Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MYDIN USJ SUBANG SESAK PENANGAN ANUAR ZAIN


Sejak dilancarkan pada 1 Oktober 2016, album terbaharu #AnuarZain khabarnya habis 9,000 unit dalam masa 9 hari malah lebih 200 unit lagi berjaya dimiliki peminat-peminat fanatiknya pada majlis Sesi Bertemu Peminat yang berlangsung di Mydin USJ Subang Jaya semalam (Ahad).

Dengan jualan yang memberangsangkan itu pada kala industri seni agak suram dan ramai penyanyi yang tidak berani mengeluarkan album penuh, penangan Anuar Zain ternyata mampu menepis sekali gus merancakkan kembali penjualan album-album tempatan.

Jadi siapa kata, sukar untuk menjual sebuah album? Anuar Zain mampu melakukannya dengan perancangan dan pemasaran serta promosi yang teliti.

BERSAMA Kak Fas dan teman blogger dan media -Misz Ella dan  Arif (Malaysian Digest)



"Alhamdullillah, sambutan yang diberikan amat-amat memberangsangkan dan kami telah pun melakukan cetakan kedua bagi menambahkan lagi bilangan dan memenuhi permintaan ramai. Terima kasih kepada peminat saya yang tidak henti-henti menyokong," Anuar Zain melahirkan rasa syukurnya atas penjualan album terbaharunya itu.

Katanya, album kali ini mencipta satu sejarah bukan sahaja mampu dijual 9,000 dalam masa 9 hari malah turut mendapat penajaan terbanyak serta kualiti yang terbaik berbanding album-albumnya sebelum ini.

Melihat pada sambutan ramai bukan sahaja daripada kalangan kaum Melayu tetapi albumnya turut dibeli oleh Cina dan India serta kaum lain membuktikan Anuar Zain seorang penyanyi yang mampu menyatupadukan pelbagai kaum.

Selama lebih tiga jam, pemilik nama sebenar Shahrul Anuar bin Zain, 46, ini sanggup duduk dan melayan setiap peminat yang membeli albumnya. Bukan sekadar mendapatkan autografnya pada album tetapi bergambar dengan setiap seorang yang naik ke pentas.




Namun yang lebih menarik sekali apabila peminat di kalangan kanak-kanak pun mampu menyanyikan walau pun sebaris lirik daripada lagu single terbaharunya 'Andainya Takdir' yang berbunyi ...'episod-episod duka biar berlalu....."

Pada sesi bertemu peminat yang merupakan yang pertama dalam siri 'roadshow' nya di lima lagi lokasi terpilih Mydin, 'Lelaki Ini' menyampaikan empat buah lagu baru dan lama meliputi 'Kerana Aku Cinta', 'Mencintaimu', 'Andainya Takdir' dan 'Ketelusan Hati".

Walau pun daripada suaranya ternyata beliau kurang sihat kerana demam namun bagi peminat dan Kak Fas sendiri, nyanyian tetap sedap didengar malah sorakan daripada khalayak yang hadir pun tidak kisah apabila mereka menyahut 'tidak mengapa' bila Anuar minta maaf jika vokalnya kedengaran sumbang..




Turut memeriahkan majlis ialah Datuk Wira Dr Hj Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamad Holdings Berhad dan isteri Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd.

Dalam sidang akhbar eksklusif yang berlangsung selepas selesai majlis bertemu peminat, Datuk Wira Dr Hj Ameer memberitahu, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Anuar Zain dan berharap kolaborasi itu akan diteruskan tahun hadapan.

"Kita akan membuka Mydin yang saiznya dua kali lebih besar dari kebiasaannya di Kuching, Sarawak tahun hadapan dan in syaa Allah akan ada roadshow Anuar Zain di negeri Timur Semenanjung itu," ujar Datuk Wira Dr, Hj Ameer.



Bagaimana pun, mengakhiri tahun 2016 ini, sesi bertemu peminat Anuar Zain di Mydin akan berlangsung di lima tempat lagi iaitu di Mydin Bukit Mertajam (30 Oktober), Mydin meru Raya, Ipoh (6 Nov), Mydin Gong Badak, Terengganu (12 Nov), Mydin Serebam 2 (4 Disember) dan berakhir di Mydin Pelangi Indah, Johor pada 17 Disember 2016.

Berhubung dengan penjualan albumnya, Anuar Zain mensasarkan jualan mampu mencapai angka  20,000 unit untuk 'break even' katanya.

Apa pun Kak Fas percaya dengan penjualan di Mydin, Lazada dan beberapa kedai muzik terpilih serta promosi dan pemasaran yang teliti, penjualan album kelima Anuar Zain ini mampu  memecah rekod paling tinggi untuknya.

Banyak lagi sebenarnya yang Kak Fas mahu berkongsikan dengan anda khususnya peminat Anuar Zain tentang perancangannya untuk mengadakan konsert, menerbitkan album asli dan review albumnya.... 

Nak tahu lanjut... nantikan sambungan kisah anak Pak Zain ini dalam tulisan selanjutnya nanti ya....sebab sekarang waktu dah pun 1,45 pagi... jadi seperti kata Anuar Zain dalam trek lagu ke 8 nya.... 'Selamat Malam' lah ya....Kak Fas undur diri seketika.....