoni dan bertoleransi. Kepelbagaian kita adalah kekuatan kita.

Okey, rasanya semua dah tahu kut kisah 1Malaysia ini... tak perlulah Kak Fas ulas lanjut. Apa yang nak Kak Fas ceritakan ni lagi menarik.....

Apa dia?


Ini kisah baju.... ya untuk  meraikan kepelbagaian yang disebutkan tadi, 1Malaysia dengan kerjasama jenama  yang semakin popular iaitu #ABSTRAX  membawakan kempen terbaharu  dengan hashtag #MYperpaduan dalam pengeluaran  jersi keluaran khas,

Jersi edisi  khas 1Malaysia ini diharap dapat dipakai dengan rasa penuh bangga sebagai rakyat Malaysia membawa mesej perpaduan dalam kepelbagaian.

Jersi 1Malaysia #MYperpaduan ini boleh didapati bermula  hari ini (1hb Oktober 2016)  jam 12 tengah hari di 1malaysia.com.my

Malah anda juga boleh mendapatkannya di 'concept store Abstrax yang terletak di ibu pejabatnya di Shah Alam serta butik cawangannya di Bangsar atau pun secara online.

Harganya RM90 sehelai dan RM100 sehelai bagi lengan panjang, malah untuk kanak-kanak juga ada iaitu RM70.

Keterangan lanjut bolehlah menghubungi 1malaysia,com.my atau pun watsapp 011 12221728 atau layari abstraxjingga,com.

Jom bergaya seperti pelakon yang merupakan duta Abstrax, Beto Kusyairy seraya meraikan perpaduan, semarakkan semangat kebersamaan dan sokong produk buatan tempatan.!