Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

"ROMANSA KRISDAYANTI' DI ISTANA BUDAYA 24-26 FEB.


Tinggal 23 hari lagi mulai hari ini untuk ko orang semua mendapatkan tiket bagi menyaksikan buat pertama kalinya konsert solo diva Indonesia ‘Krisdayanti’ di Istana Budaya pada 24 hingga 26 Februari 2017 ini.

Dan memandangkan bulan Februari selalunya dikaitkan dengan bulan memperingati Kekasih waima hadirnya Hari Valentine yang disambut segelintir pada 14 Februari ini, maka Krisdayanti mengambil judul “Romansa” sebagai nama konsertnya “Krisdayanti Romansa 2017”.

“Judul itu menggambarkan kepahlawanan, seorang ibu, keanggunan dan romantik, yang bersesuaian dengan bulan cinta,” Krisdayanti berpendapat.

Konsert berskala besar ini dikatakan bakal mencatat sejarah peribadi bagi penyanyi “Mencintaimu” ini waima dijangka menyampaikan 25 buah lagu popularnya sepanjang dua dekad dalam industri seni suara.

Apatah lagi  konsert tersebut pula dipentaskan di  Istana Budaya berprestij yang menjadi impian setiap artis malah Krisdayanti buat pertama kalinya juga akan diiringi sepenuhnya oleh Orkestra Tradisional Malaysia di bawah Pengarah Muzik, Aubrey Suwito.

"Saya menggunakan sepenuhnya tenaga produksi dari Malaysia, termasuk teknikal, pemuzik, penari dan komposer (Hanya kostum disediakan oleh pereka Indonesia<” jelas Krisdayanti pada majlis sidang media konsertnya baru-baru ini.

Kali terakhir penyanyi berusia 41 tahun ini bertemu peminatnya adalah ketika mengadakan konsert ‘Kridayanti Live in KL’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2014 lalu.
Kini selepas 3 tahun kembalinya Krisdayanti dengan ‘Romansa” yang dibawakan  oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd, sudah tentu ramai di kalangan peminat tegarnya baik rakyat Malaysia mahu pun penduduk Indonesia di sini menantikan kemunculannya.

Menariknya, ini juga satu-satunya konsert yang menyaksikan Krisdayanti membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut dan khabarnya setiap malam ada artis undangan tempatan yang berbeza.



Mungkin kah artis itu teman baiknya, Dato Siti Nurhaliza? Kena tunggu dan lihat nanti ya…mana tahu kut-kut Siti naik pentas...

Pun begitu yang pasti pada malam pembukaan artis undangan terdiri daripada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah (24 Feb), diikuti penyanyi soprano, Ning Baizura (25 Feb) bersama Saleem (25,26 Feb) sementara Zulin Aziz turut memeriahkan ketiga-tiga malam.

Bak kata peribahasa Melayu, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”, justeru perancangan Krisdayanti untuk mengimbau kenangan bersama  Allahyarham Biduanita Negara, Puan Sri Saloma dan penyanyi nombot satu Asia (1989), allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshah melalui segmen lagenda.


“Saya mula tertarik dengan nama Saloma selepas membaca biografi P Ramlee dan dari situ tahu sedikit-sebanyak mengenai isterinya itu. Malah tidak pernah jemu mengikuti kisah Saloma yang menjadi fenomena,” ujar Krisdayanti yang mengagumi Seniman P. Ramlee malah sering tidak lupa menyanyikan lagu suami kepada Saloma itu pada konsert terdahulu.

Bukan itu sahaja, penonton yang membeli tiket berharga RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588 turut berpeluang menyaksikan persembahan Krisdayanti dalam tiga lagi segmen termasuk rock waima dalam kesemua empat segmen yang ditampilkan ko orang akan dapat melihat cara penampilan  ibu dan isteri kepada Raul Lemos ini berbeza, bersesuaian dengan konsep persembahan.

Lebih menarik, daripada 25 himpunan lagu popularnya, kebanyakannya sesuai dengan tema ‘romansa’ pada bulan cinta ini.

Selain Menghitung Hari,  ko orang akan dihiburkan dengan lagu Hati Ini Telah Dilukai,  Aku Wanita Biasa, Cinta, Pilihlah Aku dan barangkali termasuk dua single baharu yang dihasilkan di Amerika Syarikat, Sleep To Dream dan In Love Again ciptaan Mateo Camargo serta Nathan Leone, insan yang bertanggungjawab menghasilkan single Waka Waka dendangan Shakira.

Kak Fas macam dah dapat bayangkan betapa ‘best’nya konsert itu dan tak sabar pula menanti tanggal 24 Februari 2017 ini. Nak tonton Datuk Jamal pada malam pertama kalau boleh...

Kita dengar lagi apa pesanan Krisdayanti:

“Saya anggap konsert tiga hari berturut-turut ini sebagai  detik kepulangan semula Krisdayanti ke dalam industri muzik Malaysia setelah berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan. Saya turut membesar bersama muzik dari Malaysia. Dan ini pertama kali berpeluang membuat persembahan diiringi sepenuhnya produksi Malaysia, jadi semestinya saya janjikan sebuah persembahan yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Ia begitu tersendiri, magis dan indah buat peminat saya di Malaysia.”

So… ko orang apa lagi… mesti teruja kan nak tengok persembahan ‘magis’ dari Krisdayanti. Kalau tidak mahu putih mata elok tempah tiket anda segera.
Tiket-tiket boleh diperoleh di  laman media sosial rasmi penganjur di www.myticket.asia.