Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT ROMANSA KRISDAYANTI 'SUPERB!'


Tahun lalu ketika majls sidang media “Konsert Romansa Krisdayanti’, diva terkenal Indonesia ini menjanjikan sebuah persembahan kelainan yang hebat waima pertama kali mendapat peluang berada di pentas prestij istana Budaya.

Dan ternyata beliau mengkotakan janjinya itu apabila pada malam pertama konsertnya yang berlangsung semalam (24hb), dalam usia 42 tahun Krisdayanti masih hebat dan kental.

Superb!

Itulah yang dapat Kak Fas simpulkan pada 'Konsert Romansa Krisdayanti' kala menontonnya malam semalam yang dibawakan oleh  Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd.

Sejujurnya sebelum ini, Kak Fas tidak berkesempatan untuk menyaksikan mana-mana konsert Krisdayanti di Malaysia. Bukan tidak mahu atau tidak minat cuma masa tidak mengizinkan. Ada sahaja yang menghalang walau pun perancangan sudah dibuat. Itulah hakikatnya… kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya.

Tetapi malam semalam walau pun baharu sahaja pulang daripada bermalam di Sunway Putra Hotel KL malah terpaksa meredah kesesakan lalu lintas yang luar biasa, maklumlah hari Jumaat, Kak Fas gagah juga mengabaikan keletihan untuk hadir ke prebiu media Konsert Romansa Krisdayanti.

Bercakap fasal penginapan Kak Fas di Sunway Putra Hotel KL dan Krisdayanti ada satu peristiwa yang ada kaitan dengan penyanyi popular itu. 

Ceritanya begini… pada kira-kira jam 11 pagi  sewaktu Kak Fas selesai mengambil foto di bahagian kolam renang hotel yang terletak berhampiran dengan gym…. Kak Fas diberitahu oleh anak, Shaliza,”Ma… itu Krisdayanti dalam gym…”

Kak Fas pun mengalihkan pandangan pada gerangan yang di maksudkan sedang berlari-lari kecil di atas ‘threadmill’…

“Eh, bukanlah,” kata Kak Fas pada Shaliza. “Iya…kalau tak kenapa dia senyum kat Sha… kalau orang lain takkan dia senyum” jawab Sha.

Namun Kak Fas masih meragui memandangkan wanita berkenaan nampak muda… mustahil itu Krisdayanti fikir hati…

Lalu kami pun berlalu pergi… walau pun Sha masih berkeras mengatakan itu Krisdayanti dan mahu bergambar dengannya tetapi Kak Fas masih tidak percaya hahaha….



Pun begitu apabila tiba di Konsert Romansa Krisdayanti…. Melihatnya ‘live’ di depan mata menimbulkan rasa keraguan… eh rupanya macam wanita di gym tadi sahaja, kata hati….huhu…

Dan apabila melihat logo hotel pada banner konsert… barulah sah memang betul kata Sha… yang ditemui sedang bersenam dalam gym tadi
memang Krisdayanti… apa lagi menyesal tak terkira… jika tidak boleh wefie atau selfie kan…

“Itulah orang kata Krisdayanti tak percaya,” tulis Sha  membalas wats app Kak Fas yang mengiyakan tekaannya tadi.

Kesahihan itu 100 peratus benar apabila mendengar pula Krisdayanti memberitahu beliau ke gym pagi tadi untuk bersenam kerana ia merupakan rutin hariannya bagi mendapatkan tenaga sebelum persembahan.


Lagilah Kak Fas rasa menyesal tak sudah hahaha…. 

Krisdayanti nampak muda sangat daripada usianya malah badannya tetap cantik walaupun sudah beranak empat gitu.... 

Memang patutlah dia rajin bersenam di gym dan pandai menjaga badan serta penampilan diri… kalah anak dara u alls….bila dia gelek dengan lagu dangdut… ramai yang bersorak…..huhu…

Alamak jauh pulak Kak Fas menyimpang…. Okey kembali pada persembahan Konsert…. 

Seperti yang telah dimaklumkan, Krisdayanti membahagikan lima segmen pada konsert berdurasi lebih kurang dua setengah jam meliputi  Romantis, Keanggunan, Tribute, Kekuatan (rock) dan Kehebatan.

Pentas Panggung Sari, Istana Budaya dibuka dengan persembahan lagu Pilihlah Aku oleh Krisdayanti yang lebih popular disapa KD dengan penampilan ‘dress’ bagaikan ‘ratu’ gayanya. 

Beliau kemudian menyambung dengan lagu Ost filem sekuel terhebat Indonesia “Surga Yang Tak Dirindukan” sebelum meneruskan segmen Romansa dan Keanggunan dengan beberapa lagu seperti Pengabadian Cinta, Ku Tak Sanggup dan Menghitung Hari, sebuah lagu yang melonjakkan namanya di Malaysia.

“Jika bukan kerana lagu Menghitung Hari mungkin tiada siapa di Malaysia mengenali siapa Krisdayanti. Kini Malaysia sudah menjadi rumah ketiga bagi saya selepas Jakarta dan Timur Leste,” akuinya disambut ketawa penonton.




Segmen pertama dan kedua  yang memuatkan lagu-lagu melankoli  serta beberapa buah lagu yang agak kurang didengar bagi pendapat Kak Fas tidaklah begitu menonjol kehebatan KD sehinggalah hadirnya artis favourite Kak Fas iaitu Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah yang berduet lagu Hati Ini Telah Dilukai.

Jamal yang sering tampil dengan  kaca mata hitam mendapat teguran gurau dari KD yang menyapa,”Dato boleh nampak saya….” Hahha….

Pertama kali berduet dengan Jamal, Kak Fas dapat merasai keserasian suara mereka cuma kelantangan suara KD seakan-akan menenggelamkan suara Jamal… Tak tau lah adakah disebabkan oleh mikrofon KD yang lebih berkualiti berbanding milik Jamal atau memang suara KD lebih kuat dari Jamal? Apa pun Kak Fas ‘enjoy’ persembahan mereka… tapi sayangnya Cuma satu lagu sahaja… tak puas tonton emmm..























Pun begitu, versatiliti dan kemampuan vokal KD mahu pun persembahannya terserlah  kala menyampaikan lagu pada segmen tribute kepada Puan Sri Saloma dan Datuk Sudirman Hj Arshad.

Kridayanti nampak comel ketika menyampaikan lagu Kuala Lumpur dan Apa Guna Berjanji malah  ketika menyampaikan lagu Sudirman iaitu Hujan dan Salam Terakhir, Kak Fas turut berasa sebak seperti yang dirasai KD.

Bagi Kak Fas inilah segmen kemuncak pada Konsert Romansa Krisdayanti malah klimaks itu dikekalkan terus pada segmen Rock  sehingga akhir.

, Krisdayanti diberikan bunga dari oleh anaknya, Ariannha Amora Lemos (kanan) semasa membuat persembahan pada konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pendekata, walau pun ini pertama kali Krisdayanti membuat konsert solo diringi Orkestra Simfoni Kebangsaan dan barisan pemuzik tempatan di bawah pimpinan Aubrey Suwito, tiada cacat celanya. Bagaikan sudah lama kolaborasi itu berlaku dan KD dapat mengadaptasikan lagu-lagu pada melodi gubahan Aubrey.


Kehadiran rakannya, Dato Rossa turut menghangatkan suasana apabila KD menyerahkan mikrofon untuk Rossa menyambut lagu “Suci Dalam Debu” yang dinyanyikan secara medley dengan lagu-lagu lain seperti Bring Me To Life, Fantasia Bulan Madu, Mengapa, Cobalah Setia sebelum mengakhiri dengan It's My Life.



Kak Fas dan penonton lain turut terhibur apabila KD menyampaikan lagu dangdut ‘Penasaran’ dengan geleknya yang bersahaja.

Tak perlulah Kak Fas cerita dengan terperinci apa yang berlaku. Eloklah ko orang menontonnya sendiri persembahan KD dengan lebih kurang 26 buah lagu.

Turut  diundang Zurin Aziz yang tidak kurang menggeletek hati penonton dengan lawaknya meniru gaya teknik barisan artis tempatan menyanyi. Bersamanya deejay-deejay Suria FM antaranya Halim Othman.



Esok, (26hb Feb) hari terakhir… kalau tak nak putih mata eloklah tempah tiket awal-awal yang berharga  RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588  menerusi kaunter Box Office, Istana Budaya dan www.myticket.asia.

Memang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Esok artis jemputannya ialah Saleem. 

Enjoice!