Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEMBARA 'A TALE OF TONGKANG YARD' KE DUBAI 21 OKTOBER INI

DATO Ida (tengah)  memperlihatkan desain 'masterpiece' nya berdasarkan kepada tema 'A Tale of Tongkang Yard' disamping Yadz  (kanan) dan pereka fesyen Dache Boutique, Julie Widuri yang akan  sertai Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai pada 21-22 Oktober ini. PIX SHALIZA.

Ko orang ingat tak Kak Fas pernah menulis mengenai pertunjukan fesyen dari Bianco Mimosa bertemakan 'A Tale of Tongkang Yard ke New York' ?


Meh Kak Fas 'refresh' kan memori ko orang... mudah je KLIK sini...

Ok dah baca kan?  Tetapi nak habaq  pertunjukan fesyen tersebut tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu... ya lah kita boleh merancang tetapi Allah jua yang menentukannya ya tak...


Tetapi ada hikmah di sebaliknya you alls sebab 'A Tale of Tongkang Yard' yang memaparkan layar kehidupan pengasas Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustafa ini akan tetap diteruskan namun kali ini di Dubai,

Bahkan bersama beliau membawa 18 koleksi termasuk 'courture' dan abaya disertai bersama oleh teman seperjuagannya, Yadz Haryati Harudin dari Dache Boutique.

Bianco Mimosa akan memperagakan koleksi eksklusifnya pada majls pembukaan Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai pada 21 Oktober ini manakala Dache Boutique pula bakal mempersembahkan 10 koleksi bertemakan 'Rangali' pada hari penutupnya pada 22 Oktober 2017 bertempat di Sofitel, The Palms, Moorea Ballroom, Dubai.

Bagaimana agaknya desain Bianco Mimosa kali ini?

"Sudah tentu ia berkisarkan kepada kehidupan saya ketika menetap di kampung halaman di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah seperti lakaran rumah, taman, pokok kelapa, burung-burung, bunga-bungaan, wau yang saya suka main masa kecil-kecil dan sebagainya," cerita Dato Ida sambil memperlihatkan fabrik yang menterjemahkan kisah atau ' A Tale of Tongkang Yard' tersebut (gambar atas).

Apabila sudah dijadikan couture eksklusif... sudah tentulah nilainya tinggi ya tak... apa tah lagi Kak Fas tengok jahitan sulam bertatahkan manik dan mutiara cukup halus dan 'detail' sekali pada fabrik buatan Italy ini.



"Ya... nilai baju ini berharga lebih kurang RM30,000 dan memang murah kerana saya tidak mahu meletakkan harga terlalu tinggi," ujar Dato Ida sambil memberitahu koleksi yang bakal di bawa berharga dalam lingkungan RM3,000 ke atas.

" Disebabkan kekangan masa, saya hanya mampu siapkan 10 koleksi utama sahaja dalam masa dua minggu walau pun mereka mahukan 30 pasang. Dan apabila ditambah dengan abaya akhirnya saya dapat membawa 18 pasang keseluruhannya.

"Dalam mencipta fabrik ini saya mengambil pengalaman zaman kanak-kanak ketika membesar di Tongkang Yard sebagai ilham. Saya terapkan elemen suasana kampung ketika itu melalui aktiviti yang menjadi kegemaran seperti bermain wau dan sampan yang semakin ketinggalan hari ini. Jadi melalui lakaran ini yang diterjemahkan kepada fabrik saya mahu mengembalikan memori dahulu kala ke pentas antarabangsa sekali gus mengetengahkan budaya serta nama Tongkang Yard khususnya dan Malaysia amnya.," tambah Ida riang seolah kembali pada era remajanya.


Begitu juga dengan himpunan Dache, di mana sebanyak 10 koleksinya berkonsep 'Colors of Rangali' melalui fabrik  Mimosa Bianco berwarna warni diinspirasikan dengan elemen moden fusion sambil menerapkan  budaya masyarakat Malaysia berbilang kaum.

"Saya terapkan elemen trendy dan funky dalam koleksi 'ready to wear' dengan harga mampu milik di bawah RM3,000 sahaja," jelas Yadz.

Dengan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hasil jualan kos RM100,000 yang dibelanjakan untuk keseluruhannya, Dato Ida tidak mengharapkan 'bulan dan bintang' melainkan harapannya untuk membawa Bianco Mimosa ke pasaran dunia tercapai.

"Saya dipujuk oleh pihak sana beberapa kali dan setelah melihat potensi luas yang ada di Dubai saya mengambil keputusan untuk turut menyertai Minggu Fesyen Antarabangsa ini sebagai langkah awal untuk saya mengembangkan perniagaan di Dubai," kata usahawan muda ini..

Malah dengan kolaborasi bersama Dache, beliau berharap impian mereka berdua untuk menapak sebaris dengan fesyen ternama di Dubai dapat direalisasikan.



"Bayangkan hanya nama Bianco Mimosa dan Dache belum terkenal dan dijual di Harrods tetapi alhamdullilah jemputan buat pertama kalinya mewakili Malaysia akan mengorak langkah untuk lebih ramai pereka fesyen Malaysia ke Dubai," tambah Dato Ida dan Yadz penuh harapan.

Kedua mereka merancang untuk berkolabrasi dengan mana-mana pereka fesyen tempatan untuk bersama membawa nama dan label Malaysia di bawah satu bumbung di Dubai.


Kak Fas percaya impian Bianco Mimosa dan Dache untuk menerokai dunia fesyen di Dubai amat luas apatah lagi tetamu-tetamu yang akan hadir ke Minggu Fesyen Antarabangsa tersebut terdiri daripada kalangan vip ternama termasuk kerabat di Raja sana.

"Puteri-puteri Arab di sana sudah pun mengenali dan suka dengan rekaan kami jadi rasanya jenama Bianco Mimosa dan Dache sudah boleh diterima ramai," sambung Dato Ida yang merancang membuka sebuah butik fabrik di Dubai.

Dato Ida juga memberitahu, antara peragawati yang bakal memperagakan courture Bianco Mimosa adalah Ratu Universal 2017, Emilia Debreva dari Kosovo.

Kak Fas dah dapat bayangkan bagaimana pergerakan Emilia membawa rekaan Bianco Mimosa dalam gaya persis seorang permaisuri di pentas sepanjang 18 meter itu. Pasti glamor dan mendapat tepukan gemuruh apatah lagi seorang graduan kejuruteraan seperti Dato Ida berjaya menghasilkan rekaan yang cukup gah lagi eksklusif malah lebih cantik daripada seorang pereka fesyen professional gayanya. Begitu juga Yadz yang profesionnya lebih ke arah hiasan dalaman tetapi dapat menjadi seorang pereka fesyen serta usahawan yang berjaya.

Rentetan daripada Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai, Bianco Mimosa dan Dache juga telah dijemput untuk menyertai Minggu Antarabangsa London dan Minggu Antarabangsa Ukraine tahun hadapan.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dato Ida yang sentiasa senyum apabila berbicara dan juga Yadz yang mudah mesra walau pun pertama kali bertemu dahulu.



Safe flight pada team Bianco Mimosa dan Dache Boutique yang Kak Fas yakin sudah pun berada di awan biru bagi penerbangan ke Dubai.

Moga kejayaan yang lebih besar dicapai di sana....dan seperti biasalah berkali-kali jumpa pun Kak Fas mesti nak bergambar you alls... jangan marah ya... sahaja nak menghabiskan waktu santai kala menjenguk 'kedai kilang' bersebelahan butik yang dipenuhi fabrik eksklusif Bianco Mimosa...

Ko orang nak? Meh la pilih yang mana berkenan di hati... dan bolehlah Bianco Mimosa jahit dan rekakan untuk you alls...

ANTARA Media dan bloggers yang hadir di butik Bianco Mimosa di Sungai Buloh baru-baru ini.

Tiada ulasan: